Becquerel

Becquerel (disebut [bé-kĕ-rél], simbol Bq) adalah unit terbitan SI bagi keradioaktifan yang ditakrifkan sebagai aktiviti sejumlah bahan radioaktif dalam mana satu nukleus mereput setiap saat. Oleh itu, nilai unit ini bersamaan dengan s-1.

Unit ini dinamakan sempena Henri Becquerel, pemenang bersama Hadiah Nobel Fizik tahun 1903 dengan pasangan suami isteri Curie atas pembabitan mereka dalam penemuan keradioaktifan.[1]

Gambaran

Dalam satu bahan radioaktif berjisim tetap, jumlah becquerel berubah dengan masa. Dalam sesetengah keadaan, jumlah bahan radioaktif adalah diberikan selepas perubahan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, seseorang mungkin memetik jumlah perubahan selepas sepuluh hari, iaitu, amaun keradioaktifan yang masih wujud selepas sepuluh hari. Ini mengurangkan penekanan terhadap isotop berhayat pendek.

Sistem Unit Antarabangsa memilih menggunakan unit Becquerel berbanding dengan selingan saat (s-1) untuk unit pengukuran aktiviti ini, khususnya atas pertimbangan bahaya terhadap kesihatan manusia yang mungkin akan timbul akibat kesilapan membabitkan penggunaan unit salingan saat tersebut. Olej itu, penggunaan unit Becquerel membawa kepada sesebuah sumber yang lebih aktif (maka sekiranya semua malar, adalah sumber yang lebih berbahaya) itu mempunyai angka yang lebih besar. Menggunakan 1/s atau s sebagai sesaat pula mungkin akan menjurus kepada kekeliruan dengan unit lain yang menggunakan takrifan yang sama, seperti Hertz misalnya.

Takrifan

1 Bq = 1 s–1

Ia juga boleh ditakrfikan melalui unit terdahulu ya g digunakan untuk tijuan sama, seperti curie (Ci), di mana ia ditakrifkan sebagai 3.7×1010 becquerel atau 37 GBq.[2] Faktor penukaran yang berkaitan diberikan di bawah:

1 Ci = 3.7×1010 Bq = 37 GBq
1 μCi = 37,000 Bq = 37 kBq
1 Bq = 2.7×10−11 Ci = 2.7×10−5 µCi
1 MBq = 0.027 mCi

Gandaan SI

  Gandaan  Nama  Simbol    Gandaan  Nama  Simbol  
100becquerelBq   
101dekabecquerel  daBq  10–1desibecquerel  dBq  
102  hektobecquerel  hBq10–2sentibecquerelcBq
103kilobecquerelkBq10–3milibecquerelmBq
106megabecquerelMBq10–6mikrobecquerelµBq
109gigabecquerelGBq10–9nanobecquerelnBq
1012terabecquerelTBq10–12pikobecquerelpBq
1015petabecquerelPBq10–15  femtobecquerel  fBq
1018exabecquerelEBq10–18attobecquerelaBq
1021zettabecquerelZBq10–21zeptobecquerelzBq
1024yottabecquerelYBq10–24yoktobecquerelyBq

Peranan dalam pengiraan keradioaktifan

Untuk kuantiti kisim suatu isotop yang diberikan (dalam gram) dengan jisim atom (in g/mol) dan separuh hayat isotop tersebut bernilai (in s), keradioaktifan bahan tersrbut boleh dikira seperti berikut:

...di mana merupakan pemalar Avogadro bernilai 6.022 141 79(30)×1023 mol−1.

Memandangkan m/ma mewakili number of mol (n), maka bilangan keradioaktifan boleh dikira dengan persamaan berikut:

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar