Antoine Griezmann

Antoine Griezmann (Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃twan ɡʁjɛzman];[2] lahir 21 Mac 1991) ialah seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Sepanyol, Atlético Madrid sebagai penyerang.

Antoine Griezmann
Griezmann pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhAntoine Griezmann
Tarikh lahir (1991-03-21) 21 Mac 1991 (umur 33)
Tempat lahirMâcon, Perancis
Ketinggian1.75 m (5 ka 9 in)[1]
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atlético Madrid
Nombor7
Kerjaya remaja
1997–1999Mâcon
1999–2005Mâconnais
2005–2009Real Sociedad
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009–2014Real Sociedad179(46)
2014–2019Atlético Madrid180(94)
2019–2022Barcelona74(22)
2021–2022Atlético Madrid (pinjam)34(5)
2022–Atlético Madrid38(15)
Pasukan kebangsaan
2010Perancis B197(3)
2011Perancis B208(1)
2010–2012Perancis B2110(3)
2014–Perancis121(43)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:01, 4 Jun 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 Jun 2023

Dia memulakan karier bola sepak di Real Sociedad dimana dia bermain selama lima musim sebelum berpindah ke Atlético dengan harga €30 juta dan telah menjaringkan 80 gol La Liga dalam kariernya.

Griezmann merupakan pemain belia antarabangsa Perancis, telah mewakili negaranya di peringkat bawah-19, bawah-20 dan bawah-21.[3] Pada tahun 2010, dia merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2010. Dia membuat penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada tahun 2014 dan bermain dalam Piala Dunia tahun itu.

Karier kelab

Awal karier

Griezmann dilahirkan di komun Mâcon, Saône-et-Loire. Dia berketurunan Alsatian.[4] Dia memulakan karier dengan bermain untuk kelab tempatan, UF Mâcon.[5] Semasa di sana, dia mengambil bahagian dalam beberapa percubaan bersama kelab profesional untuk mendapat tempat dalam salah satu akademi belia mereka tetapi ditolak kerana kelab-kelab tersebut menyoal saiz badannya.[5]

Pada tahun 2005, semasa menjalani ujian percubaan bersama Montpellier, Griezmann bermain perlawanan persahabatan menentang akademi belia Paris Saint-Germain di Paris dan menarik minat beberapa kelab terutamanya Real Sociedad. Susulan perlawanan itu, pegawai rasmi kelab menawarkan Griezmann ujian percubaan satu minggu di San Sebastián yang diterima olehnya. Dia kemudiannya ditawarkan minggu kedua di kelab ini. Kelab ini kemudiannya menghubungi ibu-bapanya dan menawarkan dia kontrak belia. Taruhan Bola | Judi Bola | Vipbet88 | Mansigné

Real Sociedad

Selepas empat tahun dalam sistem belia kelab ini, dia membuat penampilan sulungnya dalam kempen pra-musim 2009–10. Semasa pra-musim, dia menjaringkan lima gol dalam empat penampilan dan akibat kecederaan pemain sayap utama, Lasarte memilihnya untuk memulakan musim.[5]

Pada 2 September 2009, Griezmann membuat penampilan kompetitif pertama dalam perlawanan Copa del Rey menentang Rayo Vallecano, muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-77 dimana mereka tewas 2–0.[6] Empat hari kemudian, dia membuat penampilan liga pertamanya sebagai pemain gantian dimana mereka seri 0–0 dengan Real Murcia. Pada 27 September, dia berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali dan juga menjaringkan gol profesional pertamanya ketika mereka menang ke atas SD Huesca 2–0.[7] Dua minggu kemudian, Griezmann menjaringkan gol keduanya ketika mereka menang 2–0 ke atas UD Salamanca.[8] Pada bulan November 2009, dia menjaringkan gol ketika menentang Hércules CF dan Recreativo Huelva.[9] Griezmann bermain secara konsisten dalam pasukan ini untuk baki musim dan menjaringkan dua lagi gol ketika mereka menang ke atas Cádiz dan Numancia. Real Sociedad mendapat promosi ke La Liga untuk musim 2010–11 sebagai juara liga.[10][11][12]

Pada 8 April 2010, Griezmann menandatangani kontrak profesional pertamanya, bersetuju dengan perjanjian lima tahun bersama kelab ini sehingga tahun 2015 dengan klausa perpindahan sebanyak €30 juta.[13] Sebelum menandatangani kontrak itu, dia mendapat minat dari kelab-kelab Ligue 1, Lyon, Saint-Étienne dan Auxerre.[14] Griezmann juga mendapat minat dari kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal.[3]

Griezmann beraksi menentang Levante pada tahun 2012

Griezmann membuat penampilan pertamanya dalam divisyen utama Sepanyol pada 29 Ogos 2010. Dalam perlawanan pertama pasukan itu selepas rehat antarabangsa bulan September, Griezmann membuat bantuan gol kepada Raúl Tamudo ketika menentang Real Madrid. Madrid menang perlawanan itu dengan keputusan 2–1 susulan gol daripada Cristiano Ronaldo.[15] Pada 25 Oktober, Griezmann menjaringkan gol pertamanya dalam liga ketika kemenangan 3–0 ke atas Deportivo La Coruña.[16] Seminggu kemudian, Griezmann menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan 2–1 ke atas Málaga CF.[17] Pada bulan November 2010, Griezmann menjaringkan gol ketika pasukannya tewas 2–1 kepada Hércules.[18] Dia menjaringkan gol kedua ketika pasukannya menang 4–0 ke atas Getafe.[19] Selepas gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan seterusnya, Griezmann kembali menjaringkan gol ketika pasukannnya kalah 2–1 kepada Racing Santander.[20] Pada 17 April, dia menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Sporting Gijón.[21]

Dalam perlawanan kompetitif pertamanya pada musim 2011–12, Griezmann menjaringkan gol penyamaan ketika menentang FC Barcelona dimana mereka seri 2–2.[22]

Dalam perlawanan terakhir liga pada musim 2012–13, dia menjaringkan gol ketika menentang Deportivo La Coruña membolehkan pasukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat pertama kali sejak musim 2003–04.[23]

Pada permulaan musim berikutnya, Griezmann menjaringkan gol ketika menentang Lyon untuk membantu Real Sociedad layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (4–0 secara agregat).

Atlético Madrid

Griezmann bermain untuk Atlético Madrid pada tahun 2015

Pada 28 Julai 2014, Atlético Madrid mencapai persetujuan bersama Real Sociedad untuk perpindahan Griezmann dengan yuran dipercayai sekitar £24 juta (€30 juta).[24][25][26] Dia lulus ujian perubatan pada hari yang sama dan menandatangani kontrak enam tahun pada 29 Julai 2014.[25][27]

Griezmann membuat penampilan kompetitif pertama dalam perlawanan pertama Supercopa de España 2014 pada 19 Ogos dimana mereka seri 1–1 dengan Real Madrid.[28]Pada 17 September, dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ini dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA menentang Olympiacos dimana pasukannya tewas 3–2.[29] Griezmann menjaringkan dua gol ketika kemenangan 4–2 ke atas Córdoba CF pada 1 November, perlawanan liga pertamanya untuk kelab ini.[30] Pada 21 Disember 2014, dia menjaringkan gol hatrik La Liga pertamanya ketika Atlético menang 4–1 ke atas Athletic Bilbao.[31] Dia merupakan Pemain Bulanan La Liga untuk bulan Januari 2015.[32]

Pada 25 April 2015, Griezmann menjaringkan dua gol ketika menentang Elche CF dimana mereka menang 3–0. Dua gol ini membawa Griezmann kepada 22 gol dalam liga, yang merupakan jumlah tertinggi direkodkan oleh pemain Perancis.[33]

Pada 22 Ogos 2015, Griezmann menjaringkan satu-satunya gol ketika Atlético menang ke atas UD Las Palmas.[34] Dia menjaringkan dua gol pada 15 September dimana mereka menang ke atas Galatasaray dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[35] Seminggu kemudian, dia menjaringkan gol untuk mengalahkan Getafe CF dan meletakkan Atlético di tangga teratas liga.[36] Pada 18 Oktober, Griezmann menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya untuk menang 2–0.[37]

Karier antarabangsa

Belia

Pada 23 Februari 2010, dia dinamakan dalam pasukan bawah-19 Perancis untuk dua perlawanan persahabatan menentang Ukraine. Pada 2 Mac, Griezmann membuat penampilan belia antarabangsa pertamanya ketika seri 0–0 dengan Ukraine.[38] Dua hari kemudian, dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88 dimana Perancis menang 2–1.[39]

Griezmann bersama Perancis B21 pada tahun 2011

Pada 7 Jun 2010, Griezmann dinamakan dalam skuad 18 pemain untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Remaja B-19 UEFA 2010.[40] Di dalam pertandingan ini, dia menjaringkan dua gol dan membuat satu bantuan gol dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Austria dimana pasukannnya menang 5–0.[41][42][43]

Dia dipanggil ke pasukan bawah-21 untuk perlawanan persahabatan menentang Rusia.[44] Griezmann membuat penampilan pertamanya untuk pasukan bawah-21 dimana mereka tewas 1–0.[45]

Selepas bermain dalam dua perlawanan untuk pasukan bawah-21, Griezmann kembali ke pasukan bawah-20 dan membuat penampilan pertamanya untuk pasukan ini pada 9 Februari 2011 ketika mereka menang 2–1 ke atas England.[46] Pada 10 Jun 2011, dia dinamakan dalam skuad 21 pemain untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia B-20. Dia membuat penampilan pertamanya dalam pertandingan ini pada 30 Julai 2011 dimana pasukannya tewas 4–1 kepada Colombia.[47] Pada 10 Ogos, dalam perlawanan pusingan 16 terakhir menentang Ecuador, Griezmann menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukannya menang 1–0.[48]

Senior

Pada 27 Februari 2014, Griezmann menerima panggilan ke skuad senior Perancis untuk perlawanan persahabatan menentang Belanda di Stade de France.[49] Beliau membuat penampilan pertamanya pada 5 Mac dimana mereka menang 2–0.[50]

Pada 13 Mei, dia dinamakan ke dalam skuad untuk Piala Dunia FIFA 2014.[51] Pada 1 Jun, dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Paraguay dimana mereka seri 1–1. Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Jamaica pada 8 Jun dimana mereka menang 8–0.[52]

Pada 15 Jun, dia dipilih ke dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Piala Dunia 2014 menentang Honduras dimana mereka menang 3-0.[53] Perancis layak ke suku akhir sebelum disingkirkan oleh Jerman.

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 15 Ogos 2021[54]
KelabMusimLigaPialaEropahLain-lainJumlah
BahagianKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Real Sociedad2009–10La Liga39610406
2010–1137720397
2011–1235731388
2012–133410113511
2013–143416738[a]14920
Jumlah179461458120152
Atlético Madrid2014–15La Liga3722519[a]22[b]05425
2015–16La Liga2012126[a]4002718
2016–17La Liga36165412[a]65326
2017–18La Liga32193214[c]84929
2018–19La Liga3715228[a]41[d]04821
Total180941812562730257133
Barcelona2019–20La Liga359339[a]21[e]14815
2020–21La Liga3613637[a]22[e]25120
2021–22La Liga1000000010
Jumlah7222961643310035
Jumlah kerjaya4321624023803263558220

Antarabangsa

Sehingga 11 Oktober 2015.[55]
PasukanMusimKmnclnGol
Perancis2014145
201581
Jumlah226

Kejayaan

Kelab

Real Sociedad
Atlético Madrid

Antarabangsa

Perancis

Individu

Rujukan

Pautan luar