Buangan

Buangan atau eksil bererti berada berjauhan daripada tempat tinggal (iaitu kota, negeri ataupun negara), disebabkan sama ada tidak dibenarkan pulang dan/atau diancam akan dipenjara ataupun dibunuh sekiranya pulang. Buangan boleh menjadi sebentuk hukuman dan keterpencilan.[1]

"Buangan" sering dibahagikan kepada buangan dalam, yakni penempatan semula di dalam negara asal, dan buangan luar pengusiran atau deportasi ke luar negara asal.[2] Kendatipun perkataan "buangan" lazimnya digunakan terhadap individu, ia juga digunakan terhadap kumpulan (terutamanya etnik atau kebangsaan) , ataupun terhadap sesebuah kerajaan. Istilah-istilah seperti diaspora dan pelarian menggambarkan buangan kumpulan, sama ada secara sukarela ataupun secara paksa, sementara kerajaan buangan pula memerikan kerajaan sesebuah negara yang terpaksa berpindah keluar dari sesebuah negara dan terus menyatakan kesahannya dari luar negara tersebut.

Rujukan