Andreas Christensen

Pemain bola sepak

Andreas Christensen (lahir 10 April 1996) merupakan pemain bola sepak Denmark yang bermain di kelab La Liga, Barcelona dan pasukan kebangsaan Denmark. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Andreas Christensen
Maklumat peribadi
Nama penuhAndreas Christensen[1]
Tarikh lahir (1996-04-10) 10 April 1996 (umur 28)
Tempat lahirLillerød, Denmark
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor15
Kerjaya remaja
2004–2012Brøndby IF
2012–Chelsea
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2014–2022Chelsea93(0)
2015–2017Mönchengladbach (pinjam)62(5)
2022–Barcelona29(1)
Pasukan kebangsaan
2011–2012Denmark B162(0)
2011–2012Denmark B1718(5)
2013Denmark B192(0)
2013–Denmark B2121(1)
2015–Denmark65(3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2023

Kerjaya

Chelsea

Kerjaya awal

Christensen telah dilahirkan di Lillerød, Christensen memulakan kerjayanya Brøndby IF. Beliau memasuki bersama Brøndby selama lapan tahun, beliau juga berminat untuk memasuki kelab elit Eropah termasuk Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Bayern Munich. Pada 7 Februari 2012, Christensen menandatangani untuk bersama Chelsea dalam perpindahan percuma ketika pengakhiran pengurus André Villas-Boas. Selepas menyertai kelab London itu, Christensen berkata: "Saya memilih Chelsea kerana mereka bermain bola sepak dengan baik itu yang saya suka.”[3]

Christensen memasuki pasukan senior Chelsea ketika perlawanan akhir musim 2012–13 pada 19 Mei 2013 ketika menentang Everton, 2-1 dalam perlawanan akhir Rafael Benítez sebagai pengurus.[4] Dalam jelajah pra-musim di Amerika Syarikat sebelum musim 2013-14, Christensen menjadi sebahagian daripada pasukan senior dan menandatangani kontrak profesional.[5]

2014–15

Beliau membuat debut profesional pada 28 Oktober 2014 dengan bermain penuh selama 90 minit sebagai bek kanan ketika Chelsea menang 2–1 ke atas Shrewsbury Town dalam pusingan keempat Piala Liga Inggeris.[6]

Barcelona

Pada 4 Julai 2022, Christensen menandatangani kontrak selama empat tahun dengan klausul pelepasan sebanyak €500 juta dengan Barcelona di La Liga dalam pindahan bebas.[7] Pada 13 Ogos, beliau membuat penampilan sulungnya dalam seri 0–0 menentang Rayo Vallecano dalam liga.[8][9] Beliau mula bermain secara konsisten seiring dengan kemajuan musim, dan akhirnya membentuk pasangan pertahanan bersama Ronald Araújo, membantu Barcelona mengekalkan bilangan kunci bersih terbanyak (16) di semua liga teratas Eropah.[10][11]

Statistik kerjaya

Sehingga 29 Oktober 2014.
KelabMusimLigaPiala FAPiala LigaEropahLainJumlah
DivisyenPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGolPmnclnGol
Chelsea2014–15Premier League000010000010
Jumlah kerjaya000010000010

Rujukan

Pautan luar