Ali Sariah

Aliff Fahmi Bahtiar (lahir 22 Februari 1992) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ali Sariah, merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan penulis lagu Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan muzik Pop Yeh-Yeh Malaysia, Masdo. [1]

Ali Sariah
Kelahiran
Aliff Fahmi Bahtiar

(1992-02-22) 22 Februari 1992 (umur 32)
Nama lainAli Sariah
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
PasanganNatasha Nurain (k. 2019)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreRock, Pop, Pop Yeh Yeh
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
  • Kamar Seni Recording Studio
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.tokorasmimasdo.com

Kerjaya muzik

Ali memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik sebagai penyanyi perseorangan sebelum Putu Ceri mengajaknya untuk sertai Masdo pada awal tahun 2015. Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah sebagai vokalis utama dan gitaris, Putu Ceri sebagai pemain bass, Azham Ahmad sebagai pemain dram, Asmawi sebagai gitaris utama dan Chakam sebagai pemain keyboard.

Bersama Masdo, Ali menjadi bualan masyarakat kerana membawa keunikan ala-ala penyanyi zaman P. Ramlee dalam setiap nyanyian lagunya . Hal itu secara tidak langsung menjadikan Kugiran Masdo satu kumpulan muzik Malaysia yang tersohor dan digilai ramai dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Antara lagu-lagu yang menjadikan Masdo terkenal ialah Dinda, Bercanda Di Malam Indah dan Bunga, dimana ketiga-tiga lagu nyanyian Ali itu menjadi hits di Malaysia . Pada 2019, Lagu Dinda telah dicalonkan dalam finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[2]

Kehidupan peribadi

Pada 9 Ogos 2019 , Ali telah berkahwin dengan buah hati pilihannya, iaitu Natasha Nurain. Hasil dari perkahwinan mereka itu, Ali dan pasangannya telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 28 Ogos 2020.[3] [4]

Diskografi

Album

Studio

TahunAlbumButiran albumCatatan
2017
Selamat Tinggal Pujaan

EP

TahunAlbumButiran albumCatatan
2020
Jalan Abbey

Rujukan

Pautan luar