AfterShip

AfterShip ialah sebuah syarikat permulaan yang terletak di Hong Kong. [2]Syarikat ini menawarkan penjejakan penghantaran melalui model SaaS (perisian sebagai perkhidmatan) . [3] [4] Ia diasaskan selepas memenangi pertandingan Startup Weekend Hong Kong 2011 [5] dan Global Startup Battle 2011 . [6] [7] [8] [9]

AfterShip
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPengesanan bungkusan
Ditubuhkan2011
PengasasTeddy Chan
Andrew Chan
Dante Tsang[1]
Ibu pejabatHong Kong
KeluaranEnterprise Software
Tapak webwww.aftership.com Sunting ini di Wikidata
Facebook: aftership Twitter: aftership Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

AfterShip menerima pelaburan siri A sebanyak $1 juta USD daripada syarikat pelaburan IDG Capital Partners ( IDG-Accel ) pada Mei tahun 2014. [10] [11]

Teknologi

Syarikat AfterShip menyediakan perkhidmatan penjejakan penghantaran secara automatik, [12] dan servis ini mampu mengesan lebih kurang 600 perkhidmatan penghantaran di seluruh dunia, termasuk UPS, FedEx dan DHL . [13] [14] AfterShip menyediakan pengguna papan pemuka untuk menyemak status penghantaran merentas berbilang syarikat penghantaran, dan menghantar e-mel serta pemberitahuan secara automatik pada peringkat penghantaran yang berbeza.

Perkhidmatan AfterShip diintegrasi dengan pelbagai platform e-dagang utama seperti Shopify, Bigcommerce, eBay, Floship dan Magento . [13] [15]

Pada Januari tahun 2014, AfterShip melancarkan maklumat penjejakan secara API [16] yang membolehkan peruncit mendapatkan maklumat penjejakan daripada syarikat penghantaran yang berbeza melalui AfterShip dalam satu sumber di internet. [17] Peruncit boleh menggunakan API AfterShip untuk memaparkan maklumat lengkap penjejakan dan maklumat di tapak web, dan memantau prestasi syarikat penghantaran. [18]

Lihat juga

Rujukan