Björn Kuipers

Björn Kuipers (Sebutan Belanda: [ˈbjʏrəŋ ˈkœypərs; ˈbjʏrn -]; lahir 28 Mac 1973) ialah seorang pengadil bola sepak Belanda yang telah bersara.[1] Dia telah menjadi pengadil tersenarai FIFA dari 2006 hingga 2021 dan pengadil konfederasiUEFA sejak 2009 sehingga 2021. Sander van Roekel dan Erwin Zeinstra ialah pembantu pengadilnya semasa mengawasi perlawanan antarabangsa.[2] Di luar perlawanan padang, Björn bekerja sebagai peniaga besar dan memiliki sebuah pusat beli-belah di Belanda. Di dalam perlawanan padang, rekod kerjayanya ialah mengawasi dua Piala Dunia FIFA dan tiga kejohanan utama UEFA.[3] Pada tarikh 29 Julai 2021, Björn mengatakan bahawa ia akan bersara sebagai pengadil dan fokus pada perniagaannya. Pengawasan terakhirnya ialah semasa permainan antara Ajax dan PSV pada 7 Ogos dalam Perisai Johan Cruyff 2021.[4]

Björn Kuipers
Kuipers semasa perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 di Stadium Krestovsky, Saiint Petersburg
Tarikh lahir (1973-03-28) 28 Mac 1973 (umur 51)
Oldenzaal, Belanda
Pekerjaan lainPemilik pusat beli-belah, peniaga
Dalam Negeri
TahunLigaPeranan
2002–2021Eerste DivisiePengadil
2005–2021EredivisiePembantu pengadil
Antarabangsa
TahunLigaPeranan
2006–2021Menyenarai FIFAPengadil
2009–2021UEFAPembantu pengadil