Cik Manggis

Penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia

Nurshazwani Shamsuddin (lahir 2 September 1989) atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis atau Manggis "De Fam" merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai ahli kumpulan De Fam di mana beliau ialah ahli yang paling tertua dalam kumpulan itu, yang turut dianggotai oleh Sophia Liana dan Azira Shafinaz. Selain menyanyi, Cik Manggis juga merupakan seorang pelakon dan pernah mengacarakan sebuah program Astro bersama kumpulannya.

Cik Manggis
Kelahiran
Nurshazwani binti Shamsuddin

(1989-09-02) 2 September 1989 (umur 34)
Nama lainCik Manggis "De Fam"
PendidikanTeknologi Kreatif dan Artistik, Seni Layar
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Perdana
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2015–kini
Kampung asalSitiawan, Perak
PasanganSyazmin Firdaus Aminuddin (k. 2014)
Ibu bapa
  • Shamsuddin Idris (bapa)
  • Farida Hassan (ibu mertua)
Kerjaya muzik
GenreDJ, R&B
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
De Fam

Kehidupan awal

Nurshazwani Shamsuddin yang dilahirkan pada 2 September 1989 di Kuala Lumpur merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Cik Manggis merupakan anak kepada pemain dram kumpulan Zurah II, Shamsuddin Idris (Sam)[2] dan telah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur FA, Syazmin Firdaus Aminuddin pada 18 Oktober 2014.[1]

Kerjaya

Cik Manggis melalui kumpulan De Fam telah tercalon dalam dua kategori Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) menerusi Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu.[3]

De Fam (2015–kini)

Bidang lakonan

Sebelum memulakan kerjaya bersama De Fam, Cik Manggis terlebih dahulu melakar nama sebagai seorang pelakon.[4]

Drama pertama lakonan Cik Manggis ialah drama terbitan Zeel Production bergandingan dengan Ika Nabila. Rata-rata drama yang dilakonkan oleh Cik Manggis merupakan terbitan Zeel Production sehinggakan ada peminat yang menganggap dia merupakan “anak emas” produksi berkenaan.[5]

Setelah beberapa kali melakonkan watak sampingan, Cik Manggis diberi kepercayaan oleh Datuk Yusry Abdul Halim untuk memegang watak utama dalam drama bersiri yang disiarkan di Astro Warna bertajuk Saka Sisters bergandingan dengan Sara Ali.

Tarian

Impian Cik Manggis untuk mempunyai kelas tarian sendiri tercapai apabila dia diberi kepercayaan oleh studio tarian 2Twenty2 untuk mengelola kelas koreografi yang dikhususkan untuk wanita pada setiap hari Sabtu.[6]

Diskografi

Berikut ialah single bersama De Fam.

  • #Supergirls (2015)
  • With You (2016)
  • Bila Ada Kamu (2017)
  • Panas (2019)
  • Berubah (2022)
  • Mula (2024)
  • Alamak Raya Lagi (2024)

Filemografi

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2015B.I.BEzzauraUnifi TVDrama pertama
Eksperimen Cinta[7]Tengku AmelishaTV3
2017Jejak KarmilaSyarifah Aniza (remaja)
Kisah Dari MekahWaniAstro OasisEpisod: "Pintu No.9"
SaraEpisod: "Kotorkah Taubatku"
MilaEpisod: "Jemputan Umrah oleh Izrail"
Saka SistersSuriAstro Warna
2018Papa Nak MenantuFatimah/TimTV3
Vila GhazaraMastura
Klik! Pengantin Musim SaljuNanaAstro Ria
Alamatnya CintaEmma
2021Kita ReguCempakaAstro Arena
2022Beriani Gam Kak AsparelaUkisyaAstro Ria
The Pak Mat ClanAlissaTV3

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Dalam Perlukan RamadanSalizaAstro Ria
2021BayangLisaAstro Citra

Televisyen

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2016Kelab KomediArtis JemputanTV9
Dangdut StarPengacaraAstro Primabersama Tauke Jambu
Bonda BondingArtis Jemputanbersama Azira Shafinaz
2017Temasya Sukan KelautAstro Warna
Perang JantinaAstro Ria
Jalan Makan Tido
CCTVUntuk mempromosikan drama Saka Sisters
2018Wanita Hari IniTV3Topik: Perlukah Untuk Tahu Tentang Kisah Silam Pasangan?
Resepi Memikat IsteriAstro Riabersama pasangannya, Syazmin Firdaus
Pop RumblePesertaNTV7
CCTVArtis JemputanAstro RiaDijemput sebanyak 2 kali pada tahun 2018 Kali pertama untuk mempromosikan drama Klik! Pengantin Musim Salju kali kedua untuk mempromosikan drama Alamatnya Cinta
MeleTOPPromosi drama Alamatnya Cinta bersama Hisyam Hamid dan Alicia Amin
Bawang LiveBersama pelakon Alamatnya Cinta
2019Rasa Anak Emak, Anak BapakDirinya sendiriAstro PrimaBersama bapanya Shamsuddin Idris (pemain drum The Zurah II).
2021Teroka LokalArtis JemputanNaura HD

Rujukan

Pautan luar