401 SM

Milenium:milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
  • 42-an SM
  • 41-an SM
  • 40-an SM
  • 39-an SM
  • 38-an SM
Tahun:


Peristiwa

Mengikut tempat

Empayar Parsi

  • Cyrus si Lebih Muda mempergunakan pergaduhannya dengan Tissaphernes tentang kota-kota Ionia sebagai helah untuk mengumpulkan sebuah angkatan tentera besar dan berpura-pura menyediakan sebuah ekspedisi ke Pisidia di Pergunungan Taurus. Cyrus bertolak dengan lebih kurang 20,000 orang yang terdiri daripada lebih kuruang 10,000 orang askar upahan Yunani. Apabila beliau tiba di Sungai Euphrates yang terletak di Thapsacus, beliau mengumumkan bahawa tujuannya adalah untuk bertempur dengan Artaxerxes II. Beliau mara tanpa sebarang tentangan menuju Babylonia, tetapi Artaxerxes yang diberikan amaran oleh Tissaphernes pada saat terakhir, dengan gopoh-gapah mengumpulkan sebuah angkatan tentera. Kedua-dua angkatan tentera bertemu dalam Perang Cunaxa di utara Babylon, dan Cyrus dibunuh.

Yunani

  • Askar-askar upahan Yunani yang bertempur di Cyrus dibiarkan terdampar selepas kekalahan Cyrus, dan di bawah Xenophon merempuh ke utara merentasi orang-orang Parsi, Armenia, dan Kurd yang bersikap bermusuhan, sehingga tiba di Trapezus yang terletak di pantai Laut Hitam. Xenophon menjadi ketua mereka apabila Tissaphernes, satrap (gabenor) Parsi, menangkap Clearchus dari Sparta serta kapten-kapten kanan Yunani yang kemudian dihukum mati oleh Artaxerxes.
  • Agesilaus II menjadi raja Sparta pada kematian abang tirinya, Agis II.

China

  • Zhou An Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.

Mengikut topik

Kesusasteraan

  • Drama tragedi Oedipus at Colonus oleh Sophocles dipersembahkan selepas kematiannya. Ia diterbitkan oleh cucunya (juga dinamai Sophocles) dalam Perayaan Dionysus di Athens.

Kelahiran

Kematian

  • Agis II, raja Eurypontid Sparta
  • Clearchus, jeneral dan askar upahan Sparta
  • Cyrus si Lebih Muda, putera lebih muda kepada Darius II, raja Parsi