Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah (lahir 15 Julai 1993), juga dikenali sebagai Sophie Koshka ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan kredit lakonannya dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2020), Hadiah Dari Tuhan (2020–2021),[4][5] Suamiku Lelaki Pendosa (2022) dan Ku Akad Kau Dengan Bismillah (2023). Sophia juga terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Miimaland (2020), Pasal Kau! (2021) dan Jerangkung Dalam Almari (2022).

Sophia Albarakbah
Sophia di acara Viu Lokal Lah! di Lalaport Bukit Bintang pada Ogos 2023
Kelahiran (1993-07-15) 15 Julai 1993 (umur 30)
Nama lainSophie Koshka
PendidikanSarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini
SaudaraAisha Retno (sepupu)

Kerjaya

Sophia Albarakbah pertama kali menceburi dunia hiburan dengan menjayakan pelbagai iklan komersial semasa masih melanjutkan pelajarannya. Atas desakan seorang rakannya yang memintanya menghadiri ujibakat filem 18,[6] beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan.[7] Sophia pertama kali menceburi bidang lakonan menerusi drama Viu, Devoted dengan memegang watak Isabella. Ini kemudian diikuti dengan drama Astro Ria, Tercipta Satu Ikatan dengan memegang watak antagonis, Rissa.

Filem pertamanya, Miimaland yang dibintangi oleh Fattah Amin, dikeluarkan pada 24 September 2020. Beliau kemudian muncul pula menerusi filem Pasal Kau! yang ditayangkan di Netflix pada 1 Oktober. Beliau seterusnya melakonkan watak sebagai Bella dalam drama TV3, Hadiah Dari Tuhan.[8] Sophia juga pernah menjadi model untuk muzik video Danial Zaini, "Siti Bilang Cuti".

Beliau mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Cahaya Malaika lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz,[9] diikuti oleh watak lakonanya sebagai Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.[10] Sophia kemudian menjadi pelakon utama bersama Shahz Jaszle dalam drama Cinta Hilang Kata dengan melakonkan watak Nurul Masmin.[11]

Pada tahun 2023, beliau menjadi pelakon utama bersama Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah dengan memegang watak sebagai Raisya Hannah. Beliau mengakui watak lakonannya itu sedikit banyak mencabar dirinya.[12][13] Kemudian, Sophia memegang dua watak, iaitu Aaliyah dan Aafiyah dalam drama Obsesi Dia lakonan bersama Zahiril Adzim.[14] Beliau juga berlakon dalam drama From Saga With Love yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Bianca Rozario. Ini merupakan drama Viu Originals kedua lakonannya selepas Devoted.[15]

Sophia juga berlakon dalam filem Saka Perawan arahan Ahmad Idham dan Harimau Malaya: The Untold Story arahan Afdlin Shauki yang kedua-duanya sedang menjalani penggambaran.[16][17][18] Beliau juga berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas dengan memegang watak sebagai Fatien.[19][20]

Kehidupan peribadi

Sophia berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina.[21] Bapanya yang berdarah campuran Melayu dan Arab berasal dari Kelantan manakala ibunya adalah mualaf yang berketurunan Cina. Beliau merupakan graduan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan[22] di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).[23][7][24] Ibunya merupakan Naib Juara (pemenang tempat kedua) dalam satu pertandingan ratu kecantikan pada tahun 1980.[25] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu.[26]

Beliau ialah sepupu kepada penyanyi, Aisha Retno.[27][28]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2020MiimalandElizeFilem pertama
Pasal Kau!Sophia
2021Ada HantuFarah
2022Jerangkung Dalam AlmariShikin
Ada Hantu 2Farah
2023Selalu AdaJasminFilem pendek[29]
2024Jiwa 8 BelasFatien
Saka PerawanPasca-penerbitan
Harimau Malaya: The Untold StoryKarina
2025ReezaMyra

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019DevotedIsabellaViuDrama pertama
2020Tercipta Satu IkatanRissaAstro RiaAdaptasi novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi
2020–2021Hadiah Dari TuhanBellaTV3
2022Suamiku Lelaki PendosaCahaya MalaikaAdaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah
Air Mata AllisyaIntan AllisyaTV9Adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi
Cinta Hilang KataNurul MasminAstro PrimaAdaptasi novel Cinta Hilang Kata karya Lily Haslina Nasir
2023Ku Akad Kau Dengan BismillahRaisya HannahTV3
Obsesi DiaAaliyah/AafiyahTV3
From Saga With LoveBianca RozarioViu
2024Lelaki ItuSharifah BahiyahTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2023Suzanne Wo Ai NiTV2Telefilem pertama
Hello SuriSuriTV3

Muzik video

TahunTajukPenyanyiPeranan
2018"Siti Bilang Cuti"Danial ZainiDirinya sendiri
2019"Sedar"Fareez Fauzi

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2020Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33Artis Baharu Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
2021World Film Carnival Singapore 2021Pelakon Wanita TerbaikMenang
Anugerah Pencapaian Luar BiasaMenang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Wanita PopularTercalon
Aktres Filem Popular[30]Menang
Aktres TV PopularTercalon
Couple Drama PopularDicalonkan bersama Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)Tercalon
2024Anugerah Telenovela ke-9Ratu TelenovelaDirinya sendiri[31]Menang
Pelakon Wanita Popular TelenovelaMenang

Rujukan

Pautan luar