Bintang Biduk

Bintang Biduk atau bintang Jong adalah asterisme besar yang terdiri daripada tujuh bintang dalam buruj Ursa Major;[1][2][3][4] membentuk suatu bentuk menyerupai "biduk", sejenis perahu punggahan,[5] ataupun jong.[6][7]

Asterisme bentuk BIduk dalam buruj Ursa Major.

Hujung bentuk ini terletaknya Polaris iaitu bintang penunjuk arah kutub utara; kedua-dua bintang ini dan hujung buruj Ursa Minor dapat dikenalpasti melalui penjejakan dua bintang depan iaitu Merak (β) dan Dubhe (α) yang berguna dalam pengemudian menggunakan langit malam semasa pelayaran dahulu kala.

Bintang-bintang utama

Nama rasmiPengenalan BayerMagnitud ketaraJarak
(t.c.)
Dubheα UMa1.8124
Merakβ UMa2.479
Phecdaγ UMa2.484
Megrezδ UMa3.381
Aliothε UMa1.881
Mizarζ UMa2.178
Alkaidη UMa1.9101

Rujukan