Abdou Diallo

Abdou-Lakhad Diallo (lahir 4 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Qatar, Al-Arabi dan pasukan kebangsaan Senegal.[3]

Abdou Diallo
Diallo bersama PSG pada 2020
Maklumat peribadi
Nama penuhAbdou-Lakhad Diallo[1]
Tarikh lahir (1996-05-04) 4 Mei 1996 (umur 27)
Tempat lahirTours, Perancis
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Arabi
Nombor22
Kerjaya remaja
2002–2003OC Saint-Herblain
2003–2004Grand Font
2004–2005AS Angoulême-Charente 92
2005–2007Angoulême Charente
2007–2009Tours
2009–2011US Chambray-les-Tours
2011–2014Monaco
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2014–2017Monaco10(0)
2015–2016Zulte Waregem (pinjam)33(3)
2017–2018Mainz 0527(2)
2018–2019Borussia Dortmund28(1)
2019–2023Paris Saint-Germain50(0)
2022–2023RB Leipzig (pinjam)8(1)
2023–Al-Arabi1(0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Perancis B1613(0)
2012–2013Perancis B178(0)
2013–2014Perancis B184(0)
2014–2015Perancis B1916(1)
2016Perancis B204(2)
2016–2019Perancis B2116(0)
2021–Senegal23(2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 05:07, 30 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:47, 17 Jun 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

Monaco

Diallo menyertai akademi kelab Monaco ketika beliau berusia 15 tahun.[4] Pada 28 Mac 2014, beliau menandatangani kontrak pertamanya dengan kelab. Pada 14 Disember, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama dengan menggantikan Bernardo Silva pada masa tambahan permainan ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Olympique Marseille dalam saingan liga.[5]

Pada Jun 2015, Diallo telah dipinjam ke kelab Belgium, Zulte Waregem untuk menghadapi musim 2015–16.[6] Sepanjang tempohnya bersama kelab itu, beliau telah digunakan di posisi serangan dan beliau berjaya menjaringkan tiga gol dalam 33 perlawanan liga. Pada Disember 2016, media melaporkan kelab dari Sepanyol iaitu Real Betis menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.[7] Malangnya, beliau hanya melakukan lima penampilan liga ketika musim 2016–17 tetapi pasukannya dinobatkan sebagai juara liga.[4]

Mainz

Pada 14 Julai 2017, Diallo berpindah ke kela Bundesliga, Mainz dan menandatangani kontrak selama lima tahun.[8] Pada 9 September, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Mainz ketika aksi kemenangan liga 3-1 ke atas pasukan Bayer Leverkusen.[9] Pada bulan Disember, Mirror.co.uk melaporkan bahawa Arsenal sedang mengikuti perkembangannya dan sudi melakukan bidaan untuk menggantikan pemain bersara, Per Mertesacker.[10] Pada musim itu, beliau diletakkan di posisi bek dan mempunyai kadar hantaran sebanyak 80 peratus. Beliau seterusnya tampil dalam 27 perlawanan liga pada musim itu.

Borussia Dortmund

Pada 26 Jun 2018, Diallo menyertai kelab Borussia Dortmund dengan menandatangani kontrak selama lima tahun pada perpindahan yang bernilai 28 juta euro.[11][12] Dalam satu temu ramah, beliau menyatakan bahawa Ousmane Dembélé telah menasihatinya untuk menyertai Dortmund.[13] Pada 15 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund ketika aksi liga menewaskan Eintracht Frankfurt 3-1.[14]

Paris Saint-Germain

Pada 16 Julai 2019, Diallo menyertai Paris Saint-Germain dalam rundingan yang menetapkannya bersama kelab itu sehingga Jun 2024.[15] Nilai perpindahan pemain itu bernilai 32 juta euro.[16]

Pada 3 Ogos 2019, Diallo melakukan penampilan sulungnya untuk Paris Saint-Germain dalam kejohanan Trophée des Champions yang berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada PSG mengatasi Rennes.[17] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 bersama PSG ketika menentang Nîmes yang menyaksikan PSG menang 3-0 pada 11 Ogos 2019.[18] Diallo melakukan penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara UEFA pada 18 September 2019 semasa menumbangkan Real Madrid 3-0.[19]

Pada penghujung musim 2019–20, Diallo meraih pingat kemenangan Ligue 1 pertamanya pada musim itu yang tamat dengan lebih awal iaitu pada 30 April 2020 berikutan pandemik COVID-19.[20]

Kerjaya antarabangsa

Diallo telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Senegal.[21] Beliau merupakan kapten bagi pasukan bawah-21 Perancis.

Kehidupan peribadi

Adik Diallo Ibrahima juga merupakan pemain bola sepak.[22]

Statistik kerjaya

Sehingga 26 Januari 2020.[23]
KelabMusimLigaPiala[a]Piala LigaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Monaco2014–155010200080
Zulte Waregem2015–1633320353
Monaco2016–175040101[b]0110
Mainz2017–1827231303
Borussia Dortmund2018–19281307[b]0381
Paris Saint-Germain2019–2016010103[b]01[c]0220
Jumlah kerjaya114614140110101447

Pencapaian

Kelab

Monaco
Paris Saint-Germain

Catatan

Pautan luar