Jihan Muse

Pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia

Nur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.

Jihan Muse
Kelahiran
Nur Jihan binti Musa

(1983-08-29) 29 Ogos 1983 (umur 40)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian4 ft 10.4 in (1.48 m)
PasanganUngku Hariz (k. 2016)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah keturunan Melayu dari suku Jawa, Riau, Minang dan Bugis.

Kerjaya

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Datuk Hajjah Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, beliau masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Selepas tamat kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Beliau berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2016, Jihan sah menjadi isteri kepada pelakon, YM Ungku Hariz dengan sekali lafaz.[1][2] Pada 2018, Jihan dan suami dikurniakan seorang anak lelaki.[3]

Pada 2019 beliau mula bertudung.

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2012Adik Manja ReturnsTamFilem pertama
2014Mat TudungFara
2015Rumah Pusaka Di Simpang JalanSusanti
2016Rock Bro!Ramlah RamPenampilan khas
2018BuskerPengacara Pertandingan
2019Hero: Jangan Bikin PanasMak Ahmad Mustar

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Bujang Sepah SilalalitamplomAstro Prima
2010Buta WarnaAstro Ria
Pelakon Ekstra
Ram Pom Pom
2011Hantu GigiAstro Prima
2012Patah SeribuBoyAstro Ria
2013Jihan Tak Nak Balik RayaJihan
Muaddib Super
2014Jihan Nak Buat Open HouseJihan
2015Hantu Wefie
Oh My English!: Oh My Goat - Come Baaack!!Astro TVIQ
Selamat Hari Jadi AbahHyppTV
2016Jihan Cari Calon SuamiJihanAstro Ria
Jihan Bodek Mak MertuaJihan
Salam Cinta Ustazah HusnaUstazah HusnaAstro Oasis
Putu Piring Vs. Putu MayamTV3
Oh My English!: Road to JogjaAstro TVIQ
2017Kasut Bola PinkIbu RafiqAstro First Eksklusif
2018Berani Jadi PapaDirinya sendiri
Jihan Nak Disiplin AnakJihanAstro Citra

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2010TerbelahakNurrAstro WarnaSiktom
ChapalrelaAstro Warna
Terbelahak (Musim 2)NurrAstro WarnaSiktom
2013Fira AyuniChe MunTV3
2016Joras & StarsAstro WarnaEpisod: "Raja Bersiong"
2017Biniku NinjaSabatiniAstro Oasis
2019–2021Keluarga Baha DonKesumaViuDrama bersiri atas talian - Viu Original

Peserta

TahunTajuk
2009Raja Lawak (Musim 3)
2011Maharaja Lawak
2013Maharaja Lawak Mega 2013 - Kumpulan SYJ
2014Super Spontan 2014
Maharaja Lawak Mega 2014 - Kumpulan SYJ
2015Super Spontan All Star

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2012Karoot KomediaPelbagai watakAstro Warna
2014Diari Akademi Fantasia 2014PengacaraAstro Ria
2014–kiniMeleTOPPengacara jemputan
2014–2021,2023–kiniGegar VaganzaPengacara bersama Nabil Ahmad & Elly Mazlein
2015Aku Yang Masak Kau Yang PanasPengacara
Resepi Memikat Suami (Musim 1)
Jejak Jepun Jihan (Musim 1)
2015–2016Ceria All StarAstro Citra
2016Konsert Mega Gegar VaganzaPengacara bersama Nabil AhmadAstro Ria
Anugerah MeleTOP Era 2016Pengacara bersama Nabil Ahmad, Dato' AC Mizal & Neelofa
Konsert Gempak SuperstarBersama artis jemputan dengan Sharnaaz Ahmad
Resepi Memikat Suami (Musim 2)Pengacara
2017Jihan Show (Musim 1)Peneraju utamaAstro Warna
Jejak Jepun Jihan (Musim 2)PengacaraAstro Ria
Resepi Memikat Suami (Musim 3)
2018Jejak Jepun Jihan (Musim 3)
Resepi Memikat Isteri
Jihan Show (Musim 2)Peneraju utamaAstro Warna
2018–2021, 2023I Can See Your Voice MalaysiaPenyiasat tetapntv7,
TV3
2019Senang TerhiburPengacara bersama Shuk SaharTV3
Raja Lawak JuniorJuri bersama Nabil Ahmad & Adibah NoorAstro Warna
2023Anugerah Juara Lagu ke-37Pengacara bersama Sherry AlhadadTV3
The Chosen OneJuri bersama AwieAstro Ceria

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2009Raja Lawak musim 3Tempat KeduaJihanMenang
2013Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012Artis Komedi Wanita PopularJihanTercalon
2014Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013Artis Komedi Wanita PopularJihanMenang
Anugerah Lawak WarnaArtis Lawak Wanita Paling PopularJihanTercalon
2015Anugerah MeleTOP EraArtis Lawak MeleTOPJihanTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014Artis Komedi Wanita PopularJihan MuseTercalon
Pengacara TV Wanita PopularJihan MuseTercalon
Anugerah Lawak Warna 2015Pelawak Wanita Paling Popular (solo)Jihan MuseTercalon
Pelakon Komedi TV Wanita TerbaikJihan Nak Buat Rumah TerbukaMenang
Pengacara Lawak TV PopularJihan MuseTercalon
2016Anugerah MeleTOP Era 2016Hos MeleTOPJihan Muse "(Gegar Vaganza 2015)"Tercalon
Artis Lawak MeleTOPJihan MuseTercalon
Anugerah Pilihan Online 2016Selebriti Komedi Pilihan OnlineJihan MuseMenang
2017Anugerah MeleTOP Era ke-4Couple MeleTOPBersama Ungku HarizTercalon
2018Anugerah MeleTOP Era 2018Hos MeleTOPGegarvaganza 4Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31Pengacara TV PopularJihan MuseTercalon
Artis Komedi PopularJihan MuseTercalon
2019Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32Artis Komedi PopularJihan MuseTercalon
Asian Academy Creative Awards 2019Persembahan Komedi TerbaikJihan Musa – Keluarga Baha Don by Viu (Vuclip Malaysia Sdn Bhd)Menang
Konsert Throwbaek 2019 (Astro)Throwbaek Most Wanted - Host Most WantedJihan Muse, bersama Nabil Ahmad dan Sherry Al-HadadMenang
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Artis Versatil Popular , Artis Komedi Popular , Pengacara Tv PopularJihan MuseTercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020Hos MeleTOPJihan Muse (Gegar Vaganza Musim 6)Tercalon
Artis Versatil MeleTOP SYOKJihan MuseTercalon
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Pengacara TV PopularJihan MuseTercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021Personaliti TV MeletopJihan Muse Gegar Vaganza (musim 7)Menang

Rujukan

Pautan luar