Bendera Singapura

Bendera rasmi Singapura.

Bendera Singapura terdiri daripada sebidang dwiwarna merah putih dengan suatu lambang bulan sabit dan lima bintang tersusun pusat di sebelah kiri bidang. Ia diperkenalkan semasa malah diteruskan semasa Singapura diterapkan dalam persekutuan Malaysia dan kemudiannya semasa ia dimerdekakan sebagai suatu republik berasingan pada 9 Ogos 1965.

Nisbah bendera: 2:3

Bendera ini direka oleh sebuah jawatankuasa diketuai Naib Perdana Menteri pada masa itu, Dr Toh Chin Chye; ia diperkenalkan pada 3 Disember 1959 sewaktu pelantikan Yang di-Pertuan Negara yang pertama, Yusof bin Ishak menggantikan bendera Union Jack.

Rekaan

Bendera ini terbahagi kepada dua bahagian yang mendatar iaitu warna-warna merah dan putih: merah bermakna persaudaraan dan kesaksamaan segala manusia manakala putih melambangkan kesucian dan kebaikan

Di bahagian atas sebelah kiri terdapat bulan sabit dan lima butir bintang yang disusun secara bulatan. Bintang yang lima melambangkan lima prinsip yang dipegang oleh Singapura: demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan;[1] bulan sabit pula melambangkan kemunculan Singapura sebagai "suatu bangsa yang baru membangkit" (a young nation on the ascendant) - kombinasi ini juga merupakan dipengaruhi kelaziman masyarakat Islam setempat menggunakan motif bulan sabit dan bintang.[2]

Spesifikasi

Nisbah ukuran bendera ini ditetapkan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Seni Singapura dua kali panjang dan tiga kali lebar.[3] Kementerian ini turut mengesyorkan saiz-saiz 915 kali 1,370 mm (36 kali 54 in), 1,220 kali 1,830 mm (48 kali 72 in) dan 1,830 kali 2,740 mm (72 kali 110 in).[4]

Warna merah yang ditetapkan dalam rekaan bendera ini ialah Pantone 032.[3]

Protokol

Bendera Singapura sering dikibarkan oleh rakyatnya pada bulan Ogos selama sebulan bagi merayakan hari kebangsaan mereka.

Semasa istiadat pengebumian negara, bendera negara itu akan menyelubungi keranda jenazah atau mayat dengan lambang bulan sabit dan lima bintang ditempatkan di atas kepala dan dada keranda.[5]

Rujukan

Pautan luar