Adam Larsen Kwarasey

Adambathia Larsen Kwarasey (lahir 12 Disember 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab MLS, Portland Timbers sebagai penjaga gol.

Adam Larsen Kwarasey
Adam Larsen Kwarsey bermain untuk pasukan Portland Timbers
Maklumat peribadi
Nama penuhAdambathia Larsen Kwarasey[1]
Tarikh lahir (1987-12-12) 12 Disember 1987 (umur 36)
Tempat lahirOslo, Norway
Ketinggian1.90 m (6 ka ​2 1316 in)[2]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Portland Timbers
Nombor12
Kerjaya remaja
Trosterud
2006–2007Vålerenga
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2007–2014Strømsgodset154(0)
2015–Portland Timbers14(0)
Pasukan kebangsaan
2008Norway B211(0)
2011–Ghana[3]21(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Jun 2014

Kwarasey dilahirkan di Norway tetapi memilih untuk mewakili negara bapanya, Ghana di peringkat antarabangsa.

Kehidupan awal dan peribadi

Kwarasey dilahirkan di Oslo, Norway kepada bapa dari Ghana dan ibu dari Norway.[4] Dia memegang kedua-dua kerakyatan Ghana dan Norway.[5]

Karier kelab

Strømsgodset

Kwarasey bermain bola sepak di peringkat belia bersama Trosterud dan Vålerenga.[6] Selepas berpindah ke Strømsgodset, dia membuat penampilan sulungnya pada 6 Mei 2007.[6] Kwarasey merupakan kapten kelab semasa Strømsgodset memenangi Tippeligaen pada tahun 2013.[7] Dia juga memenangi Anugerah Kniksen sebagai penjaga gol terbaik untuk musim 2013.[8]

Kwarasey mengumumkan pada 31 Oktober 2014 bahawa dia akan meninggalkan Strømsgodset selepas musim 2014, apabila kontraknya tamat.[9]

Portland Timbers

Kwarasey menyertai kelab Major League Soccer, Portland Timbers pada bulan Disember 2014.[10][11]

Karier antarabangsa

Pada bulan Oktober 2010, Kwarasey menerima pasport Ghana sekaligus layak beraksi untuk negara tersebut.[12] Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Ghana pada 2 September 2011 dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Swaziland,[13] sebelum bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil di Craven Cottage, London tiga hari kemudian.[14]

Kwarasey dinamakan dalam skuad 23 pemain Ghana untuk Piala Negara-Negara Afrika 2012.[15] Dia merupakan penjaga gol pilihan utama pasukan sepanjang pertandingan itu dimana mereka menduduki tempat keempat.[16] Pada 2 Jun 2014, Kwarasey dinamakan dalam skuad Ghana untuk Piala Dunia FIFA 2014.[17]

Statistik karier

Sehingga 9 November 2014[18]
KelabMusimDivisyenLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Strømsgodset2007Tippeligaen40100050
200840300070
200940200060
20102907100360
20112804020340
20122903030320
20133001000310
20142602020300
Jumlah1540231701841
Portland Timbers2015MLS60000000
Jumlah60000000
Jumlah karier1600231701901

Kejayaan

Kelab

Strømsgodset

Individu

  • Penjaga gol terbaik dalam Tippeligaen: 2013 [21]

Rujukan

Pautan luar