Abiy Ahmed

Abiy Ahmed Ali (አብይ አህመድ አሊ, Templat:Lang-om; lahir 15 Ogos 1976) ialah seorang ahli politik dari Habsyah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut yang terkini sejak 2 April 2018.[2]

Abiy Ahmed Ali
አብይ አህመድ አሊ
Abiyyii Ahimad Alii
Perdana Menteri Habsyah ke-15
Memegang jawatan
2 April 2018
PresidenMulatu Teshome
Sahle-Work Zewde
TimbalanDemeke Mekonnen
Didahului olehHailemariam Desalegn
Pengerusi Barisan Demokrasi Revolusi Rakyat Habsyah ke-3
Memegang jawatan
27 March 2018
TimbalanDemeke Mekonnen
Didahului olehHailemariam Desalegn
Ketua
Parti Demokratik Oromo
Memegang jawatan
22 February 2018
TimbalanLemma Megersa
Didahului olehLemma Megersa
Menteri Sains dan Teknologi Habsyah
Dalam jawatan
6 October 2015 – 1 November 2016
Perdana MenteriHailemariam Desalegn
Didahului olehDemitu Hambisa
Director of the Information Network Security Agency
Pemangku
Dalam jawatan
2008–2015
Didahului olehTeklebirhan Woldearegay
Butiran peribadi
Lahir (1976-08-15) 15 Ogos 1976 (umur 47)
Beshasha, Jimma Zone, Socialist Ethiopia
Parti politikParti Demokratik Oromo
Sekutu gabungan
politik lain
Ethiopian People's Revolutionary Democratic Front
PasanganZinash Tayachew[1]
Anak-anak3 anak perempuan dan 1 anak angkat lelaki
PendidikanMicrolink Information Technology College (BA)
University of Greenwich (MA)
Ashland University (MBA)
Universiti Addis Ababa (PhD)
Laman web rasmiFDRE Office of the Prime Minister
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Habsyah
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Habsyah
Tahun perkhidmatan1991–2010
Pangkat Lieutenant Colonel
UnitArmy Signals Corps
PerkhidmatanInformation Network Security Agency
PertempuranPerang Saudara Habsyah
United Nations Assistance Mission for Rwanda
Perang Eritrea–Habsyi

Beliau telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2019 sebagai pengiktirafan atas usaha beliau bagi pihak negaranya menyelesaikan konflik berlarutan dengan pihak negara Eritrea yang berjiranan[3].

Pada Oktober 2021, Abiy Ahmed secara rasmi mengangkat sumpah untuk penggal 5 tahun kedua.

Awal hidup dan pendidikan

Abiy Ahmed lahir di Beshasha,[4] Provinsi Kaffa (kini Zon Jimma, Kawasan Oromia), pada 15 Ogos 1976.[5][6] Ayahnya Ahmed Ali merupakan seorang penganut Islam berbangsa Oromo[7] (dan mempunyai empat orang isteri), manakala ibunya Tezeta Wolde[8] merupakan penganut Kristian mazhab Ortodoks[9] berbangsa Amhara.[10][11] Ahmed mempunyai tiga isteri lain hasil perkahwinan poligami[12] - Abiy merupakan anak ke-13 hasil perkahwinan ini dan anak keenam dan bongsu dari Tezeta.[4][10]

Kerjaya tentera

Beliau menyertai pihak pemberontak menentang rejim Derg pimpinan Mengistu Haile Mariam ketika berusia 17 tahun.

Pada tahun 1995, beliau menyertai delegasi Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kigali, Rwanda bagi memerhatikan keadaan di sana berikutan suatu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negara tersebut.[13] Ketika perang saudara antara pihak-pihak Eritrea dan Habsyi tercetus dari tahun 1998 hingga 2000, beliau mengetuai suatu badan perisikan yang bekerja menembusi dan memerhatikan kedudukan dalam tentera pihak lawan.

Kerjaya politik awal

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai seorang anggota dalam Parti Demokratik Oromo - salah satu parti utama dalam pakatan Barisan Demokrasi Revolusi Rakyat Habsyah.[14] Beliau segera menjadi ahli jawatankuasa pusat partinya serta ahli kongres jawatakuasa eksekutif pakatan politik tersebut.[15]

Pada 2 April 2018, Abiy dilantik oleh Dewan Perwakilan Habsyi dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Habsyah.[2]

Pemerintahan

Pada Jun 2018, pemerintah pimpinannya mengumumkan penswastaan besar-besaran terhadap syarikat milik negara serta pembebasan beberapa sektor ekonomi yang utama dalam negara tersebut.

Rujukan

Pautan luar