Gayatri Su-Lin Pillai

Penerbit filem Malaysia

Gayatri Su-Lin Pillai (lahir 27 November 1975) merupakan seorang penerbit televisyen dan filem Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan filem Malaysia, Infinitus Gold.

Gayatri Su-Lin Pillai
Kelahiran (1975-11-27) 27 November 1975 (umur 48)
PekerjaanPenerbit televisyen dan filem, pengarah urusan Infinitus Gold
Tahun aktif1996–kini

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan dalam keluarga campuran. Beliau membesar di Petaling Jaya, Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta dan Sekolah Menengah Assunta. Pada tahun 1991, beliau menyambung pelajaran ke United World Colleges di Singapura, dan International Baccalaureate untuk mendapatkan General Certificate of Secondary Education (GCSE). Beliau berjaya memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang, Llb Hons. di University of Bristol, Bristol, UK pada tahun 1996.[1]

Kerjaya

Ketika berumur 33 tahun, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Admin Instructive Executive bersama Astro sejak Disember 1996. Beliau juga mendapat didikan daripada Dr. D. B. Nihalsingha. Beliau memegang jawatan Pengurus Penerbitan untuk filem perdana Nafas Cinta sebuah terbitan Astro Shaw pada tahun 1998. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat ke Penerbit Langsung sewaktu menjayakan filem KL Menjerit. Pada tahun 2002, beliau ditawarkan ke Penerbit Eksekutif dan Penerbit Senior. Seterusnya, pada Mac 2003, beliau dilantik sebagai Penerbit Eksekutif Senior. Sebelum ini, beliau memegang jawatan Pengurus Besar dan Penerbit Eksekutif Senior untuk Tayangan Unggul.[1]

Kehidupan peribadi

Gayatri Su-Lin tidak pernah berkahwin. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon Zul Ariffin pada 2013[2] dan mula mengenalinya ketika Zul berlakon dalam filem Penanggal arahan Ellie Suriati dan mula rapat selepas Bikers Kental difilemkan. Gayatri bagaimanapun, tidak memikirkan soal usia dan bukan satu masalah buatnya, malah beliau turut mengakui bergaduh dengannya setiap hari.[3] Gayatri dan Zul berpisah pada 2015, namun masih menjalin hubungan baik dan sokongan.[4][5] Zul mengakui kepada Kosmo! bahawa Gayatri adalah wanita 'istimewa'.[6]

Filemografi

Filem

Penerbit

Penerbit Bersekutu

Penerbit bersama

Penerbit Eksekutif

Penerbit Penyelaras

Drama

Penerbit

Penerbit eksekutif

Telefilem

Penerbit

  • Bunga dan Kayu (2022)

Penerbit Eksekutif

  • Bunga dan Kayu (2022)

Televisyen

Penerbit

  • V'Buzz (2015)

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar