Bawang Putih Bawang Merah

laman nyahkekaburan
(Dilencongkan dari Bawang Merah Bawang Putih)

Bawang Putih Bawang Merah ialah sebuah cerita rakyat lama dari Tanah melayu dan turut popular di beberapa kepulauan melayu lainnya. Ia mengisahkan tentang Bawang Puteh yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa duduk di bawah jagaan ibu tirinya yang membencinya, begitu juga dengan saudara tirinya "Bawang Merah". Namun akhirnya Bawang Puteh berkahwin dengan putera raja dan hidup gembira di dalam Istana.

Dalam cerita asal bahasa Melayu, Bawang Merah merupakan prognosis (yang selalu mengalir air mata) sementara Bawang Putih (yang berbau kuat) menjadi antagonis penjahat.[1] Bagaimanapun kini watak Bawang Putih pula ditonjolkan sebagai watak utama dengan watak Bawang Merah menjadi jahat.

Kisah ini pernah dirakamkan sebagai sebuah filem klasik Bawang Putih Bawang Merah (Filem Malaysia) lakonan Datin Umi Kalthom dan Latiffah Omar yang diterbitkan Cathay Keris Filem pada 1959. Filem klasik ini arahan Datuk S Roomai Noor telah diolah daripada novel Bawang Putih Bawang Merah karya asal Allahyarham Salleh Ghani, juga bertindak sebagai penulis skrip dan penolong pengarah filem itu. [2]

Dalam penulisan buku Himpunan Cerita Rakyat Malaysia, yang diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Aripin Said, menyatakan Bawang Merah merupakan watak baik manakala Bawang Putih ialah watak antagonis. Berikut kisahnya;

Ibu Bawang Merah sudah lama meninggal dunia, lalu ayahnya berkahwin lain dan mendapat seorang adik tiri yang diberi nama Bawang Putih. Walaupun pada mulanya ibu tirinya sayang pada Bawang Merah, tetapi apabila lahirnya anak sendiri iaitu Bawang Putih, Ibu tiri mula membencinya. Bawang putih mendapat semua yang dihajati, dapat makan sedap, tidur atas tilam empuk dan memakai baju yang cantik.

Bawang Merah hanya dapat memakan sisa, tempat tidurnya di ceruk dapur, Tiada tilam dan bantal,hanya diberi sehelai tikar mengkuang yang sudah koyak rabak.

Dalam budaya masyhur

Filem

  • Bawang Putih Bawang Merah muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Sharifah Aleya (Bawang Merah) dan Sharifah Amani (Bawang Putih)[3][4].
  • Filem Bawang Putih Bawang Merah terbitan Cathay Keris pada tahun 1959, arahan Datuk S Roomai Noor.

Televisyen


Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno