300

Tahun
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 300. Bagi kegunaan lain, sila lihat 300 (nombor).


300 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory.


Milenium:milenium pertama
Abad:
Dekad:
Tahun:

Peristiwa

Mengikut tempat

Afrika

  • Gajah pupus di Afrika Utara pada sekitar tarikh ini.
  • Keldai Liar Algeria pupus pada sekitar tarikh ini.

Benua Amerika

  • Tamadun Maya mencapai zaman kegemilangan (zaman klasik) di kawasan Guatemala dan Belize kini serta di bahagian-bahagian Mexico selatan yang bersebelahan dengan kedua-dua kawasan tersebut. Bagi sebahagian besar zaman tersebut, Tikal menguasai dunia Tamudun Maya.

Empayar Rom

  • Tentera Frank menembusi apa yang kini merupakan kawasan Belgium utara (tarikh anggaran)
  • Kota Split dibina.
  • Tembok Diocletian dibina di Palmyra.
  • Kompleks candi-makam Rom-Celt dibina di Lullingstone, serta juga di Anderitum (tarikh anggaran).

Eropah

Mengikut topik

Agama

  • Peter dari Alexandria menjadi Bapa Alexandria.
  • Tarikh yang mungkin untuk penerbitan Codex Vaticanus dan Codex Sinaiticus, manuskrip kitab Bible yang ditulis dalam bahasa Yunani.
  • Tiridates III menjadikan kerajaan Armenia sebagai negara pertama untuk menerima agama Kristian sebagai agama rasmi.
  • Tarikh anggaran untuk Sinod Elvira di Elvira, Sepanyol. Sinod tersebut merupakan majlis gereja yang melarang sebarang hubungan dengan orang Yahudi, pagan, dan penyeleweng.

Sastera dan sains

  • Kompas magnet untuk pandu arah direka di China (tarikh anggaran).
  • Panchatantra, koleksi dongeng dan cerita dewa-dewi Sanskrit, ditulis di India.

Kelahiran

  • Asanga, pengasas Yogacara dalam agama Buddhisme Mahayana (tarikh anggaran)
  • Frumentius, pedagang Kristian Syria (tarikh anggaran)
  • Hilary dari Poitiers (tarikh anggaran)
  • Li Shou, maharaja dari Cheng Han
  • Maharaja Min dari Jin

Kematian

  • 28 Disember — Theonas, Bapa Alexandria
  • Sporus dari Nicaea, ahli matematik dan ahli astronomi Yunani (tarikh anggaran)
  • Zhang Hua, pegawai Dinasti Jin
  • Liu Ling
  • Maharani Jia Nanfeng
  • Sima Yu