Aceria anthocoptes

Hama genus Aceria

Aceria anthocoptes, juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai russet mite,[1] rust mite,[2] thistle mite, ataupun Canada thistle mite[3] ialah sebuah spesies hama daripada famili Eriophyidae.

Aceria anthocoptes
Aceria anthocoptes dibesarkan 1,400 kali
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Acari
Order:
Prostigmata
Keluarga:
Eriophyidae
Genus:
Spesies:
A. anthocoptes
Nama binomial
Aceria anthocoptes
(Nalepa, 1892)

Aceria anthocoptes dapat dijumpai pada pohon Cirsium arvense atau Canada thistle, dan merupakan calon baik sebagai agen kawalan perosak biologi buat tumbuhan invasif ini.[1]

Pemerian

Aceria anthocoptes dianggap sebuah agen kawalan perosak biologi buat tumbuhan invasif, Canada thistle (Cirsium arvense)

Spesimen-spesimen betina memiliki bentuk fusiform dan pelbagai warna. Bergantung pada fasa pembesaran, kedua-dua nimfa dan dewasa boleh kelihatan putih, perang, merah jambu, atau kuning.[4] Tungau ini bersaiz lebih kurang 170 µm panjang dan 65 µm lebar; justeru itu ia hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar.[5] Chelicerae lebih kurang 20 µm panjang, dan hampir lurus.[1][5]

Taburan

Aceria anthocoptes merupakan eriophyid yang 'hidup bebas'. Oleh sebab kitaran hidup dan morfologinya, tungau atau hama ini dianggap sebagai spesies rayau.[6]

Hama ini terjumpa di beberapa negara Eropah dan di Amerika Syarikat.[1] Setakat tahun 2001, diketahui ia hadir di dalam 21 negara.[6] Spesies ini merupakan spesies tunggal hama eriophyid yang dijumpai pada pohon Cirsium arvense di seluruh dunia.[6]

Kelakuan dan kitaran hidup

Hama ini menghasilkan generasi berganda setiap tahun, dan kemungkinan sepanjang musim salji pada bahagian akar atau tunas akar.[4]

Hama ini lazimnya menghabiskan musim salji sebagai dewasa betina yang bunting, dan berada di bawah sisik tunas pohon tisel.[nota 1] Hama ini keluar pada musim bunga,[5] dan membiak secara berterusan pada musim-musim selain musim salji, mengeluarkan generasi baharu setiap dua atau tingga minggu.[5] Aceria anthocoptes makan dengan menyedut kandungan sel-sel daun.[4]

Kegunaan sebagai agen kawalan biologi

Aceria anthocoptes dianggap agen berpotensi buat kawalan biologi terhadap Cirsium arvense atau Canada thistle (tisel Kanada). Hama ini merosakkan sel epidermis dan lapisan mesofil (daging daun) yang lebih dalam, pada kedua-dua belah atas dan bawah rumpai invasif ini. Hasilannya ialah canggaan dan lipatan bilah daun dengan pengikalan sisi daun. Daun-daun menjadi perang dan akhirnya menjadi kering.[6]

Nota

Rujukan

Bacaan lanjut

  • A. Nalepa (1892). "Les acarocécidies de Lorraine (Suite)". Feuille. 3 (dalam bahasa French). 22 (258): 12.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • R. Ochoa, E. F. Erbe, W. P. Wergin, C. Frye & J. Lydon (2001). "The presence of Aceria anthocoptes (Nalepa) (Acari: Eriophyidae) on Cirsium species in the United States". International Journal of Acarology. 27 (3): 179–187. doi:10.1080/01647950108684251.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar