Allan Saint-Maximin

Allan Irénée Saint-Maximin (Sebutan bahasa Perancis: [sɛ̃maksimɛ̃]; lahir 12 Mac 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.

Allan Saint-Maximin
Saint-Maximin beraksi untuk pasukan bawah-17 Perancis pada 2014
Maklumat peribadi
Nama penuhAllan Irénée Saint-Maximin[1]
Tarikh lahir (1997-03-12) 12 Mac 1997 (umur 27)[2]
Tempat lahirChâtenay-Malabry, Perancis
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Newcastle United
Nombor10
Kerjaya remaja
2003–2004Verrières-le-Buisson
2004–2007US Ris-Orangis
2007–2011AC Boulogne-Billancourt
2011–2013Saint-Étienne
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2013–2015Saint-Étienne12(0)
2015–2017Monaco1(0)
2015–2016→ Hannover 96 (pinjam)16(1)
2016–2017→ Bastia (pinjam)34(3)
2017–2019Nice64(9)
2019–Newcastle United18(2)
Pasukan kebangsaan
2013Perancis B1611(3)
2013–2014Perancis B177(4)
2016–2017Perancis B207(2)
2017–2019Perancis B217(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:19, 7 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Mac 2019

Kehidupan awal

Saint-Maximin telah dilahirkan di Châtenay-Malabry, salah satu komun yang terletak di barat daya bandar Paris. Beliau merupakan berasal daripada keturunan Guadeloupe dan Guiana Perancis.[3]

Kerjaya kelab

Kerjaya awal

Saint-Maximin melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 bersama kelab Saint-Étienne pada 1 September 2013 selepas beliau menggantikan Romain Hamouma pada minit ke-69 permainan ketika pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux di gelanggang sendiri.[4]

Pada 31 Julai 2015, Saint-Maximin telah menyertai Monaco[5] sebelum beliau dipinjamkan ke kelab Jerman, Hannover.[6] Pada 28 Julai 2016, Saint-Maximin menyertai Bastia secara pinjaman selama satu musim penuh.[7]

Saint-Maximin telah melengkapkan perpindahan ke Nice dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan pada 7 Ogos 2017.[8][9]

Newcastle United

Pada 2 Ogos 2019, Saint-Maximin berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dengan menandatangani kontrak selama enam tahun.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Newcastle pada sembilan hari kemudian ketika pasukannya menghadapi kekalahan kepada Arsenal pada hari pembukaan kempen liga.[11]

Pada 5 Disember 2019, Saint-Maximin telah menjaringkan gol sulungnya untuk Newcastle semasa menewaskan Sheffield United 2-0.[12] Jaringan gol keduanya hadir pada dua bulan kemudian dalam aksi pusingan keempat Piala FA menentang Oxford United. Beliau menjaringkan gol kemenangan Newcastle pada lewat permainan itu melalui jaringan solo.[13] Pemain asal Perancis itu juga menjaringkan gol kemenangan Newcastle semasa menentang Southampton 0-1 dalam aksi liga pada 7 Mac 2020.[14]

Kehidupan peribadi

Saint-Maximin mempunyai tiga orang anak, Lyana, Ninhia dan Djayde. Mereka semua tinggal bersama dengan beliau di Newcastle.[15]

Statistik kerjaya

Sehingga 7 Mac 2020.
KelabMusimLigaPiala[a]Piala LigaEropahLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Saint-Étienne2013–143010001[b]050
2014–159020001[b]0120
Jumlah120300020170
Hannover2015–1616120181
Bastia2016–173431010363
Monaco2017–18100000001[c]020
Nice2017–1830310106[d]2385
2018–193462000366
Jumlah6493010627411
Newcastle United2019–201823100213
Jumlah kerjaya1441512120821016818

Catatan

Pautan luar