Zul Ariffin

Pelakon dan model Malaysia

Zulkifli bin Ariffin[1] (lahir 25 Oktober 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.[4]

Haji Zul Ariffin
Zul ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 16 Jun 2015.
Kelahiran
Zulkifli bin Ariffin

(1986-10-25) 25 Oktober 1986 (umur 37)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
IbuRobiah binti Nasir
BapaAriffin bin Hassan
Laman web rasmihttps://thezulariffin.com

Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada ibu bapanya, Ariffin Hassan dan Robiah Nasir,[5] beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengikuti kursus peragaan dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen dan iklan komersil.[6]

Kerjaya

Bakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan Gerak Khas terbitan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu direhatkan sementara dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai ASP Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.[7]

Selepas Gerak Khas "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada tahun 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.

Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya—filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200%[8] bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014.[9] Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton: Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).

Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Bekerja di bawah arahan Pierre Andre, beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, Jin terbitan Empat Samudera.[10]

Pada tahun 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%. Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.[11]

Pada tahun 2017, filem lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).[12] Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.[13][14][15] Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.[16]

Seterusnya, beliau membintangi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[17][18] Zul muncul bersama Farid Kamil dalam filem pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[19][20][21][22][23]

Beliau bersama Izara Aishah kemudiannya menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Aidid.[24] Projek filem beliau seterusnya ialah filem seram komedi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018.[25][26] Zul bersama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membintangi filem seram thriller, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019, beliau memegang watak sebagai Jefri.[27][28][29]

Zul muncul kembali sebagai Inspektor Ashraf dalam Gerak Khas selepas lebih 8 tahun. Beliau ialah salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas musim 19 termasuk Mustaqim Bahadon dan dua pelakon asalnya, Farid Amirul dan Abby Abadi. Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[30][31] Ini merupakan kerjasama kedua Zul dan Remy dalam tempoh 9 tahun sejak Evolusi KL Drift 2.

Zul kembali digandingkan bersama Mira dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan yang bersiaran di Astro Ria, memegang watak sebagai Yusof, seterusnya berlakon di samping Raysha Rizrose dalam drama Ryan Aralyn di TV3, memegang watak sebagai Ryan.[32] Selain itu, beliau bakal membintangi sebuah filem biopik terbitan Rosyam Nor yang bertajuk Juang yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Jack Lim.[33]

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof menerusi filem Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai Amir. Ia kembali menggandingkan beliau bersama Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Anna. Ini juga merupakan gandingan pertama Zul dan Azira dalam tempoh 3 tahun sejak Seribu Rindu.[34] Selepas Penunggang Agama, beliau kembali menjayakan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi, kesinambungan dari filem J Revolusi. Filem ini ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Jun. Zul digandingkan bersama Uyaina Arshad dalam drama Love Elsa yang bersiaran di Astro Ria, yang mana beliau memegang watak sebagai Ridza Kim. Beliau juga berlakon di samping Ruhainies Farehah dalam drama WiFi Sebelah Rumah dengan memegang watak sebagai Ghaz.

Pada September 2021, Zul mengumumkan telah menarik diri daripada dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram.[35] Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Nelissa Nizam dalam drama Tarik Aku Ke Syurga dengan memegang watak sebagai Zamri, seorang perunding hartanah yang berjaya.[36]

Penajaan

Perkembangan kualiti dan populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan sering tampak konsisten dan juga berkualiti telah memberikan suatu impak positif serta sedikit sebanyak menjadi sebab, mengapa beliau secara tidak lansung telah berjaya menarik minat serta perhatian daripada pelbagai syarikat pengeluar produk-produk berjenama di pasaran tempatan dan juga antarabangsa dan di mana ia kini berkhidmat sebagai duta dan juga jurucakapnya, justeru itu ia kini berkhidmat sebagai duta, Fisherman's Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng.[37] Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON.[38] Produk lain termasuk Gatsby, Lipton (bersama Nur Fathia), Systema, Mont Cabana dan Code 10.

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.[39][40][41] Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[42][43][44]

Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.[45] Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.[46][47] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.[48]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Ashraf Sinclair (Allahyarham). "Saya kenal arwah sudah lama, sebelum kami terjun dalam industri seni. Selepas lama berkawan, kami berpeluang berlakon bersama dalam filem J Retribusi. Saya lihat arwah periang dan sangat baik. Beruntung siapa yang dapat mengenali dirinya,".[49][50]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2010Evolusi KL Drift 2ASP ZamFilem pertama
Lukisan HatiFilem bebas
2013Bikers KentalArbi
PenanggalSyed Umar Al-Attas
2014BalistikBos Gengster
JinSyafiq
2016Evolusi PersonaFaizFilem pendek
#ER3 Ertiga
2017J RevolusiJay Zulkarnain
Tombiruo: Penunggu RimbaTombiruo/Ejim
2018Hantu Kak LimahUstaz Solihin
2019Misteri DilailaJefri
SangkarAdam "The Ace" Abdullah
2021Penunggang AgamaAmir
J2: J RetribusiJay Zulkarnain
Penunggang Agama 2Amir
2022JuangDr. Johan
Talbis IblisNasir
ZaaraAfifi
2024Sheriff: Narko IntegritiDSP Sheriff / Sheriffudin Hussein
TBAJ3: J ResolusiJay ZulkarnainPra-produksi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Awan Dania (Musim 1)Astro RiaDrama pertama, pelakon tambahan
2009YusuffJamalTV3
Segalanya Ku TerimaDaniel
2009–2011
2019–2020
Gerak KhasInspektor AshrafTV2
2010Mayang MenguraiDr. RosleeTV3
Tudung EkspresSyahrul IzharAstro Prima
TiramisuZainTV3
2011MorehAstro Oasis
HilangAzrulTV9
Laila ManjaImranTV3
Nora ElenaSaiful Idham / Eid
2011–2012KarmaAdukaTV9
2012Cikgu Kemisah Kirby (Musim 1)AsmadiTV2
Anak Raja Dongeng
Lagenda LangkawiAminTV2
Terlanjur CintaIzamTV9
2013Cikgu Kemisah Kirby (Musim 2)AsmadiTV2
Janji AdamAdamTV3
Luluhnya Sebuah IkrarAzharTV9
Firdausi CintaTV1
Debunga LalangHalimTV3
Jodoh Itu Milik KitaRedzaAstro Mustika HD
SangkarTuan SyedTV9
2014Rindu Awak 200%Zill FaezrulTV3
Istikharah CintaAiril
Walau Sedetik CumaAzhanTV AlHijrah
2015M.A.I.DHarrisAstro Ria
Cinta KaranZulTonton
2016Uda & DaraIzzat HilmanAstro Prima
2017Menanti FebruariArieTV3
Titian CintaUmayr Harris
2018Mr. London, Ms. LangkawiAididAstro Warna
Ti Amo, Sweetheart 100 HariIskandarAstro Ria
Seribu RinduIrfanTV3
2019Setelah Ku DimilikiAdriz
2020Bidadari Kiriman TuhanCikgu YusofAstro Ria
Ryan AralynRyanTV3
2021Diva PopularAwesome TV
Love ElsaRidza KimAstro Ria
Wifi Sebelah RumahGhazDisney+ Hotstar
Budak InternDato ShukTV9
2022Tarik Aku Ke SyurgaZamriTV3
2023Perempuan ItuEmirTonton

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2010Anak RintihRoni AhmadAstro Prima
20117 LaguRaizalAstro Citra
Mendongak Ke LangitZikri/AliffAstro Ria
Hatiku Di KinabaluAnuarAstro Citra
Sayang AbahAlongAstro Prima
2012Cik Paris Diva KampungRahimAstro Prima
Jujur Aku DayusAzhanTV3
2013Mr. FemininFahmiTV9
Kabin Di Tepi TasikRushidAstro Ria
Mimpi FaraFaridTV9
Kasih Bersulam Daun PalasFazli bin MansorAstro Prima
2014PanikRashidAstro First Eksklusif
Kemaafan TerindahAliff FirdausTV1
Hati Untuk SiapaZulAstro Prima
Habibah vs BabyBadrulTV9
Aira AirilAbdullahTV1
2015Rindu Awak 200% RayaZill FaezrulTV3
Lokum Untuk MamaShahrulTV9
Lilinkah AkuIskandar
2016M.A.I.D Pun Nak RayaHarrisAstro Ria
Lara HadiHadiTV2
2017Permata HatiAizuddinAstro First Eksklusif
2019Sempurnakah AkuJohanAstro Ria
2022Mandi MayatSyawalAstro Citra

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2022Pencuri HatiPengacaraSooka
2022–2023The Masked Singer Malaysia (musim 3)JuriAstro Warna

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2011Anugerah Pilihan Pembaca Media HiburanAnugerah Seksi – LelakiTercalon
2014Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur PertamaHero & Heroin Pilihan (bersama Elfaeza Ul Haq)Janji AdamTercalon
Festival Filem Malaysia ke-26Pelakon Harapan Lelaki TerbaikPenanggalMenang
Anugerah Skrin ke-18Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - FilemTercalon
2015Anugerah MeleTOP Era ke-2Pelakon TV MeleTOPRindu Awak 200%Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2Pelakon Drama Lelaki PilihanMenang
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat)Tercalon
Barisan Pelakon Drama PilihanTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28Pelakon Filem Lelaki PopularPenanggalTercalon
Artis Lelaki StailoMenang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat)Rindu Awak 200%Menang
HLive! SpecialArtiste Of The MonthMenang
Anugerah Melodi ke-2Artis Lelaki PilihanMenang
2016Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakTercalon
Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki PopularRindu Awak 200%Tercalon
2017Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30Pelakon Filem Lelaki PopularJ RevolusiMenang
Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki PopularUda & DaraTercalon
2018Anugerah MeleTOP Era ke-5Bintang Filem MeleTOPJ RevolusiTercalon
Tombiruo: Penunggu RimbaTercalon
Pelakon MeleTOPTitian CintaTercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5Aktor PilihanMenang
Pasangan Pilihan (bersama Farah Nabilah)Tercalon
Anugerah TelenovelaPelakon Lelaki Filem TerbaikTombiruo: Penunggu RimbaTercalon
Pelakon Lelaki Filem PopularTercalon
Pelakon Lelaki Telenovela PopularTitian CintaTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pelakon TV Lelaki PopularTercalon
Pelakon Filem Lelaki PopularTombiruo: Penunggu RimbaMenang
Pasangan Serasi Filem (bersama Nabila Huda)Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura)J RevolusiMenang
Pasangan Serasi Drama (bersama Farah Nabilah)Titian CintaTercalon
Artis Sensasi PopularTercalon
2019Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6Aktor PilihanSeribu RinduTercalon
Pasangan Pilihan (bersama Azira Shafinaz)Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Pelakon Filem Lelaki PopularTercalon
Artis Sensasi PopularTercalon
2021Festival Filem Malaysia ke-31Pelakon Lelaki TerbaikSangkarMenang
Anugerah Drama Sangat 2021Pelakon Lelaki TerbaikRyan AralynMenang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktor Filem PopularTercalon
Couple Filem Popular (bersama Azira Shafinaz)Talbis IblisTercalon
Couple Filem Popular (bersama Amelia Henderson)J2: J RetribusiTercalon

Rujukan

Pautan luar