Abusir

Abusir (Arab: ابو صير; Mesir pr wsjr; Bahasa Qibti: ⲃⲟⲩⲥⲓⲣⲓ busiri, "tempat persemadian Osiris"; Bahasa Yunani Kuno: Βούσιρις) ialah nama yang diberikan kepada sebuah kompleks piramid Mesir purba yang terdiri daripada runtuhan empat piramid raja yang berasal dari zaman Kerajaan Lama, dan merupakan sebahagian daripada Padang Piramid Tapak Warisan Dunia UNESCO Memphis dan Necropolisnya.[1]

Abusir
Abusir is located in Northern Egypt
Abusir
Ditunjukkan di Utara Mesir
LokasiMesir
WilayahGiza
Koordinat29°54′N 31°12′E / 29.9°N 31.2°E / 29.9; 31.2
KriteriaKebudayaan: (i)(iii)(vi)
Ditetapkan1979 (3rd session)
Sebahagian daripadaMemphis dan Nekropolisnya – Padang Piramid dari Giza ke Dahsur
No. rujukan86-002
Busiri
dalam hieroglif
pr
Z1
stirA40

Kompleks piramid ini dinamakan sempena kampung Abusir yang berhampiran, di markaz (mukim) Badrashin, Giza.[2] Kompleks piramid Abusir terletak di penara Gurun Barat di pinggir dataran bercucuk tanam. Piramid Giza berada di utara, dan Saqqarah di selatannya, dan kompleks itu salah satu tanah perkuburan golongan elit yang utama Memphis, ibu kota Mesir kuno. Beberapa kampung lain di utara dan selatan Mesir dinamakan Abusir atau Busiri.

Semasa Dinasti Ke-5 Kerajaan Lama, Abusir menjadi tempat penting untuk pengebumian berprestij di wilayah barat. Pada masa itu, Memphis adalah ibu kota. Kawasan Giza yang bersebelahan dengannya sudah sesak dengan piramid besar dan monumen-monumen dari Dinasti ke-4. Jadi, firaun-firaun Dinasti ke-5 memutuskan untuk mencari lokasi lain, seperti Abusir, untuk membina struktur pengebumian mereka sendiri..

Nekropolis

Nekropolis Abusir
Abusir, piramid

Makam terawal di tapak tersebut berasal dari Zaman Dinasti Awal, Dinasti Pertama. Makam-makam, termasuk makam tangga, telah ditemui di utara padang piramid.[3]

Terdapat empat buah piramid raja di tapak ini, yang menjadi tempat pengebumian diraja yangn utama semasa Dinasti Kelima. Kualiti pembinaan piramid-piramid Abusir lebih rendah daripada Dinasti Keempat; mungkin menandakan kelemahan kuasa raja atau ekonomi yang kurang cergas. Piramid lebih kecil daripada zaman sebelumnya, dan dibina dengan batu tempatan yang berkualiti rendah. Semua piramid utama di Abusir dibina sebagai piramid bertingkat, namun yang terbesar—Piramid Neferirkare—dipercayai pada asalnya sebuah piramid bertingkat berketinggian kira-kira 70 meter, kemudian berubah menjadi piramid "sebenar" dengan tangganya dibuat dengan batu-batu yang kurang baik.

Senarai lengkap struktur-struktur yang telah digali sehingga tahun 2019 tersedia dalam rencana ini.[4] Petanya juga diterbitkan dalam talian dan boleh didapati dalam bentuk aplikasi.[5]

Piramid utama

Tiga piramid diraja yang utama ialah

  • yang terawal, Piramid Sahure, terkenal dengan ukiran yang halus
  • Piramid Neferirkare Kakai, piramid tertinggi di tapak tersebut
  • Piramid Niuserre, piramid yang paling utuh di tapak tersebut

Dua piramid diraja yang tidak diselesaikan ialah

  • Piramid Neferefre yang tidak lengkap[6]
  • Piramid Shepseskare yang belum selesai?[7]

Piramid yang lebih kecil

  • piramid Permaisuri Khentkaus II, isteri Neferirkare dan ibu kepada Neferefre dan Niuserre[8]
  • Piramid Lepsius no. 24 — Piramid milik seorang wanita, mungkin seorang ratu. Nama wazir Ptahshepses terdapat dalam kalangan tanda pembinanya, yang menunjukkan piramid itu berasal dari zaman Firaun Nyuserre [7]
  • Piramid Lepsius no. 25 — Kemungkinan piramid seorang ratu dari Dinasti Kelima[7]

Mastaba orang istana

Makam beberapa pegawai tinggi dan ahli keluarga mereka terletak di sekitar piramid raja mereka:

  • mastaba Ptahshepses (wazir di bawah Nyuserre)[9]

Empat mastaba di tenggara kompleks piramid Raneferef dipanggil tanah perkuburan "Nakthsare", mungkin makam orang-orang yang ada hubungan dengan Raja Raneferef:

  • mastaba Putera Nakhtsare (anak Raneferef atau Nyuserre)
  • mastaba "Datuk" Kakaibaef
  • mastaba Ratu Khentkaus III, kemungkinan isteri Raneferef
  • mastaba pemilik tanpa nama AS 31

Abusir Selatan

Tepat di utara Saqqara terdapat tanah perkuburan pegawai rendah Zaman Dinasti Awal dan Kerajaan Lama. Makam-makam Dinasti Pertama yang terawal terletak di tempat yang dipanggil "tanah perkuburan Bonnet" yang dinamakan sempena Hans Bonnet, yang menerbitkan tapak tersebut.[10] Ia telah digali pada tahun 1910 oleh Georg Steindorff dan Uvo Hölscher. Baru-baru ini, artifak tembaga dalam koleksi Universiti Leipzig dari tapak tersebut telah dikaji. Satu kapal, ÄMUL 2162, diperbuat daripada bahan khas, tembaga arsenik dengan nikel, mungkin barangan import ke Mesir.[11]

Tanah perkuburan Kerajaan Lama di Abusir Selatan termasuk makam-makam berikut:

  • makam Ity (Dinasti Keempat awal) [12]
  • makam Hetepi (pendeta, permulaan Dinasti Ketiga) [13]
  • makam Nyankhseshat (bendahari raja, awal Dinasti Keempat), dengan stele pegawai Dinasti Kelima, Sekhemka, dan isterinya Henutsen[14]
  • makam Kaaper (arkitek dan pendeta, awal Dinasti Kelima)[12]
  • makam Rahotep (pendeta, akhir Dinasti Kelima)
  • makam Fetekti (pendeta, akhir Dinasti Kelima)
  • makam Qar dan anak-anaknya (wazir, awal Dinasti Keenam, anak-anak dari akhir Dinasti Keenam, pemerintahan Pepi II Neferkare)[15]
  • makam batu tarah Kerajaan Baru milik Nakhtmin (Panglima Penunggang Rata)[16]

Tanah perkuburan Saite-Parsi

Di atas sebuah bukit kecil tepat ke selatan piramid Neferefre terdapat makam-makam dari zaman Saite:

  • makam Udjahorresnet[17]
  • makam Iufaa[18]
  • makam Menekhibneko[19]
  • makam Padihor
  • makam R3

Sebuah kuil

Turut ditemui di Abusir ialah peninggalan kuil zaman Ramesses, mungkin dibina oleh Ramses II. Kuil ini terletak kira-kira 500 meter di tenggara piramid, berhampiran dengan kawasan bercucuk tanam di gurun situ. Bangunan utama kuil dibina daripada batu kapur. Terdapat tiga bilik bawah tanah, sebuah dewan kecil dengan empat tiang dan halaman (dengan dinding bata lumpur) dengan sepuluh tiang batu kapur. Bangunan batu kapur itu berada di dalam kompleks yang lebih besar dibuat daripada bata lumpur dengan tonggak pedaka dan gudang senjata.[20] Kuil itu nampaknya dibuat untuk pemujaan matahari, khususnya dewa Ra, Amun, dan Nekhbet. Serpihan ukiran warna-warni dan banyak gelaran Ramesses II telah ditemui.[21] Kuil itu dibina di atas makam-makam bata lumpur Dinasti Ketiga dan Kelima.[22]

Penjarahan tapak semasa protes 2011

Abusir, Saqqarah dan Dahsyur mengalami kerosakan oleh perompak semasa protes Mesir 2011. Sebahagian daripada pintu palsu makam pendeta Rahotep telah dicuri, dan bilik stor dipecah masuk.[23][24] Struktur-struktur yang dirompak dipetakan contohnya dalam rencana ini.[25]

Iklim

Sistem pengelasan iklim Köppen-Geiger mengelaskan iklimnya sebagai gurun panas (BWh), [26] sama seperti seluruh Mesir.

Data iklim untuk Abusir
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)19.6
(67.3)
21.2
(70.2)
24.5
(76.1)
29
(84)
32.9
(91.2)
35.3
(95.5)
35.5
(95.9)
35.2
(95.4)
32.9
(91.2)
30.7
(87.3)
25.9
(78.6)
21.4
(70.5)
28.7
(83.6)
Purata suhu harian, °C (°F)13.5
(56.3)
14.5
(58.1)
17.5
(63.5)
21.1
(70.0)
24.8
(76.6)
27.5
(81.5)
28.4
(83.1)
28.3
(82.9)
26.2
(79.2)
24.1
(75.4)
19.8
(67.6)
15.4
(59.7)
21.8
(71.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)7.4
(45.3)
7.9
(46.2)
10.6
(51.1)
13.3
(55.9)
16.8
(62.2)
19.8
(67.6)
21.3
(70.3)
21.4
(70.5)
19.5
(67.1)
17.5
(63.5)
13.7
(56.7)
9.4
(48.9)
14.9
(58.8)
Purata kerpasan, mm (inci)4
(0.2)
3
(0.1)
2
(0.1)
1
(0.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
2
(0.1)
4
(0.2)
16
(0.7)
Sumber: Climate-Data.org, altitude: 18m[26]

Lihat juga

  • Nekropolis Memphit
  • Senarai bandar dan bandar Mesir purba
  • Senarai tapak Mesir purba, termasuk tapak kuil
  • Piramid Berganda
  • Senarai tapak megalitik

Rujukan

Pautan luar

29°54′N 31°12′E / 29.900°N 31.200°E / 29.900; 31.200