De Fam

De Fam merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia, yang ditubuhkan pada 2015. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana.

De Fam
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Rap, Hip-hop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
AhliSophia Liana
Cik Manggis
Azira Shafinaz

Mereka merupakan antara kumpulan wanita yang popular di Malaysia pada masa kini, meneruskan legasi yang pernah diwarnai oleh kumpulan ikonik seperti Feminin, Elite dan Freshies.[1] Dikenali kerana menggabungkan tarian dan vokal dalam muzik mereka, De Fam meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "#Supergirls", sekaligus menaikkan nama De Fam sebagai kumpulan wanita yang berjaya di Malaysia.[2][3]

Kerjaya

Sebelum bergelar penyanyi, De Fam merupakan penari bersama Funky Fresh Family. Mereka pernah menjadi penari latar untuk beberapa artis terkenal tanah air seperti Dato’Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Stacy, Altimet dan SonaOne.

Mereka juga pernah terlibat secara langsung dalam penghasilan lirik video lagu popular nyanyian Caprice – Xde Hal Bro dan Jangan Kasi Muka.

Pada tahun 2014, De Fam telah memuat naik video lagu saduran mereka yang pertama, "Black Widow" (penyanyi asal Iggy Azalea dan Rita Ora) yang berjaya mencapai ½ juta tontonan di Facebook dan 100 ribu tontonan di YouTube dalam tempoh satu minggu.

Menerusi lagu “Black Widow”, De Fam berjaya menarik perhatian Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza bagi menyunting mereka sebagai artis di bawah naungan syarikatnya, Tune Studios.

Pada tahun 2015, De Fam akhirnya mengeluarkan single pertama mereka berjudul "#Supergirls" dan berjaya mencapai 2 juta tontonan selepas 3 bulan dilancarkan. 

Pada April 2021, Azira yang merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam menyatakan bahawa De Fam sekarang sibuk dengan aktiviti solo masing - masing dan akan kembali semula secara berkumpulan dengan lagu terbaru pada masa akan datang. [4]

Ahli kumpulan

Semua ahli kumpulan De Fam berasal dari Kuala Lumpur kecuali Sophia Liana yang berasal dari Ipoh.

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

TahunTajukDurasiCatatan
2015"#Supergirls"4:14
"With You" (menampilkan Brandon Beal)4:30
2017"Bila Ada Kamu" (menampilkan Alif & Aman RA)3:45"With You" versi remix Bahasa Melayu
2019"Panas"3:17
2022"Berubah"3:10
2024"Mula"3:00
"Alamak Raya Lagi!"2:47

Lagu cover

TahunTajukPenyanyi AsalCatatan
2014"Black Widow"Iggy Azalea featuring Rita Ora
2015"I'm Not The Only One"Sam Smith
"KL Love"FergieTajuk asal: "LA Love"
2016"How Deep Is Your Love"Calvin Harris & Disciples
"You Know You Like It (DJ Turn It Up / BBHMM Mash Up)"DJ Snake & AlunaGeorge (You Know You Like It)
Yellow Claw (DJ Turn It Up)
Rihanna (BBHMM)
"Don't Let Me Down"The Chainsmokers featuring Daya
2018"Selamat Hari Raya"Saloma


Videografi

Sebagai artis utama

TahunTajukDurasiPengarah
2015"#Supergirls"4:14Kelvin Anthony
"With You" (feat. Brandon Beal)4:30Edmund Anand
2017"Bila Ada Kamu" (feat. Alif & Aman RA)3:45
2019"Panas"3:17Hasif Hamid
2022"Berubah"3:10

Sebagai Penari

TahunTajukPenyanyiDurasiCatatan
2014"100% Cintaku"Mas Idayu feat. Juzzthin & W.A.R.I.S4:49Sophia & Azira
"Gilalah"Stacy3:45Sophia, Azira & Manggis
2015"#AwakKatMane"

(Exclusive Malaysia Release)

Taufik Batisah2:53Sophia & Azira
2018"Girl"Dafi3:42Manggis

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVAhliCatatan
2015Eksperimen CintaAmelishaTV3Cik ManggisSlot Dahlia
B.I.BEzzauraHypp TV
Dalam Pelukan RamadhanAstro Riatelefilem
Mimpi MiraMira
-
Azira Shafinaz@ Official Nanowhite : Web Series
StellaTasyaTV9Slot Aurora
2016Married Tapi BenciRinaTV3Slot Lestary dan berlakon bersama Syafiq Kyle
Mr. Donat KaramelAnggun Qairah (Azira)

Murni (Sophia)

Azira Shafinaz & Sophia Lianaberlakon bersama Hafidz Roshdi
Jejak KarmilaAnizaCik Manggis
2017Nur 3 PagiNur JannahAzira Shafinaztelefilem
Syawal yang KuinginkanHani
Kisah Dari Mekah (Pintu No.9)WaniAstro OasisCik Manggis
Kisah Dari Mekah (Kotorkah Taubatku)Sara
Kisah Dari Mekah (Jemputan Umrah oleh Izrail)Mila
Saka SistersSuriAstro Warna
2018Simpang SejenakManisTV3Azira Shafinaztelefilem DFKL
Doa Ku MohonPuan Karmila
Vila GhazaraAriana (Azira)

Mastura (Manggis)

Hani (Sophia)

Azira Shafinaz

Cik Manggis

Sophia Liana

Belum ditayangkan
Papa Nak MenantuFatimah/TimCik ManggisSlot Dahlia
Pengantin Musim SaljuNanaAstro Ria
Din Sardin BerayaRianaTV3Azira Shafinaz
Alamatnya CintaEmma HarithAstro RiaCik Manggis
Seribu RinduMaisaraTV3Azira Shafinaz

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVAhliCatatan
2015Super Spontan All StarsArtis JemputanAstro WarnaSemuaFinal
2016Dangdut StarPengacaraAstro Maya HDmengacara bersama Tauke Raja Lawak.
Bonda BondingArtis JemputanAstro Prima & Astro Maya HDAzira Shafinaz & Cik Manggis
Meletop RayaAstro Ria
Motif Viral
2017Bas RiaSemua
2018Gara Gara Nurul & ShahrilSuriaAzira Shafinaz & Sophia LianaSingapura
Break and BurnAstro BellaSemua
Kata SerasiNTV7
Drop The BeatPeserta (Azira Shafinaz)

Artis Jemputan (Sophia Liana & Cik Manggis)

Sophia Liana & Cik Manggis sebagai artis jemputan Azira Shafinaz bagi membantunya di final
Opera ZeroAstro Warna
1,2 Bakar RayaTV3
Feel Good ShowNTV7Topik: Perbezaan Raya Sebelum Kawin daan Selepas Kawin
Pop TV RayaAzira sebagai pengacara, Sophia dan Manggis sebagai artis jemputan
I Can See Your Voice MalaysiaArtis jemputan
Family Showdown
2019Anugerah Juara LaguFinalisTV3Menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga
Muzik - Muzik
Trek SelebritiAstro Ria
2024The Hardest Singing ShowPesertaSemua


Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik (AIM)
TahunKategoriKaryaKeputusan
2016Anugerah Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu#SupergirlsMenang
Malaysia English Top 10 Awards

(MET 10)

TahunKategoriKeputusan
2016Song of The YearMenang
Best Breakthrough Artist
Anugerah Meletop Era (AME 2016)
TahunKategoriKeputusan
2016Grup/Duo MeleTOPTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
TahunKategoriKeputusan
2016Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar