Siti Khadijah Halim

Siti Khadijah Abdul Halim (lahir 27 Mac 1997) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR pada tahun 2018. Beliau mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila membawa watak Lara Andrew di dalam drama Dia Yang Ku Cinta,[1] namun lebih dikenali menerusi drama Ash & Aish dan Sekali Lagi Cinta Kembali.[2]

Siti Khadijah Halim
Kelahiran
Siti Khadijah binti Abdul Halim

(1997-03-27) 27 Mac 1997 (umur 27)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2018–kini

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik, dua abang (lahir pada 1988 dan 1991) dan seorang kakak (lahir 1994) dan merupakan anak bongsu. Beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka. Setelah tamat pengajian, beliau terus menjadi seorang pelakon.[3]

Beliau menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 anjuran Mingguan Malaysia (akhbar mingguan Utusan Malaysia dan dinobatkan sebagai juara. Kerjaya seninya pula diuruskan oleh syarikat A. Aida Production.[4] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.[5]

Gaya

Tidak seperti pesaing-pesaingnya dalam bidang lakonan, Siti Khadijah memilih untuk tidak menggunakan nama pentas, sebaliknya hanya menggunakan nama sebenarnya sebagai nama pentas sambil mengatakan mahu menjaga nama baik dirinya selain mahu membanggakan ibu bapanya.[3]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2022RompakSofeaFilem pertama
Hantu TenggekAna
2023Syaitan MunafikEcha
TBAMunajat KekasihZaitonPra-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Dia Menantu RahsiaShimaTV3Pelakon Undangan
Rumah Siti KhadijahDidiEpisod: "Mangsa Rogol"
Dia Yang Ku CintaLara Andrew
2020–2021Bidadari SaljuMarissa
2021The MaidCitraAstro Ria
Marry Me SenoritaTina
IsolasiErraAwesome TV
2021–2022Dukun DivaBaby Riena (Sabriena Lim Zulkarnain Lim)Astro Citra
2022Ash & AishAish (Aisha)Astro Ria
Sekali Lagi Cinta KembaliAiraTV3
Garnier: Menawan ImpianCindy/EllaDrama pendek
2023Segenap TakdirHaryani
From Saga With LoveKarma (Karmila Azad)Viu
2024Cerah Ceria Bersama GarnierSitiTV3Drama pendek
Wanita SyurgaArdini Zahira

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2020Pengantin 3 HariMayaSalam HD
CeraiFarahAstro Citra
2023Kami TVMimi/Ayu
Biar Biasa BiasaSofiaAstro Ria

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2019Buletin113 (Musim 3)PengacaraSalam HDMenggantikan Nazrief Nazri
2020Buletin113 (Musim 4)
Ujian MenantuDirinya sendiriAwesome TVbersama Yuna Zainal
2021Buletin113 (Musim 5)PengacaraSalam HD
Sepahtu Reunion LiveZilaAstro WarnaEpisod: "Dilema"
2022Terpaling JuaraArtis jemputanTV3Bersama Aniq Suhair
Sepahtu Reunion Live Al-PuasaFishaAstro WarnaEpispd: "Setia Antara Kita"
Sepahtu Reunion LiveTashaEpisod: "Jodoh Pasti Bertemu" Bahagian 2
Cuti-cuti Malaysia: Tour RaceDirinya sendiriAstro Awani
2023Anugerah Ikon Sukan Harian MetroPenyampai anugerahTV9bersama Intan Serah
Anugerah Drama Sangat 2023TV3bersama Janna Nick
NonaArtis jemputan

Iklan

TahunIklanCatatan
2022McDonald's: Kak Long Balik Muarbersama Nadiya Nisaa & Aniq Suhair, sebagai Wawa (Kak Chik)
Raya IJM Land: Selembar Benang, Sepasang Bajubersama Iman Zulkarnain, sebagai Nita

Videografi

Muzik Video
TahunTajuk laguPenyanyi
2021"Bicaramu"Amir Hasan
"Bunga"Kugiran Masdo
2022"Ku Cuba"Hariz Fayahet

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2023Anugerah Drama Sangat 2023Pelakon Wanita PopularDirinya sendiriTercalon
Pasangan Drama TerbaikDirinya sendiri (bersama Aniq Suhair)Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35BBNU Wanita PopularDirinya sendiriTercalon

Rujukan

Pautan luar