Sarimah Ibrahim

Pelakon, penyanyi, penyampai radio dan pengacara

Che Puan Sarimah binti Ibrahim (lahir 19 Februari 1978)[1] merupakan seorang pengacara, penyampai radio, penyanyi serta pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish.[2]


Sarimah Ibrahim
ساريمه إبراهيم
Sarimah pada 2008
Kelahiran (1978-02-19) 19 Februari 1978 (umur 46)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • pengacara
  • penyanyi
  • pelakon
Tahun aktif1996–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka 7 in)
PasanganAmir Andrew Abdullah (k. 2006; c. 2009)
YM Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar (k. 2015)
Anak-anakYM Tunku Sofia Najihah
IbuElizabeth Hanlon
BapaIbrahim Ahmad

Kehidupan awal

Che Puan Sarimah Ibrahim telah dilahirkan di Dublin, Ireland. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin dimana beliau menerima kelayakan O-Levels.[3] Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology dari HELP University di Malaysia.[4]

Beliau fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis. Beliau merupakan anak sulung dari empat adik beradik.[5]

Kerjaya

Beliau bermula sebagai Model Iklan- Sprite, Hexos, Telekom, Clairol Herbal Essences, Ribena dan Dynamo.

Antara lakonan beliau dalam filem Puteri Impian 2, Janji Diana, Gerak Khas 3 dan MX3.

Beliau telah mengendalikan lebih dari 400 show corporate antara clientele: Maybank, HSBC, Chanel, Sime Darby, Panasonic, Petronas dll.

Bermula sebagai Pengacara The Disney Channel Pada 1997 dan sebagai bintang NTV7 pada tahun yang sama. Beliau pernah menjadi Pengacara AIM, AJL dan Memenangi Anugerah Pengacara Terbaik Anugerah Seri Angkasa, AIM Artis Baru Terbaik 2002.

Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program Fail Sulit AF, Konsert Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia Musim 1 di Hallmark Channel, juga Program Realiti IKON Malaysia dan IKON ASEAN yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[6] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[7]

Kehidupan peribadi

Che Puan Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (nama asal Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Namun, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]

Pada 2 April 2015, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah. Ayahanda mentuanya ialah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Mudzaffar ibni Almarhum Tunku Mustapha manakala bonda mentuanya ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Negeri Sembilan Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar.

Pasangan ini sebelumnya telah bertunang pada 27 September 2014. Mereka kemudiannya telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.[10]

Setelah perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang dikurniakan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.[11][12]

Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]

Diskografi

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
1998Puteri Impian 2LisaFilem pertama
2000Mimpi MoonLin
2003Janji DianaSabrina
MX3MarisaPelakon undangan
2005GK3 The MovieInspektor Farah
2014Apokalips XZaraPenampilan khas

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2023Jack YusofDirinya sendiriAstro Ria
Riot!: Rebel With A CauseLydiaAstro Premier
2024Lelaki ItuSyarifah QaidahTV3

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
1996The Attic ShowPengacaraTV2
1998”Disney Buzz”PenyampaiThe Disney Channel
1999The RIM Chart ShowPengacaraNTV7
1999–2001KIDS@NTV7
2000The Oreo ZoneTV3
2001Malaysia 2020TV2
2003Anugerah Juara Lagu ke-18TV3
2004Anugerah Juara Lagu ke-19
2006GalaksiTV9
2007IKON
2008Diari Akademi FantasiaAstro Ria
Radar AF7
2009Diari Akademi Fantasia
Tirai Akademi Fantasia 7
Tangkap Muat
The Biggest Loser AsiaHallmark Channel Asia
2010Akademi Fantasia 8Astro Ria
2012Tourism Malaysia Video
CNN Go on Air: Kuala LumpurPenyampaiCNN
2014Football Focus with MYEGPengacaraAstro Supersport
2015BellaNTV7
Sarimah’s 2 Sen WebshowFeefo.tv
2017The Sarimah ShowTV3
2018“Awak Ok?” Mental Health Awareness ShowOnline Selangor Government
2022Vazz VaganzaAstro Ria
Festival Filem Malaysia ke-32TV2
2023Anugerah Ikon Sukan Harian MetroTV9

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sarimah Ibrahim
Gaya panggilanYang Berbahagia
Gaya pertuturanYang Berbahagia
Gaya pilihanChe Puan
  • 19 Februari 1978 - 13 Mei 2006 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 13 Mei 2006 - 15 Mei 2009 : Puan Sarimah binti Ibrahim
  • 15 Mei 2009 - 2 April 2015 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 2 April 2015 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Sarimah binti Ibrahim

Rujukan

Pautan luar