Abit Joo

Billy Abit Joo merupakan ahli parlimen Hulu Rajang dari Barisan Nasional - Parti Rakyat Sarawak.

Billy Abit Joo
Anggota Parlimen
untuk P216 Hulu Rajang, Sarawak
Dalam jawatan
1990 – 2013
Didahului olehJustine Jinggot
Digantikan olehWilson Ugak Kumbong
Butiran peribadi
Parti politik BN - PRS

Billy Abit Joo pernah merasmikan regata mini bagi masyarakat orang Penan yang diadakan di Lusong Laku dalam daerah Belaga, yang memakan masa lapan jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan tanah merah.[1] Ekspedisi ini menarik penduduk bukan sahaja dari dari Lusong Laku tetapi juga dari kampung Penan di ulu termasuk Long Tanyit (sekitar dua setengah jam perjalanan bot dari Lusong Laku dengan menggunakan 'Stinting'), dari Long Abit dan Long Kajang.

Di parlimen, Billy Abit Joo pernah menyokong petisyen pembangkang supaya kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada Oktober 2008, satu-satunya Ahli Parlimen BN yang berbuat demikian.[2][3]

Rujukan