Abu al-Walid Ismail I

Abu'l-Walid Ismail I ibn Faraj (Arab: أبو الوليد إسماعيل الأول بن فرج, 3 Mac 1279 – 8 Julai 1325) merupakan pemerintah Nasrid kelima Amiriah Granada di Semenanjung Iberia dari tahun 1314 hingga 1325. Seorang cucunda kepada Muhammad II sebelah bondanya Fatima, baginda merupakan yang pertama dalam susur galur sultan yang kini dikenali sebagai al-dawla al-isma'iliyya al-nasriyya (dinasti Nasrid Ismail). Para sejarawan menggambarkannya sebagai seorang pemerintah berkesan yang menambah baik kedudukan amiriah dengan kejayaan tentera semasa pemerintahannya.

Ismail I
Sultan Granada
PemerintahanFebruari 1314 – 8 Julai 1325
Syawal 713 – 26 Rejab 725H
Didahului olehNasr dari Granada
Diikuti olehMuhammad IV
Keputeraan3 Mac 1279
17 Syawal 677H
Kemangkatan8 Julai 1325(1325-07-08) (umur 46)
26 Rejab 725 AH
AnakandaMuhammad IV, Yusuf I, lain-lain
Nama penuh
أبو الوليد إسماعيل بن فرج
ʾAbū al-Walīd Ismāʿīl ibn Faraj
DinastiNasrid
AyahandaAbu Sa'id Faraj
BondaFatima bint al-Ahmar
AgamaIslam

Baginda menuntut takhta semasa pemerintahn ayahanda saudara sebelah bondanya, Sultan Nasr, selepas sebuah pemberontakan yang dimulakan oleh ayahandanya Abu Said Faraj. Angkatan bersenjata mereka menewaskan Nasr dan Ismail yang tidak popular diisytiharkan sultan di Alhambra pada bulan Februari 1314. Baginda menghabiskan tahun awala pemerintahannya melawan Nasr, yang cuba mendapat semula takhta dari pangkalannya di Guadix, di mana baginda pada awalnya dibenarkan memerintah sebagai gabenor. Nasr mendapatkan bantuan Castile, yang kemudian menjamin kebenaran paus untuk perang salib menentang Ismail. Perang diteruskan dengan damai sementara berkala dan mencapai kemuncaknya di Pertempuran Vega pada 25 Jun 1319, yang berakhir dengan angkatan bersenjata Ismail menang, dipimpini Uthman ibn Abi al-Ula, ke atas Castile. Kematian dalam pertempuran Infante Peter dan Infante John, dua pemangku untuk Raja Alfonso XI yang masih kecil, meninggalkan Castile tanpa pemimpin dan memaksanya menamatkan sokongan untuk Nasr.

Selepas damai sementara awal, Ismail membuat susulan dengan kejayaannya dengan menawan istana kota di sempadan Castile pada tahun 1324 dan 1325, termasuk Baza, Orce, Huéscar, Galera, dan Martos. Kempen ini termasuk penggunaan pertama meriam di sebuah pengepungan di Semenanjung Iberia, dan kekejaman semasa serangan Martos yang menjadi terkenal dalam babad Muslim. Baginda dibunuh oleh saudaranya, Muhammad ibn Ismail, pada 8 Julai 1325, atas sebab peribadi. Semasa kehidupannya, Ismail menambahkan bangunan di kompleks istana Alhambra, istana Generalife, dan istana Alcázar Genil.

Nota

Penjelasan

Petikan

Rujukan

  • Al-Zahrani, Saleh Eazah (2009). "Revisiones y nuevos datos sobre la batalla de la Vega de Granada (719/1319) a través de las fuentes árabes". MEAH. Sección Arabe-Islam (dalam bahasa Spanish). Granada: Universidad de Granada. 58: 353–372. ISSN 2341-0906.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Arié, Rachel (1973). L'Espagne musulmane au temps des Nasrides (1232–1492) (dalam bahasa French). Paris: E. de Boccard. OCLC 3207329.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Boloix Gallardo, Bárbara (2016). "Mujer y poder en el Reino Nazarí de Granada: Fatima bint al-Ahmar, la perla central del collar de la dinastía (siglo XIV)". Anuario de Estudios Medievales (dalam bahasa Spanish). Madrid: Consejo Superior de Investigaciones Científicas. 46 (1): 269–300. doi:10.3989/aem.2016.46.1.08.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Catlos, Brian A. (2018). Kingdoms of Faith: A New History of Islamic Spain. London: C. Hurst & Co. ISBN 978-17-8738-003-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fernández-Puertas, Antonio (April 1997). "The Three Great Sultans of al-Dawla al-Ismā'īliyya al-Naṣriyya Who Built the Fourteenth-Century Alhambra: Ismā'īl I, Yūsuf I, Muḥammad V (713–793/1314–1391)". Journal of the Royal Asiatic Society. Third Series. London: Cambridge University Press on behalf of Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. 7 (1): 1–25. doi:10.1017/S1356186300008294. JSTOR 25183293.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Harvey, L. P. (1992). Islamic Spain, 1250 to 1500. Chicago: University of Chicago Press. ISBN 978-0-226-31962-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kennedy, Hugh (2014). Muslim Spain and Portugal: A Political History of Al-Andalus. London and New York: Routledge. ISBN 978-1317870418.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Templat:EI2
  • O'Callaghan, Joseph F. (2011). The Gibraltar Crusade: Castile and the Battle for the Strait. Philadelphia: University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-0463-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • O'Callaghan, Joseph F. (2013). A History of Medieval Spain. Ithaca, New York: Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-6872-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Rubiera Mata, María Jesús (1975). "El Arráez Abu Sa'id Faray B. Isma'il B. Nasr, gobernador de Málaga y epónimo de la segunda dinastía Nasari de Granada" (PDF). Boletín de la Asociación Española de Orientalistas (dalam bahasa Sepanyol). Madrid: Universidad Autónoma de Madrid: 127–133. ISSN 0571-3692.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Vidal Castro, Francisco. "Ismail I". Diccionario Biográfico electrónico (dalam bahasa Sepanyol). Madrid: Real Academia de la Historia.
  • Vidal Castro, Francisco. "Muhammad IV". Diccionario Biográfico electrónico (dalam bahasa Sepanyol). Madrid: Real Academia de la Historia.
  • Vidal Castro, Francisco (2004). "El asesinato político en al-Andalus: la muerte violenta del emir en la dinastía nazarí". Dalam María Isabel Fierro (penyunting). De muerte violenta: política, religión y violencia en Al-Andalus (dalam bahasa Sepanyol). Madrid: Consejo Superior de Investigaciones Científicas. m/s. 349–398. ISBN 978-84-00-08268-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Abu al-Walid Ismail I
Cabang kadet bagi Banu Khazraj
Tarikh keputeraan: 1279 Tarikh kemangkatan: 6 June 1325
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Nasr
Sultan Granada
1314–1325
Diikuti oleh:
Muhammad IV

Templat:Sultan Granada