Sharisa Haris

Sharisa Haris (lahir 15 Mei 1989) ialah seorang pelakon, pengacara TV, model, penulis skrip dan usahawan Malaysia.

Sharisa Haris
Kelahiran
Sharisa Haris

(1989-05-15) 15 Mei 1989 (umur 34)
Nama lainSharisa Chong
PendidikanPsikologi Kaunseling
Pusat pendidikanUniversiti Malaya
Pekerjaan
Tahun aktif2011-kini
EjenMetrowealth
(2014–2015)
Laman web rasmiwww.mamanor.com.my

Kerjaya

Lakonan

Sharisa Haris memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011. Ketika itu beliau berlakon secara bebas dimana beliau sering ditawarkan untuk memerankan watak-watak kecil dalam drama-drama tempatan. Pada 2014, beliau akhirnya mulai serius dalam bidang lakonan lalu beliau mengikat kontrak bersama syarikat Metrowealth. Sejak itu nama dan wajah beliau sering menghiasi drama-drama televisyen dan membintangi beberapa buah filem meskipun beliau sering mendapat watak sampingan.

Usahawan Restoran Chinese Muslim / Yong Tau Foo

Selain berlakon, beliau juga kini merupakan seorang usahawan bisnes produk penjualan makanan. Beliau kini menguruskan produk makanannya yang digelar Mama Nor Yong Tau Foo yang dibuka di negeri kelahirannya, Tampin, Negeri Sembilan serta dibeberapa cawangan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Filemografi

Filem

TahunJudulWatakPengarah
2014Bahaya CintaYusof Kelana
Bravo 5Yeop Hilter
Suamiku Jatuh Dari LangitEyra Rahman
2015Misi Rayyan Dan Danish: Jangan Ambil Rumah KamiPeguamMohd. Azaromi Ghozali
Isteri Untuk DijualEyra Rahman
BadiPelajar perubatan
2019Till Death: Azalea's WrathEjen HartanahSein Qudsi

Drama

TahunJudulWatakSaluran TV
2011Dunia KitaAleezaAstro Ria
You Saka... Pergi Jauh-JauhLina BimboTV3
Khurafat The SeriesPenanggalAstro Ria
Orang KitaElena TanRTM
KarmaJessica
Tentang DhiaJulieTV3
Anak Iban UnitedCikgu HanisTVi
Titisan Darah PahlawanGinduhRTM
Sitkom Komedi: Opera SabunMelody
Mizan CintaMarina
2012Sinar Ya RobAbbyHyppTV
Bila Otai BercintaMei MeiRTM
Sedetik LebihYvonne
Dibawah LangitKhaty
Diari PlatunRainieAstro Prima
OpahRozaRTM
2013KarmaMei Mei
Kalau Dah PerempuanAmanda
UmmiMei Ling / MardhiyahTV3
Teduhan KasihJenny
2014KerambitSallyRTM
Ariana RoseHidayuTV3
2015Separuh JiwakuSherryTV9
Andai Bumi Tulip TakdirkuLailaTV Al-Hijrah
Dendam SemalamRisaTV3
2016Imam Mudaku RomantikZarinaAstro Oasis
Assalamualaikum CintaAstro Ria
Lelaki Macam DiaSally
2018MonalisaMonica Kirana
2019Aurora AisyahSaraRTM
2019-2020Adellea SofeaJenab / JamilahTV3

Telefilem

TahunJudulWatakSaluran TV
2011ManipulasiSuziRTM
Ku Sangkakan Siang, Rupanya MalamJanna
Haruskah Ada RinduIka
Ah Loon OiSally
Selumbar KasihShuhadaTV9
2012Perempuan Tanpa RahimPaulineTV3
IzinkankuDelindaRTM
Suara TakbirAstro Oasis
2013Kalam AriffNabilaHyppTV
2014Gegurl PropaSofie
Temukan Aku Pada RamadhanMardhiyahRTM
Bini-Biniku Gong XiSuziTV3
Matahari Terbit LagiAlinaTV Al-Hijrah
2015Olin dan EcanRTM
Hidupku Solatku MatikuAzaAstro Oasis
Hantu Raya Tumpang BerayaAnisAstro Ria
2016Ku Haramkan Susu Itu

Kontroversi

Pada Mac 2014, Sharisa Haris telah membuat laporan polis di Balai Polis Petaling berkenan seorang individu yang merupakan bekas pembantu jurusolek dan penjaga wardrobe disebuah produksi yang didakwa telah membuat akaun palsu Facebook dengan mengunakan nama dan data peribadinya untuk menipu orang ramai bagi tujuan kepentingan dirinya sendiri. Individu tersebut didakwa telah menipu orang ramai dengan menjual barangan pakai bayi dan kononnya turut menawarkan urusan jual beli bayi kepada orang ramai untuk diserahkan sebagai anak angkat. Laporan polis tersebut dibuat disebabkan Sharisa ingin membersihkan namanya yang telah disalahgunakan individu tsrsebut. Ini kerana menurut beliau kes itu sekaligus telah menjejaskan nama baik dan reputasi beliau sebagai pelakon berikutan ada beberapa peminat mengecam dan mencaci beliau disebabkan rasa tertipu.[1]

Rujukan

Pautan luar