Bad Piggies
Bad Piggies (harfiah: Khinzir Jahat) perupakan sejenis permainan video teka-teki yang dibangunkan oleh pembangun permainan komputer Finland Rovio Entertainment, sebagai judul sampingan bagi siri Angry Birds. Permainan tersebut dilancarkan untuk iOS, Android, Windows dan Mac pada 27 September 2012. Versi Windows Phone dan Windows 8 akan menyusul kemudian. Tidak seperti permainan terdahulu dalam siri tersebut, dalam judul ini pemain mengawal khinzir-khinzir tersebut, membina peralatan yang boleh melalui daratan dan udara untuk mencari serpihan peta lokasi telur Angry Birds.[3][4] Setakat 7 Oktober 2012[kemas kini], Bad Piggies merupakan permainan yang paling pantas dijual di App Store,[2] serta yang terpantas untuk mencapai kedudukan teratas, dalam masa hanya tiga jam.[5]
Bad Piggies | |
---|---|
Pembangun | Rovio Entertainment |
Penerbit | Rovio Entertainment |
Pengeluar | Petri Järvilehto, Mikael Hed, Jaakko Haapasalo |
Pereka | Markus Tuppurainen (ketua perekabentuk), Peter Urbanics |
Pengatur cara | Marco Rapino (ketua pengaturcara), Miika Virpioja, Mauricio Hollando, Jussi Markkanen |
Komposer | Ilmari Hakkola |
Siri | Angry Birds |
Enjin | Unity 3D |
Platform | iOS, Android, Windows, Mac OS X[1] |
Pelepasan | 27 September 2012[2] |
Genre | Teka-teki |
Mod | Pemain tunggal |
Gaya permainan
Objektif permainan ialah untuk membina sebuah jentera yang berupaya mengangkut khinzir dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat, biasanya ditandakan pada peta. Jentera tersebut diperbuat daripada kayu dan besi (serupa seperti dalam Angry Birds), di samping objek lain seperti roda, botol soda, payung (untuk meningkatkan rintangan udara), motor, kipas, TNT, dan belon.[6]
Permainan ini terdiri daripada empat tema:
- Ground Hog Day (Hari Khinzir Tanah)
- When Pigs Fly (Apabila Khinzir Terbang)
- Flight in the Night (Penerbangan Malam)
- Sandbox (Permainan kotak pasir)
Sebagaimana Angry Birds, pemain boleh mencapai sehingga tiga bintang bagi setiap aras, tetapi bintang tidak diperolehi dengan mengumpul mata. Sebaliknya, pemain akan mendapat satu bintang secara automatik apabila berjaya menamatkan aras tersebut.[7] Bagi setiap aras, dua lagi bintang boleh diperoleh melalui:
- Menamatkan aras tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan
- Mengumpul "bintang" dalam medan permainan
- Tidak menggunakan bahagian tertentu (contoh: roda)
- Tidak merosakkan jentera
- Mengangkut Raja Khinzir ke destinasi akhir
- Mengangkut telur
Contohnya, pada aras level 1-1, pemain boleh mengumpul tiga bintang dengan menamatkan aras tersebut, mengumpul sebutir bintang dalam medan permainan, serta tidak merosakkan jentera. Pada sesetengah aras, adalah mustahil untuk mengumpul ketiga-tiga bintang sekaligus, maka pemain mesti bermain sekali lagi atau lebih untuk memperoleh tiga bintang.
Sebagai tambahan, "tengkorak" turut ditempatkan sepanjang aras permainan, di mana pemain boleh membuka aras tersembunyi dengan mencari 10 daripada 20 tengkorak.
Tengkorak, tidak seperti Telur Emas, adalah mudah dilihat dengan membesarkan skala kamera, tetapi secara harfiahnya boleh jadi mustahil untuk membuatkan khinzir-khinzir tersebut mendapatkannya.