Bahasa Slavik

Bahasa-bahasa Slavik ialah satu subkumpulan bahasa Indo-Eropah yang ditutur oleh orang Slavik di

  Negara-negara di mana bahasa Slavik Barat ialah bahasa kebangsaan
  Negara-negara di mana bahasa Slavik Timur ialah bahasa kebangsaan
  Negara-negara di mana bahasa Slavik Selatan ialah bahasa kebangsaan
Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Europah
Albania | Anatolia | Armenia
Baltik | Celt | Dacia | Germanik
Indo-Iran | Italik
Slavik | Thrace | Tocharian | Yunani
Orang-orang Indo-Eropah
Albania | Anatolia | Armenia
Balt | Celt | Germanik
Indo-Aryan | Iran
Italik | Slavik | Thrace | Orang Tocharian | Yunani
Proto-Indo-Eropah
Bahasa | Masyarakat | Agam
Kurgan | Yamna | Tembikar Bertanda Tali
Kajian Indo-Eropah


Cabang

Cendekiawan-cendekiawan membahagikan bahasa-bahasa Slavik kepada tiga cabang utama, dengan setiap cabang mempunyai subcabang:

  • Slavik Timur, termasuk Rusia, Ukraine, Belarusia, Rusyn
  • Slavik Barat yang dibahagikan lagi kepada:
    • Czech dan Slovak
    • Bahasa Sorb Atas dan Bawah (bahasa-bahasa minoriti di Jerman),
    • Bahasa-bahasa Lechia: bahasa Poland, Pomerania/Kashubia dan Polabia (pupus).
  • Slavik Selatan yang dibahagikan lagi kepada:
    • subkumpulan Barat yang terdiri daripada bahasa Slovenia dari satu segi, dan dari segi yang lain, bahasa Bosnia, Croatia, Serbia (yang sehingga baru-baru ini dikenali sebagai Serbo-Croatia dan yang dapat saling difahami).
    • subkumpulan Timur yang terdiri daripada bahasa Bulgaria dan Macedonia. (Sesetengah ahli bahasa Slavik, terutamanya mereka daripada Bulgaria dan Greece, hanya menganggap bahasa Macedonia sebagai "norma wilayah" untuk bahasa Bulgaria, dan bukannya satu bahasa yang berasingan, tetapi terdapat banyak alasan politik dalam kes-kes ini juga.)

Sesetengah ahli sains mempostulatkan bahawa terdapat juga cabang Slavik Utara; dialek Novgorod Lama merupakan salah satu saki-baki. Bagaimanapun, istilah "Slavik Utara" kekadang juga digunakan untuk menggabungkan bahasa-bahasa Slavik Barat dan Timur menjadi satu kumpulan yang berbeza daripada bahasa-bahasa Slavik Selatan.

Bahasa persuratan Slavik yang tertua ialah Slavik Gereja Lama yang kemudian berkembang menjadi Slavik Gereja.

Pembahagian tiga pihak bahasa-bahasa Slavik tidak mengambil kira dialek-dialek pertuturan bagi setiap bahasa. Dalam lingkungan itu, terdapat apa yang dipanggil dialek-dialek peralihan dan dialek-dialek kacukan yang merapatkan jurang-jurang antara berbagai-bagai bahasa, dan yang menunjukkan persamaan yang tidak begitu nyata ketika membandingkan bahasa-bahasa persuratan (iaitu bahasa piawai) Slavik.

Terdapat perbezaan-perbezaan yang mencukupi antara berbagai-bagai dialek dan bahasa Slavik untuk menyusahkan komunikasi antara penutur-penutur daripada berbagai-bagai bahasa Slavik. Perbezaan antara dialek-dialek dalam setiap bahasa Slavik amat berbeza; umpamanya, dialek-dialek Rusia tidak begitu berbeza, berbanding dialek-dialek Slovenia.


Peta bahasa-bahasa Slavik di Eropah

Lihat juga

  • Slavistik
  • Keluarga-keluarga bahasa dan bahasa-bahasa

Pautan luar

Bahasa-bahasa Slavik
Slavik TimurBelarusia | Slavik Timur Lama † | Rusia | Rusyn (Karpatos) | Ruthenia † | Ukraine
Slavik BaratCzech | Kashubia | Canaan † | Sorb Bawah | Polabia † | Poland | Pomerania † | Silesia | Slovak | Slovincia † | Sorb Atas
Slavik SelatanBulgaria Banat | Bosnia | Bulgaria | Croatia Burgenland | Croatia | Macedonia | Croatia Molise | Montenegrin | Slavik Gereja Lama † | Serbia | Serbo-Croatia | Slavik (Greece) | Slovenia
Lain-lainSlavik Gereja | Dialek Novgorod Lama † | Proto-Slavik † | Russenorsk † | Rusyn (Pannonia) | Slavik-Serbia † | Slovio
Pupus