Elly Mazlein

Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia

Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (Jawi: ايلي مذلين, lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.[1][2][3]

Elly Mazlein
ايللي مذليين
Kelahiran
Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi

(1980-12-17) 17 Disember 1980 (umur 43)
Nama lainKak Lina Pom Pom
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio
Tahun aktif1997–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
Pasangan
  • Azmi Hatta (k. 2014; c. 2015)
  • Mohamad Azlan Che Nuh (k. 2020)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Syed Hanafi Syed Abdullah (bapa)
  • Sabariah Ahmad (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
NAR Records (1997–2003)
KRU Records (2013–2017)
LIFE Records (2020–kini)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, dan internet
GenrePelawak berdiri, cereka, komedi sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka
Maklumat YouTube
Saluran
Genre
Pelanggan221 ribu
Jumlah tontonan12.3 juta
100,000 pelanggan2020
Dikemaskini pada 10 Mac 2021

Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.[4][5]

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.[6][7]

Kehidupan awal

Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[8][9]

Kerjaya

Muzik

Pada usia 17 tahun,[10][11] Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama NAR Records dan merakamkan album sulungnya, Sutera Kasih dengan lagu bertajuk sama dan "Biar Pilu Ada Penawarnya" dikeluarkan sebagai single.[12] Album ini menjadi kegagalan komersial kerana kurangnya promosi ekoran Elly masih di bangku sekolah, namun ia tidak mematahkan semangat Elly untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. Pada pertengahan tahun 1998 Elly menjuarai carta radio melalui lagu duetnya bersama Acong berjudul "Di Sapu Awan" serta sebuah lagi single berjudul "Tega" juga mendapat sambutan. Ini memangkin semangat Elly dan NAR Records untuk menghasilkan album susulan yang lebih baik. Album keduanya, Satu Persatu dikeluarkan dua tahun kemudian.[13] "Usah Ditambah Bara Tersimpan" dan "Janji Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 50,000 unit.[14][15]

Elly kemudian mengumpul material baru untuk album ketiganya, Elly yang mana proses rakaman dijalankan pada bulan puasa 2000.[16][17][18][19] Dikeluarkan pada 26 Mac 2001, album ini mendapat sentuhan pelbagai komposer dan penerbit terkenal termasuk Azmeer, Azman Abu Hassan dan Eddie Hamid. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah "Bungaku Bakawali", "Cintaku Untuk Bahagia" dan "Gerimis".[20][21][22][23] Elly mencipta rekod tersendiri apabila ia berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris dengan jualan mencecah 60,000 unit. Malah Satu Persatu dan Elly turut menerima pensijilan Platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Album kompilasi pertamanya, Elly: The Best Ballads dikeluarkan pada 2002, menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari tiga album terdahulunya. Ia telah menerima pensijilan Emas.[24] Pada 14 Julai 2002, Elly bersama kumpulan Exists menjayakan persembahan amal Konsert Amal Afganistan - Exists 2002 yang berlangsung di Kuching, Sarawak.[25]

Pada April 2003, Elly menjayakan persembahan di Karnival Sure Heboh (kini Karnival Jom Heboh) sempena ulang tahun TV3 ke-19 yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Selain beliau, antara artis yang turut serta ialah Ezlynn, Phyne Ballerz, Apacian, Chakra Sonic, Antz, Nora, Platinum, Sarah, Handy Black, Elyana, Siti Nordiana, Boboy, Ali (XPDC), Abot, Winnie Kok dan Mamat.[26]

Elly seterusnya membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Atas Nama Cinta.[27][28] Untuk album ini, beliau melakukan proses pemilihan lagu secara teliti. Album ini dikeluarkan pada September 2003 dengan lagu "Merry Go Round" dan "Pendita Penipu" dikeluarkan sebagai single.[29][30] Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan, LY dan Eddie Hamid.[31]

Selepas mengecapi kejayaan dalam industri muzik dalam tempoh 7 tahun, kerjaya muzik Elly Mazlein terhenti seketika kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman, sekaligus mengambil cuti panjang dari kerjaya nyanyian. Lima tahun kemudian, iaitu pada 2010, Elly kembali aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan dua single baharu bertajuk "Please Forgive Me" dan "Kata Saja I Love You".[32][33]

Pada Mac 2013, beliau melancarkan single bertajuk "Sabarlah Hati" yang bergenre balada di bawah KRU Music, lagu ini ialah hasil ciptaan Manusia Putih. Beliau dipetik oleh portal hiburan Sensasi Selebriti sebagai berkata: “Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”.[34]

Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketiga selepas menerima tawaran daripada Astro untuk menyertai rancangan itu.[35][36] Beliau mengumumkan menarik diri selepas konsert minggu keempat kerana dikatakan kecil hati dengan komen daripada juri tetap, Ramli M.S..[37][38][39]

Pada 26 April 2017, Elly melancarkan single terbaharu bertajuk "Jeritan Hati" yang berdasarkan daripada kisah hidup beliau. Majlis pelancaran single ini diadakan di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak "Sabarlah Hati".[40]

Beliau bersama-sama Faizal Tahir dan Zizi Kirana merakamkan semula lagu klasik "Empat Dara" karya asal Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dengan tajuk "Empat Dara 2020". Sejak pelancaran rasminya di YouTube pada November 2020, muzik video lagu ini menjadi sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia dengan jumlah tontonannya juga sudah mencecah 4.5 juta dengan lebih 9,400 komen daripada pelayar yang rata-rata terhibur dan memberi sokongan sangat positif. Lagu ini juga berjaya menjuarai Carta RIM Domestik[41][42] Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33.[43]

Pada 26 Februari 2021, Elly muncul dengan single terbaharu, "Dusta Cinta" hasil nukilan Aina Abdul dengan liriknya ditulis oleh Wan Zakaria. Beliau berkata mengenai lagu ini: "Saya yakin bakat dan kemampuan Aina (Abdul) cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat. Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,".[44][45][46]

Lakonan

Elly pertama kali mencuba bidang lakonan secara suka-suka pada 1999 menerusi telefilem khas Gerhana Di Mata Kabus Di Hati siaran RTM.[47] Namun kerjaya lakonan Elly secara serius bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit Yusof Haslam mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlein.[48][25][49] Ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau bagaimanapun, meninggalkan siri itu tiga tahun kemudian.

Beliau kemudian ditawarkan membintangi filem sulung lakonannya, Janji Diana arahan Yusof lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira yang mana beliau memegang watak sebagai Etty. Dikeluarkan pada 24 Julai 2003, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.[28]

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia pada 6 Julai 2003, Elly berkata, beliau jujur untuk menjadi pelakon dengan hasrat mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan dan mempertingkatkan keupayaan dalam kedua-kedua bidang yang diceburinya.[31] Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada masa itu saya tidak anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baru [...] Lakonan kini menjadi bidang kedua saya selepas nyanyian".[31]

Selepas Janji Diana, beliau kemudian ditawarkan pula untuk memegang peranan utama dalam filem komedi Tangkai Jering arahan Abdul Razak Mohaideen dengan memegang watak sebagai Shakila.[50][51][52] Elly digandingkan bersama Yassin Yahya, bekas ahli kumpulan Senario. Biarpun memegang peranan utama, babak yang melibatkan dirinya dirakam hanya 10 hari. Dalam waktu yang singkat itu beliau perlu memberikan komitmen di lokasi dan ia juga pendedahan awal kepada Elly ke dalam dunia lakonan komedi.[27][28][30] Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2004.

Elly kembali menjayakan wataknya sebagai Detektif Mazlein dalam GK3 The Movie yang ditayangkan pada 9 Februari 2005.[52][53] Dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008, Elly menjadi salah seorang daripada enam pelakon utama Spa Q musim pertama bersama-sama Norish Karman, Farahdhiya, Betty Banafe, Nisha Dirr dan Intan Azura yang mana beliau memegang watak sebagai Farah, salah seorang kakitangan Spa Q. Gandingan Elly dalam drama itu ialah Acong yang pernah menjadi rakan duetnya; penampilan mereka dipuji menghiburkan kerana keserasian dalam menonjolkan elemen komedi. Beliau kemudian muncul dalam drama Bella di Slot Akasia TV3 dengan melakonkan dua watak, iaitu watak tajuk dan Tengku Julia Sandra, seterusnya muncul dalam telefilem pertama lakonannya, Pelita Buluh.

Pada tahun 2010, beliau memegang watak tajuk dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari satu kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak yang dinamakan Na O Mei. Dalam drama ini, Elly digandingkan bersama Adi Putra dan Iqram Dinzly.

Elly dan Iqram kemudia kembali bekerjasama dengan membintangi drama seram Amukan Pocong bersama-sama Azhan Rani dan Ezany Nizariff. Beliau memegang watak Long Jamilah, drama ini bersiaran di slot Seram dari 15 Mac hingga 7 Jun 2012. Setahun kemudian, Elly berlakon watak komedi di samping Scha Al-Yahya dalam filem Awan Dania The Movie, adaptasi dari siri drama Astro Ria bertajuk sama.[54] Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak GK3 The Movie. Beliau berkata mengenai wataknya dalam filem ini: "Saya seronok menjayakan watak Tania yang 'masuk air' dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini,".[54]

Pada tahun 2014, Elly melakonkan watak sebagai Mona dalam drama Kristal Maya arahan suaminya ketika itu, Azmi Hatta, yang dibintangi oleh Amyra Rosli dan Shahz Jaszle, seterusnya memegang watak Jenny dalam drama Cinta Ibadah yang mengandungi 175 episod.

Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara arahan Feroz Kader yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Mustapha Kamal dan Haleeda. Beliau memegang watak sebagai Maria, isteri kedua Dr. Ghaz lakonan Mustapha Kamal.[55] Selain itu, beliau turut berlakon dalam Teratai Kemboja sebagai Hanani dan Aku Cinta Dia sebagai Rima.

2019 menjadi tahun paling sibuk dalam kerjaya lakonan Elly yang mana beliau berlakon dalam 7 drama televisyen dan 2 telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tahun itu ialah Patah Sayap Bertongkat Paruh di slot MegaDrama Astro Ria lakonan Aaron Aziz dan Fasha Sandha, beliau memegang watak sebagai Hanani dan Kau Yang Pertama di slot Akasia TV3 lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah dengan memegang watak sebagai Kak Zaza. Kejayaan terbesarnya dalam kerjaya lakonannya hadir menerusi watak sebagai Mona/Minah dalam drama komedi Kampung People yang menggandingkan beliau bersama Rashidi Ishak dan pelakon baru, Riena Diana dan Hun Haqeem. Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, drama yang bersiaran di slot Lestary TV3 dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima ulasan positif daripada pengkritik televisyen dan warganet.[56][57] Beliau juga muncul dalam dua telefilem pada tahun itu, Siapa Dia Sebenarnya dan Maaf Dari Khilaf.

Elly seterusnya berlakon di samping Aeril Zafrel dan Nabila Razali dalam drama adaptasi novel, Seindah Tujuh Warna Pelangi dengan melakonkan watak Maryam. Beliau kemudian kembali menjayakan watak Mona dalam Kampung People 2, diikuti oleh watak sebagai Sheila dalam Keluarga Epik.

Pengacaraan

Melengkapkan portfolio kerjayanya, Elly Mazlein menggalas peranan sebagai salah seorang daripada 12 penyampai anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan Anugerah Skrin 2019 yang mana beliau digandingkan bersama Shuk Sahar. Beliau kemudian mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bersama AC Mizal yang berlangsung pada 22 Disember 2019.[58]

Beliau juga berkhidmat sebagai pengacara tetap rancangan TV realiti Lagu Cinta Kita dengan Azwan Ali dan Michael Ang sebagai pengacara bersama.[59] Ia diadaptasi dari rancangan Love At First Sight terbitan CJ ENM.[59] Bermula 1 Mac 2021, beliau menjadi pengacara rancangan Borak Kelamin bersama Awal Ashaari di Astro Ria. Rancangan ini membincangkan topik mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.[60]

Elly kemudian mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Kampung Pom Pom Letops! yang memulakan tayangan perdana di Naura HD mulai 21 Ogos 2021.[61] Sejak 2021, beliau menjadi pengacara tetap MeleTOP, bagi menggantikan Neelofa yang meninggalkan rancangan itu pada Disember 2019.[62]

Pada tahun 2022, Elly menjadi pengacara baharu Gegar Vaganza bagi menggantikan Jihan Muse.

Pada tahun 2023, Elly digandingkan bersama Amelia Henderson, Sean Lee dan Radin ERA bagi Gempak Most Wanted Awards 2022 dan kemudian digandingkan bersama Rina Nose untuk menjadi pengacara program Big Stage musim kelima.

Penajaan dan Khidmat Masyarakat

  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia - Duta Kempen - 2002-2004
  • Safi Balqis - Jurucakap dan Duta Produk - 2004 - 2007 [63]
  • Lentik Dara by Ayden Rizqi - Duta Produk- 2017-2019
  • Minyak Masak Kijang Gold - Duta Produk - 2021 - sekarang

Kehidupan peribadi

Elly telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014.[64] Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan.[65] Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia.[66][67][68] Elly dilaporkan berkata dalam satu temubual dengan Berita RTM bahawa beliau sudah serik dengan lelaki.[69]

Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[70][71][72] Beliau mengumumkan kehamilan keduanya pada April 2021.[73][74]

Pada 23 Oktober 2021, Elly dan suaminya Mohamad Azlan dikurniakan cahaya mata lelaki, yang diberi nama Haider Mateen.[75][76]

Diskografi

Album studio

  1. Sutera Kasih (1997)
  2. Satu Persatu (1999)
  3. Elly (2001)
  4. Elly: Best of Ballads (2002)
  5. Atas Nama Cinta (2003)

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2003Janji DianaEttyFilem pertama
2004Tangkai JeringSyakila
2005GK3 The MovieDetektif Mazlin
2013Awan Dania The MovieTania
2015KapsulRahimah
2021Hantu Ke LimaKam
2023GuiRasyidah

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2002–2005Gerak KhasDetektif MazleinTV2Drama pertama
2005–2007Sembilu KasihMasturaTV3
2007Bukan Yang PertamaYasminTV2
2008BellaBella / Tengku Julia SandraTV3
Spa QFarah
Cinta Batu BelahSaffiya
2009Amanah KarmilaKarmilaTV2
Senandung Si DayangMegasariTV3
Sampai SyurgaSaniah
Sumpah BunianAzeera
2010Na O MeiNa O Mei
Ulek MayangPuteri Mayang Sari
2012Amukan PocongLong Jamilah
2013Firdausi CintaTV1
2013–2015Ema EmylianaRinaTV3
2014Kristal MayaMona
Mencari CintaMairaTV1
2014–2015Cinta IbadahJennyAstro Prima
2015Doa Tiga WanitaTV1
2016AmsyarKarmilaTV9
2018Teratai KembojaHananiTV3
Vila GhazaraMaria
JKK (Musim 4)LunaEpisod: "Mencari Rezeki"
Mencari Qiblat
Aku Cinta DiaRima
2019Patah Sayap Bertongkat ParuhHasnahAstro Ria
Diari Ramadhan Rafique ReunionJihaTV3
Ajari Playboy ItuHaliza
Kau Yang PertamaKak Zaza
Dapur KitaElyana
Pengantin Lelaki Untuk Cik GadisYasminAstro Ria
2019–2020Kampung PeopleMona / MinahTV3
2020Seindah Tujuh Warna PelangiMaryam
Kampung People 2Mona / Minah / Meringue
SMK (musim 2)Cikgu AiniAstro Ceria
2021Keluarga EpikSheilaTV3
Ramadan Pertama EdiNaemahAstro Ria
2022Lockdown 2
SMK (musim 4)Cikgu AiniAstro Ceria
Kampung People 3Mona / Meringue / Moni SegamatTV3
Gila ViralDr ZarraAstro Warna
2023One Million Dollar VoiceDirinya sendiriAstro RiaPenampilan khas
Sherry SupirSherryTV Okey

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1999Gerhana Di Mata Kabus Di HatiTV1Telefilem pertama
2008Pelita BuluhTV3
2011Hantu GigiAstro Prima
Zuriat SuamikuSarahTV9
2012Calon SuamikuDr. AidaAstro Prima
Demi SuffianSalmahTV3
2014Sepahtu Kepok BondaAstro Warna
2016Opah Bahulu Lola CupcakeTV1
Jatuh Cinta ButaAstro RiaPenampilan khas
2017Ketupat Buat NenekMariaTV9
Riuh Raya Kak MahSofiaAstro Warna
Asam Pedas PewittNuriTV3
Siapa Dia Sebenarnya
2019Maaf Dari KhilafRosnah
2020Ratahan Al-MaridNinaAstro Citra
2022Puaka JandaMariam

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2016MeleTOPArtis JemputanAstro RiaKak Lina Pom Pom Nak Jadi Duta MeleTOP
2017Maharaja Lawak Mega 2017Astro WarnaAyat Power Minggu ke-7
MeleTOPAstro RiaAchey, Fad, Bell & Elly Beraya Di Mana?
Ketuk-Ketuk RamadanTV1Episod 3
2018Bintang Bersama BintangTV3Shuk & Elly Mazlein Minggu ke-5
Wanita Hari IniKriteria Jodoh Pilihan
Mentor OtaiPengacaraMengacara bersama Haziq Hussni
Game TimeArtis Jemputanntv7Elly Mazlein takut tinggi ke?
Borak KopitiamTV3Tumpang Der
Melodi: KFC Membawang Dalam Kereta
Anugerah Skrin 2018PengacaraMengacara bersama Shuk Sahar
2019Wanita Hari IniArtis JemputanBenarkah lelaki berusia makin miang
Mentor MileniaPengacaraMengacara bersama Shuk Sahar
Senang TerhiburArtis JemputanEpisod 4
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32PengacaraMengacara bersama Dato' AC Mizal
5 Rencah 5 RasaArtis JemputanEpisod 2
Anugerah Skrin 2019PengacaraMengacara bersama Shuk Sahar
The Sherry ShowArtis JemputanEpisod 9
Bintang Bersama Bintang (Musim 2)Pengacara
2020Mahligai CintaArtis JemputanPerkahwinan Elly Mazlein & Mohd Azlan Che Nuh
MeleTOPArtis JemputanAstro RiaKek Kahwin Elly Mazlein ada air terjun
Wanita Hari IniTV3Menu Masakan Ringkas Di Rumah
Keringat SelebritiDirinya sendiriAwesome TVKisah Hidup Elly Mazlein (Episod 3)
Masak Apa Tu?TV3Elly Mazlein X Azlan Che Nuh (Episod 8)
Wanita Hari IniArtis JemputanMemahami Bahasa Cinta Pasangan
2020–2021Lagu Cinta Kita (Musim 2)PengacaraMengacara bersama Azwan Ali
Muzikal Lawak Superstar (Musim 2)Astro WarnaMengacara bersama Nabil Ahmad
2021Borak KelaminAstro RiaMengacara bersama Awal Ashaari
Malaysia Hari IniArtis JemputanTV3Temubual lagu terbaru "Dusta Cinta"
Senduk Kuali Kak Lina Pom PomPengacaraTV1
Perang PrankAstro Warna
Kampung Pom Pom Letops!Naura HD
Gegar Vaganza (musim 8)Pengacara JemputanAstro Ria
2021–kiniMeleTOP
2021–2023Sumbang SuaraPengacaraTV3
2022MelodiPengacara Jemputan
Big Stage (musim 4)Astro Ria
Mic ON! (Musim 2)Awesome TV
Mana SatuPengacaraAstro Ria
Kelentang Kelentung Pom Pom
Gegar Vaganza Semangat Nak RayaMengacara bersama Nabil Ahmad
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3)Astro WarnaMengacara bersama Sharnaaz Ahmad
Gegar Vaganza (musim 9)Astro RiaMengacara bersama Nabil Ahmad
Ceria Popstar Xtra 2022Astro CeriaMengacara bersama Nabil Ahmad
2022–2023All Together Now Malaysia (musim 2)JuriAstro Ria
The Masked Singer Malaysia (musim 3)Astro Warna
2023Gempak Most Wanted Awards 2022PengacaraAstro RiaMengacara bersama Radin Amir Affendy, Amelia Henderson & Sean Lee
Yang Paling PaduMengacara bersama Nabil Ahmad
Big Stage (musim 5)Mengacara bersama Rina Nose
Sepahtu Reunion LiveArtis JemputanAstro WarnaEpisod: "Izinkan Aku Berubah"
Dapur VaganzaPengacaraAstro Ria
All Stars Gegar VaganzaMengacara bersama Nabil Ahmad & Jihan Muse sehingga minggu 3
2023–2024The Masked Singer Malaysia (musim 4)JuriAstro Warna
2024Yak Yak Yey!
No FilterPengacaraAstro Ria

Sebagai peserta

Gegar Vaganza (musim 3)
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusanRuj.
Minggu 1Kembali Menyengat"Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan"Dirinya sendiriSELAMAT[77]
[78]
[79]
Minggu 2Memori Berkasih"Berpisah Jua"Ziana ZainSELAMAT
Minggu 3Ada Bran?"Perawan Atau Janda"Cita CitataSELAMAT
Minggu 4Duet Vaganza"Jangan Menangis Sayang" (duet bersama Acong)Safura & OneyTARIK DIRI
Drop The Beat
MingguPusinganTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Pusingan 1KPOP"I Will Show You"AileePEMENANG
Pusingan 2SPONTAN"Pudar"Rossa
Minggu 8Pusingan 1BOLLYWOOD"Ladki Badi Anjani Hai"Kajol & Shah Rukh KhanTEMPAT KE-3
Pusingan 2HIP HOP"Lose My Breathe"Destiny's Child

Radiografi

Radio

TahunTajukStesen
9 Oktober 2022 – kiniRancangan Carta Era 40Era

Anugerah dan pencalonan

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)
TahunProdukSijilNota
2000Satu Persatu1 x PlatinumJualan fizikal - 50,000 unit
2002Elly2 x PlatinumJualan fizikal - 60,000 unit
2003Best of Ballads1 x EmasJualan fizikal - 25,000 unit
AnugerahTahunKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusanRuj.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian2023Pengacara TV PopularElly MazleinMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian2020Pelakon TV Wanita PopularElly MazleinTercalon[80]
Artis Versatil PopularTercalon
Pengacara TV PopularTercalon
Gandingan Serasi Drama PopularElly Mazlein & Rashidi Ishak menerusi Kampung PeopleTercalon
ERA Digital Muzik Awards2020Lagu Viral ONZ"Empat Dara 2020" (duet bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana)Tercalon
Anugerah MeleTOP Era2020Artis Versatil MeleTOP SYOKElly MazleinTercalon
Anugerah Seri Angkasa2016Pelakon Radio Wanita TerbaikElly Mazlein menerusi drama radio Detik Itu siaran Radio KlasikMenang[81]
Drama Festival Kuala Lumpur2015Barisan Pelakon Drama PilihanShahz Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar Baharin menerusi drama Kristal MayaTercalon
Anugerah Media Hiburan2002Bakat Baru PelakonElly MazleinTercalon
Anugerah Juara Lagu2000Separuh Akhir Muzik Muzik (Balada)"Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan"Tercalon

Rujukan

Pautan luar