Axolotl

Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum[2] adalah spesies amfibia berupa salamander neotenik[2][3][4] bertaburan dalam beberapa tasik di tengah Mexico, Amerika Tengah terutamanya di dasar Bandar Raya Mexico.[1] Axolotl mempunyai ciri menonjol dalam kalangan spesies amfibia di mana tahap kedewasaan dicapai tanpa menjalani metamorfosis mengekalkan insang pada badan sepertimana tahap berudu.

Axolotl
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Ambystomatidae
Genus:
Ambystoma
Spesies:
mexicanum
Its distribution is marked in red.
Sinonim[2]
  • Gyrinus mexicanus Shaw and Nodder, 1798
  • Siren pisciformis Shaw, 1802
  • Siredon axolotl Wagler, 1830
  • Axolotes guttata Owen, 1844
  • Siredon Humboldtii Duméril, Bibron, and Duméril, 1854
  • Amblystoma weismanni Wiedersheim, 1879
  • Siredon edule Dugès, 1888

Haiwan ini diancam pupus[5][6] kerana pembangunan pesat yang dibawa kepada habitat utamanya mengesan dari segi pencemaran air dibawa selain peletakkan spesies ceroboh seperti tilapia and perka; ia dikelaskan dalam tahap "terancam genting" oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa serta dalam tahap spesies terancam dalam perjanjian dimeterai Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar.

Nama hidupan ini didapati dari nama setempat diberi dalam bahasa Nahuatl āxōlōtl ([aːˈʃoːloːtɬ ], Sepanyol: ajolote) menggabungkan mana ā atau -atl- bermaksud "air" dan xōlōtl bermaksud "haiwan".

Ciri fizikal

Seekor axolotl matang dewasa pada usia 18-24 bulan dengan panjang antara 15 hingga 45 sentimeter; saiz sekitar 23 sm yang paling umum ditemukan. Axolotl mempunyai insang luar dan sirip ekor yang memanjang dari belakang kepala ke lubang insang yang sering dijumpai pada tahap larva amfibia seperti salamander;[7][8] axolotl masih kekal dengan ciri ini pada tahap dewasa[9] Ini disebabkan oleh evolusi badan yang mampu diperlahankan (neotenik) di mana axolotl hidup utama dalam air berbanding spesies-spesies salamander lain.[10]

Axolotl yang ditemukan dalam habitat semula jadi berwarna perang lumut berbintik kuning emas, namun ia mempunyai empat gen pigmentasi utama yang dimunculkan akibat mutasi: merah jambu pucat bermata hitam (leucistic), keemasan mata kuning (golden albino), kelabu bermata hitam (xanthic), merah pucat bermata merah (albino) dan hitam atau biru legap (melanoid).[11] Yang jantan mudah dikenal pasti dari kloaka dikelilingi sesungut halus manakala yang betina dikenali berbadan besar dipenuhi telur.

Haiwan ini berkebolehan menumbuhkan semula sebahagian tulang empat, insang, mata atau otak. Sifat ini amat dimanfaatkan saintis yang menyimpan anak-anak spesies ini untuk tujuan penyelidikan.[12]

Tabiat

Pemakanan

Axolotl memakan haiwan lebih kecil seperti moluska,[13] cacing, serangga, artropoda lain[13] dan ikan kecil di habitat liar yang diburu melalui deria bau dan mengatup sedut mangsa ke dalam perut sebaik dapat dikesan.[14]

Dalam kurungan pula, ia boleh memakan pelbagai makanan tersedia, termasuk pelet daging ikan trout dan salmon dan pelbagai jenis cacing baik yang hidup atau beku.

Hubungan dengan manusia

Axolotl pernah dijadikan sumber makanan sejak zaman tamadun Aztek.[15]

Rujukan