Agensi perisikan

Agensi perisikan ialah sejenis agensi kerajaan yang ditumpukan pada pengumpulan maklumat (dikenali sebagai "penilaian perisikan" dalam konteks) untuk tujuan keselamatan negara dan pertahanan. Antara cara-cara mengumpul maklumat termasuk pengintipan, pemintasan komunikasi, kriptanalisa, kerjasama dengan institusi lain, dan penilaian sumber awam. Penghimpunan dan penyebaran maklumat ini dikenali sebagai analisa perisikan.

Bangunan SIS, ibu pejabat Perkhidmatan Perisikan Rahsia British (MI6)

Agensi perisikan boleh menyediakan khidmat-khidmat berikut kepada kerajaan negaranya:

  • menyediakan kupasan dalam bidang-bidang yang berkenaan dengan keselamatan negara;
  • memberikan amaran awal akan krisis akan datang;
  • melakukan pengurusan krisis negara dan antarabangsa dengan membantu mencerap niat musuh semasa atau berpotensi;
  • memaklumkan perancangan pertahanan dan operasi tentera negara;
  • melindungi rahsia, sumber rahsia itu dan kegiatannya, dan rahsia agensi lain; dan
  • boleh bertindak secara terselindung untuk mempengaruhi kesudahan agar menyebelahi kepentingan negara, atau mempengaruh keselamatan antarabangsa.

Agensi perisikan turut terlibat dalam kegiatan pertahanan seperti perisikan balas dan pencegahan keganasan.

Adanya perbezaan antara "perisikan keselamatan" dan "perisikan luar negara". Perisikan keselamatan berkenaan dengan ancaman kepada keselamatan negara (cth. pengganas, pengintip). Perisikan luar negara pula melibatkan pengumpulan maklumat yang berkenaan kegiatan siasah atau ekonomi negara luar yang tidak semestinya berniat permusuhan.

Sesetengah agensi berkecimpung dalam Pembunuhan (asasinasi), pengedaran senjata, rampasan kuasa (kudeta), dan penyebaran dakyah (propaganda) di samping pelbagai jenis operasi rahsia yang lain demi menyokong kepentingan diri atau pemerintahnya.

Agensi perisikan utama di Malaysia