Adzikry Fadlillah

Muhammad Adzikry Fadlillah (lahir 26 Februari 2003) ialah pemain bola sepak Indonesia yang bermain sebagai Pemain tengah untuk kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.[2]

Adzikry Fadlillah
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Adzikry Fadlillah
Tarikh lahir (2003-02-26) 26 Februari 2003 (umur 21)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Persib Bandung
Nombor71
Kerjaya remaja
2019–2020Persib Bandung B-16
2021–2023Persib Bandung B-18
2023–2024Persib Bandung B-20
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2024–Persib Bandung1(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Maret 2024

Adzikry dinaikkan pangkat ke kelab utama pada pertengahan musim Liga 1 2023–24.

Kehidupan pribadi

Adzikry merupakan graduan program latihan Akademi Persib Bandung yang dinaikkan pangkat ke kelab utama pada pertengahan musim Liga 1 2023–24.

Sejak 2022, Adzikry telah berlatih bersama pasukan senior. Bagaimanapun, dia terpaksa menyertai pasukan Persib U-20 bersaing dalam Elite Pro Academy Liga 1 2023/2024. Bersama pasukan U-20, Adzikry tampil dalam 17 perlawanan dan menjaringkan 4 gol. Bagaimanapun, perjalanan Persib B-20 dalam EPA terpaksa dihentikan pada pusingan awal walaupun berbaki dua perlawanan. Maung Ngora hanya mengumpul 17 mata dan berada di tangga kelima, 7 mata di belakang PSS Sleman U-20 di tempat ketiga.

Menerima keputusan ini, Adzikry berasa kecewa. Namun, peluang berlatih bersama skuad utama di bawah kendalian Bojan Hodak perlahan-lahan memulihkan keyakinannya. Lebih-lebih lagi pemain dalam skuad utama turut menerimanya dengan baik.[3]

Dalam perlawanan menentang Persis Solo pusingan ke-2 Liga 1 2023–24, Adzikry masuk daftar line-up untuk pertama kalinya di klub utama.

Rujukan

Pranala luar