Harun Salim Bachik

Pelakon jenaka lelaki Malaysia (1959-2015)

Harun Salim Bachik (lahir Haron Aminar Rashid bin Salim; 19 Mei 1959 – 8 Mac 2015) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia. Anak kepada seorang pelakon veteran era 50-an, Salim Bachik, beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai (1988–1993) yang ditayangkan di TV3. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom ini diingati sehigga kini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama Hangatnya Salju Dinginnya Bara.

Harun Salim Bachik
Harun sebagai Encik Harun di dalam filem KIL (2013).
Kelahiran
Haron Aminar Rashid bin Salim

(1959-05-19)19 Mei 1959
Meninggal dunia8 Mac 2015(2015-03-08) (umur 55)
Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak, Malaysia
Sebab kematianPenyakit asma
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi, pengarah, penerbit, pengacara
Tahun aktif1988–2015
PasanganMartinah Ahmad
Suriati Mohd Noor
Anak-anak3 (termasuk Danial Al-Rashid)
IbuHabsah Idris
BapaSalim Bachik

Selain itu, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang ditayangkan di TV1. Ia menjadi batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah "Banjir". Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Menerusi filem Baik Punya Cilok beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM dan filem KIL pula melayakkan beliau dicalonkan untuk anugerah serupa di Anugerah Skrin 2013.

Beiau menjadi Presiden Seniman, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib artis di Malaysia. Beliau pernah memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English musim pertama dan kedua di Astro TVIQ dan Astro Mustika HD.

Naib Juara Maharaja Lawak Mega

Kumpulan Boboi gandingan Harun dan Dato' Afdlin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober hingga 30 Disember 2011. Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah piala.

Akhirnya, kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah piala sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu dari Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah piala. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta piala.

Juri tetap ialah Datuk Chef Wan, penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Dato' Zainal Abidin Hassan. Dato' AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]

Kematian

Harun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang 8 Mac 2015 selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah. Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak 2010.[3] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ar Raudhatuk Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Pada 16 Disember 2015, Harun dikurniakan Anugerah Pohon Beringin bagi menghargai khidmat bakti beliau dalam bidang seni. Anugerah utama Gegar Anak Seni (Gasseni) itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor.[4]

Filemografi

Filem

Harun bersama Achey ketika menjadi juara Bintang Mencari Bintang.
TahunTajukWatakCatatan
2005Baik Punya CilokLemanFilem pertama
2006Man LaksaSaidon Dengki
2007Cinta Yang SatuHashim
2008CuciJanitor
Apa Kata Hati?Hamidi
2009SetemMarcello
Duhai Si Pari-PariPara
PapadomHussin
My SpySalleh
2010Lu Pikirlah Sendiri de MovieTauke Pasar Borong
KapowwAstromen Belalang
2011Tolong Awek Aku PontianakPak Harun
Aku Bukan TomboyRahim
2012Hoore! Hoore!Hairil
Jalan Kembali: Bohsia 2Bomoh
Aku, Kau & DiaDato' Hisham
SAM: Saya Amat MencintaimuBos
Pontianak vs Orang MinyakLembaga Hitam
2013Lawak Ke Der? 2Dirinya sendiri (Boboi)
Bola Kampung The MovieTok Ayah (suara)
Bikers KentalAidil Al-Zaifa
KILEncik. Harun
Lemak Kampung SantanPak Wan
Hantu Tok MudimTok Mudim
UlarPak Mus
2014Abang Long FadilPak Harun
Mat TudungDatuk Meor
JinEjen Rumah
Lelaki Harapan DuniaMegat
2015Gangsterock Kasi SengatZuanFilem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Jejak WarriorsBapa Nadia
Polis EVOASP Mokhtar

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1988–1993Rumah KedaiRemyTV3Drama pertama
1990–1991Gado-GadoTV1Sitkom
2007Susuk (Musim 1)TV3Pelakon undangan
2009Lily MarlinAjibTV2Juga sebagai pengarah
2012–2013Oh My English!Encik. Mohd SallehAstro TVIQ
2015–2016Cinta Dari MarikhTuan JefriTV2Drama terakhir

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1988Debu-debu di JalananTV1Telefilem pertama
1992Yazan
1993Cikgu Limau KasturiCikgu Halim
Umairah IITV3
1995Ketupat
1996Namaku YassinYassin / YantoTV3
2000Hangatnya Salju Dindingnya BaraNasir
2002Pelawak GilerVCD
2003Leman Nak Pergi JermanLeman
Kondo MaduBudinTV2
Orang KasarVCDJuga sebagai pengarah dan penerbit eksekutif
2008Ana Nak SusuAstro Ria
2011Man Pos Masuk KampungPak HusinAstro Warna
2012Perempuan Tanpa RahimMalimTV9
Duit Kau Duit AkuSabriTV2
Jidin Puasa LagiTV3
2013Haron Ron RonHaronAstro Warna
Kain, Jarum & GuntingTelefilem terakhir

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1999Cit Cat Azwan RayaPengacara JemputanAstro Ria
2008Raja Lawak Astro (Musim 2)JuriAstro Prima
2009–2010Redah Kasi PecahPengacaraAstro Warna
2011S.Y.O.K.Pelbagai watakTV1
2012–2013Super SpontanJuriAstro Warna
2013–2014Bintang Mencari BintangTenaga PengajarTV3

Peserta

TahunTajukKumpulanCatatan
2011Maharaja Lawak Mega 2011Boboibersama Dato' Afdlin Shauki
2012Maharaja Lawak Mega 2012bersama Dato' Afdlin Shauki & Nabil Ahmad
2013Maharaja Lawak Mega 2013bersama Dato' Afdlin Shauki

Diskografi

  • Belilah (1996)

Rujukan

Pautan luar