Abdul Hamid Bador

pegawai polis Malaysia

YDH KPN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador (lahir 7 Ogos 1958)[1] ialah Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-12.[2] Beliau sebelum ini pernah menjadi sebagai Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).[3][4][5][6][7][8]


Abdul Hamid Bador

PMN, PSM; SPTS (Perak); SSNS (NS); DPPN (PP); DPNS (NS); DIMP (Pahang); JMN
Ketua Polis Negara Malaysia Ke-12
Dalam jawatan
4 Mei 2019 – 3 Mei 2021
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
Menteri
Timbalan
Didahului olehTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Digantikan olehTan Sri Acryl Sani Abdullah Sani
Butiran peribadi
Lahir (1958-08-07) 7 Ogos 1958 (umur 65)
Kuala Lumpur, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Nor Azrin Marzuki
DSP Puan Sri Fazreena Abdul Karim (k. 2022)
BapaKonstabel Bador Ijoh
Alma mater
PekerjaanPegawai polis

Kehidupan awal

Abdul Hamid Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kepada seorang konstabel polis, Allahyarham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.

Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina Malaysia, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).

Pendidikan

Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.

Kerjaya

Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.

Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.

Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.

Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.

Abdul Hamid mula mendapat perhatian pada 2015 apabila mendedahkan ada pihak tertentu menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain mendesak siasatan secara telus semasa menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.

Beliau menamatkan kerja secara rasmi pada 3 Mei 2021 selaku ketua polis negara (IGP), dan digantikan oleh Acryl Sani Abdullah Sani pada hari seterusnya.[9] Sungguhpun begitu, amanat terakhirnya sarat dengan amaran dan kekecewaan. Dalam amanat itu, beliau memberi amaran terhadap masalah korupsi yang ketara dalam bidang politik negara serta campur tangan politik dalam kepolisan negara. Hal ini merujuk kepada dakwaan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam pelantikan Acryl Sani selaku IGP baharu.[10] Selain itu, beliau juga mengkritik pelantikan ahli politik (Hamzah) selaku ketua Suruhanjaya Pasukan Polis, sebuah suruhanjaya di bawah Parlimen yang menguruskan pasukan polis.[11]

Darjah kebesaran, bintang dan pingat

Anugerah antarabangsa

Rujukan

Lantikan polis
Didahului oleh
Mohamad Fuzi Harun
Ketua Polis Negara Malaysia
4 Mei 2019 - 3 Mei 2021
Diikuti oleh:
Acryl Sani Abdullah Sani