Aris Ariwatan

Harris Fadzillah bin Daud atau lebih dikenali sebagai Aris Ariwatan (lahir 5 Oktober 1964) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang terkenal pada dekad 90an. Beliau merupakan salah seorang artis yang berjaya mencatat jualan album yang memberangsangkan pada era tersebut dengan deretan lagu-lagu hits dari empat buah album solonya.[1][2]

Aris Ariwatan
Aris Ariwatan di konsert
Latar belakang
Nama lahirHaris Fadzillah bin Daud
Juga dikenali sebagai
Aris Ariwatan
Kelahiran (1964-10-05) 5 Oktober 1964 (umur 59)
Ipoh, Perak, Malaysia
GenreRock, Balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
1989 - EMI (1989-98)
Clixster Music Sdn Bhd. (2015-kini)
Pengkarya berkait
Ariwatan

Kerjaya muzik

Pembabitan awal

Beliau memulakan kerjaya muziknya bersama Kumpulan Ariwatan pada tahun 1989 menerusi album Ariwatan, namun kumpulan itu tidak lama bertahan di industri muzik.[3] Selepas Ariwatan berpecah, Aris meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan menggelarkan dirinya sebagai "Aris Ariwatan". Kemudian beliau menggugurkan "Ariwatan" dan hanya mahu dikenali sebagai "Aris". Namun hingga kini namanya didaftarkan sebagai "Aris Ariwatan" dalam lipatan sejarah industri muzik.[4]

Kerjaya solo

Dari tahun 1991 hingga 1997, Aris telah menempa namanya sebagai salah seorang penyanyi lelaki popular di Malaysia menerusi lagu-lagu seperti Lamunan Terhenti, 1 2 3 4, Cinta Tak Kenal Siapa dan Permaidani. Beliau juga sering bekerjasama dengan artis-artis terkenal seperti M. Nasir, Hattan, Yantzen dan Rahim Maarof. Walaupun tidak kerap mengeluarkan album, Aris masih aktif mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2013 Aris bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani Slam, Saleem Iklim, Ali XPDC/Terra Rossa dan Rahmad Mega menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi 'otai' tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Kemunculan semula 2015

Aris muncul dengan album mini berjudul Kerna Cinta. Album ini turut dipasarkan secara dalam talian (on-line) selaras dengan perkembangan teknologi terkini.[5]

Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini ialah:

  • "Kerna Cinta"
  • "Permata"
  • "Buah Tangan Buat Buah Hatiku"
  • "Merdeka"
  • "Jangan Menangis Habibah"

Kehidupan peribadi

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1991 dan dikurniakan enam orang cahayamata yang sudah meningkat remaja. Namun wajah keluarganya sangat jarang dipaparkan dalam mana-mana media kerana beliau tidak gemar mencampur-adukkan kerjaya sebagai penyanyi dengan kehidupan peribadinya. Aris juga merupakan seorang penyanyi yang 'low profile' dan bersih dari gosip-gosip liar.

Diskografi

Album studio

Aris (tengah) bersama kumpulan Ariwatan.
  1. Ariwatan (1989) - bersama kumpulan Ariwatan
  2. Aris Ariwatan (1991)
  3. Balada Orang Berdosa (1992)
  4. Aris (1994)
  5. Kaya (1996)
  6. Maafkan Pencinta (2011) - single
  7. Kerna Cinta (2015) - mini album

Album kompilasi

  1. Silatulrahim (1999)
  2. The Best of Aris Ariwatan (2000)
  3. MEMORI HIT - Aris Ariwatan (2003)
  4. Semangat Zaman (2005) - bersama Yantzen, Rahim Maarof, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash

Single

TahunJudul LaguKedudukan Tertinggi CartaAlbum
Muzik.fmBaik BangetMuzik-muzik
1989"Pertama dan Selamanya"83Ariwatan
"Nyanyian Rebah"6
"Rockamania"5
1991"Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya"13Aris Ariwatan
"Korban Cinta"87
1992"Balada Orang Berdosa"3Balada Orang Berdosa
1993"Kau Yang Esa"4
"Permaidani"1122
1994"Lamunan Terhenti "111Aris
1995"Matador"16
"1,2,3,4"1
"Ngajat vs Tango"
"Hanyut Ke Syurga"
1996"Cinta Tak Kenal Siapa "131Kaya
1997"Kaya"10
"Anak Malaysia"5
"Lafaz Kasmaran"19
"Kata-kata Berharga"14
2006"Semangat Zaman "
menampilkan Nash Elias, Rahim Maarof, Yantzen Juniwan, Joey dan Mus
7Semangat Zaman
"Permata Juwita"
2013"Tisyu"
bersama Pak Pandir dan Sammi
14Single FMC

Anugerah

  • Anugerah Platinum 1995 - Album: Aris
  • Anugerah Platinum 1997 - Album: Kaya
  • Anugerah Emas Platinum 2005 - Album: Semangat Zaman
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbumKeputusan
1994Album Rock TerbaikAlbum ArisArisTercalon
1996Album Pop Etnik TerbaikAlbum KayaKayaTercalon
Anugerah Juara Lagu (AJL)
TahunLaguAlbumPencipta LaguPenulis LirikKategoriKeputusan
1995(AJL 9)Lamunan TerhentiArisSaari AmriSaari AmriBaladaTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
1991Penyanyi Lelaki PopularTercalon
1996Penyanyi Lelaki PopularTercalon

Rujukan

Pautan luar