Aisha Retno

Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania.[1] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.[2][3]

Aisha Retno
Kelahiran
Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam

(2000-08-01) 1 Ogos 2000 (umur 23)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ekonomi
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2018–kini
Ibu bapa
SaudaraSophia Albarakbah (sepupu)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, R&B, soul
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Yuka Kharisma, Khodi, Sandra Dianne

Kerjaya

Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang,[4] Aisha Retno mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia lima tahun dan sewaktu di bangku sekolah, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian. Aisha lebih menjurus kepada genre nasyid semasa sekolah rendah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan mewakili Kuala Lumpur semasa menduduki Tingkatan 4.[4]

Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia, seterusnya merakamkan single sulungnya, "Mengikat Jiwa". Dikeluarkan pada 2018, lagu ini ialah hasil nukilan komposer Indonesia, Aldi Nadi Permana dan menjalani rakaman di republik itu.[5] Pada 25 Februari 2020, beliau bersama Khodi dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[6]

Pada Ogos 2020, beliau berduet bersama Yuka Kharisma menerusi lagu bertajuk "Terima Kasih",[7] selain itu, Aisha turut mengambil bahagian dalam kempen Bring The Beat anjuran Sony Music yang bertujuan menggalakkan artis naungannya untuk hasilkan lagu bagi mengembangkan daya kreatif mereka.[7] Artis yang terlibat ialah Benzooloo, Sandra Dianne dan B-Heart.[7]

Aisha paling dikenali sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3 yang turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Afieq Shazwan. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Rookie manakala Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Idol.[8][9] Pada Januari 2021, Aisha melancarkan single ketiganya, "Cinta Denganmu".[10]

Pada 9 Disember 2021, Aisha melancarkan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "W.H.U.T." yang bermaksud "Wanna Hold U Tight" yang telah meraih penstriman lebih dua puluh (20) juta di Spotify.[11] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin.[3] Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Big Stage musim keempat.

Aisha turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cangkul dengan memegang watak sebagai Zura, kemudian muncul dalam drama Gadis Muzikal dengan memegang watak sebagai Melly.[12]

Kehidupan peribadi

Aisha Retno berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa. Beliau ialah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Jean Retno Aryani, penyanyi veteran Indonesia dan Sayed Sipulijam Sayed Alwee, seorang ahli perniagaan dari Kelantan. Aisha mempunyai seorang adik, Sayed Abu Hanifa Radityo. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM).[7]

Di waktu lapangnya, Aisha mempunyai hobi memelihara kucing.[13][14] Beliau ialah sepupu kepada pelakon, Sophia Albarakbah.

Diskografi

Big Stage Musim 4

Berikut ialah senarai persembahan Aisha dalam Big Stage Musim 4:

MingguLaguPenyanyi AsalMarkah JuriKedudukan
Minggu 1TemanIman Troye84.40%Pertama
Minggu 2LalisaLisa75.20%Tempat Ketiga
Minggu 3KesetiaanSiti Sarah82.00%Pertama
Minggu 4LathiWeird Genius ft. Sara Fajira89.60%Pertama
Minggu 5CindaiDato' Sri Siti Nurhaliza91.20%Tempat Kedua
Minggu 6Bengawan SoloHetty Koes Endang97.00%Pertama
Minggu 7 (Separuh Akhir)SumpahAina Abdul87.80%Tempat Kedua
Minggu 8 (Akhir)Fallin'Alicia Keys71.04%style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Tempat Ketiga
Semua Jadi Satu3 Diva

Album/EP

TahunAlbumTajuk LaguLirikKomposer
2023A.R"Pencarianku"Aisha Retno, Sharon PaulSharon Paul
"JARAK" duet Bersama Aziz HarunAisha Retno, Glowrush, RomeoAziz Harun, Glowrush
"Ternoktah"Aisha Retno, Firdaus Rahmat, Hanis RafiHanis Rafi, Omar K
"Teduh"Aisha Retno, Iqie Hugh, John JeevesIqie Hugh
"Cukuplah"Aisha Retno, Firdaus Rahmat, John JeevesJohn Jeeves
"SUTERA"Aisha Retno, MFMFMFMF

Single

TahunTajukAlbumNota
2018"Mengikat Jiwa"Single-
2020'Menjelang Hari Raya"-
2021"Cinta Denganmu"OST. Takdir Yang Tertulis
"Nukilanku"OST. Masih Ada Rindu
"W.H.U.T."-
2022"Pencarianku"-
''SUTERA''-
"I.L.S.M (I Love Sadness More)-
2023"Ternoktah"-

Single Kolaborasi/Duet

TahunTajukAlbumNota
2020"Terima Kasih"SingleDuet bersama Yuka Kharisma
2021"Pulang Di Hari Raya"Duet bersama Waheeda Bonn
2023"JARAK"Duet bersama Aziz Harun

Filemografi

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2020Vokal ManiaDirinya sendiriTV3Juara Rookie
2022Big Stage (musim 4)Astro RiaKetiga
Gempak TVPengacara undangan-
2023Reporting For DutyDirinya sendiriProgram Realiti
Bigstage 2023 CapsulePengacara
2024The Hardest Singing ShowPeserta

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2022CangkulZuraAstro CitraLakonan pertama

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2023Gadis MuzikalMellyTV3Drama pertama

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusanRuj.
2021Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34Artis Baharu Wanita PopularDirinya sendiriTercalon[15]
2023Spotify Wrapped 2022 AwardsTop Radar Artist SG & MY 2022Dirinya sendiriMenang
Top 10 of Asia: Personality of The Year Award 2022/23Malaysia Young Music IconDirinya sendiriMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Penyanyi Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
2024Anugerah Juara Lagu ke-38Kategori Terbuka"SUTERA"Naib Juara
Anugerah Persembahan Terbaik AJL38Dirinya sendiri menerusi lagu "SUTERA"Menang

Rujukan

Pautan luar