Abam Bocey

Pelakon dan pelawak Malaysia (1988-2020)

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020) merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey. Beliau ialah bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3. Abam juga terkenal dengan slogan 'Gemuk is Awesome’ kerana bertubuh besar.[1][2][3][4]

Abam Bocey
Kelahiran
Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey

(1988-01-19)19 Januari 1988
Meninggal dunia10 Februari 2020(2020-02-10) (umur 32)
Gombak, Selangor
Sebab kematianDeman panas dan sakit kepala
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2012–2020
PasanganNor Hidayah Mohd Ali (k. 2017–2020)
Anak-anak1
IbuSabariah Arshad
BapaSyed Mohd Ridzuan Al-Juffrey
KeluargaAli Puteh (adik)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreKomedi, sketsa
Bekas ahliBocey (2012-kini; kematiannya)

Kehidupan peribadi

Abam[5] berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor. Majlis perkahwinan mereka dihadiri seramai 5,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin lelaki.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.[7]

Kematian

Pada 10 Februari 2020, Abam Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak di usia 32 tahun. Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.[8][9]Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.[10][11]

Diskografi

Album

Bocey
  • Perjalanan (2015)

Single

TahunTajuk laguKomposerPenulis Lirik
2019Sikasih[12]Zimi SofazrRongak

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2014Suatu Malam Kubur Berasap 2Mekanik GemukFilem pertama
Kawan Aku Mati Dalam Rumah SewaAkhir
2015Hantu Bungkus Ikat Tepi[13]Fendi
Ada Apa Dekat Bas StopAbam
Isteri Untuk DijualAnip
2016Kecoh! Primadona Kena HantuRahim
2020Jodoh SyaitanKulupFilem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Superbike The MoviePenjual Roti
2024Tan-Ti-AnaBelon

Drama

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Geng UPSR (Musim 2)Budi Abang BurgerAstro Tutor TV
2017Mak Cun (Musim 3)DanielTV3
Oh My PondokAstro Oasis
Saka SistersJamalAstro Warna
Tuyul Ke LondonToyol Abam
2019SMK (Musim 1)Coach FaizAstro Ceria
2021Mamu Mami GosipFINAS Malaysia

Peserta

TahunTajukKumpulan
2012Raja Lawak (Musim 6)Albob
2013Bintang Mencari Bintang (Musim 1)Bocik
Maharaja Lawak Mega 2013Bocey
2014Super Spontan 2014Biawak Lazer
Maharaja Lawak Mega 2014Bocey
2015Qu Puteh Bintang Bersama Bintang
Super Spontan All Stars 2015Kungfu Kipidap
Juara Parodi 2015Righthanded
2016Maharaja Lawak Mega 2016Bocey
Super Spontan SuperstarHarimau Hipster
2017Maharaja Lawak Mega 2017Bocey
2018Bintang Bersama Bintang 2018
Super Spontan XtravaganzaLobster Leler
Maharaja Lawak Mega 2018Bocey
2019Muzikal Lawak SuperstarBotak
Maharaja Lawak Mega 2019Bocey

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Homestay BerhantuDinTV9
Bocey BerayaAbamAstro Warna
Samba Bola KampungChopieAstro Prima
Terpaku PontianakSalman Al-FarisiTV9
2015Aku Mahu ke New York 1Abang MatAstro Ceria
Aku Mahu ke New York 2
Gebu-gebu ManisDollahAstro Ria
Suamiku Encik BeruangEncik Beruang
Projek Bakar LemakAliTV1
Hantu KuburLempangAstro Prima
Hantu BotoxBamTV3
Abang HajiGufron
Salah Susuk RayaFendiAstro Prima
2016Bocey MenceceyAbamAstro Warna
Oh My English!: Oh My Goat - Come Baaack!!MailAstro TVIQ
2018Hantu Rumah Sakit JiwaZedAstro First Eksklusif
Tiga BahadolMaunAstro Warna
2019Terpanah AsmaraBobbyTV1

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Gemuk Is AwesomeTV AlHijrah
Bocey & FriendsPelbagai watakAstro Warna
2017Temasya Sukan ke LautPengacara bersama Malek Noor
2018Maharaja Lawak Mega Raya 2018Peserta (Bocey)
Bocey & Friends LivePelbagai watak
2020Maharaja Lawak Mega Raya 2019Peserta (Bocey)

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2015Anugerah MeleTOP Era 2015Artis Lawak MeleTOPAbam BoceyTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014Pelakon Komedi Lelaki PopularAbam BoceyMenang
Anugerah Lawak Warna 2015Artis Lawak Lelaki Paling PopularAbam BoceyTercalon
Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling PopularKumpulan BoceyTercalon
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015Artis Filem PopularAbam BoceyTercalon
Pelakon Komedi PopularAbam BoceyMenang
Artis Versatil PopularAbam BoceyTercalon
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Versatil PopularTercalon
Artis Komedi PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar