Budaya popular

Budaya popular (Tulisan Jawi: بوديا ڤوڤولر) atau budaya pop merupakan keseluruhan sikap, buah fikiran, bayangan, sudut pandang, dan peristiwa yang berada dalam lingkungan budaya arus perdana, terutamanya budaya Barat pada pertengahan abad ke-20 dan kemunculan arus perdana globalisasi pada akhir abad ke-20 dan abad ke-21. Pembudayaan ini banyak dipengaruhi oleh media massa yang meresap ke dalam kehidupan seharian masyarakat. Kategori budaya pop yang paling biasa ialah: hiburan (filem, muzik, televisyen, permainan), sukan, berita (orang/tempat dalam berita), politik, fesyen/pakaian, teknologi, dan slanga.[1] Budaya popular ternyata suatu cara untuk mempengaruhi sikap seseorang terhadap topik tertentu.[2]

Budaya popular sering dilihat sebagai menjadi remeh-temeh dan pembodohan demi mencari penerimaan umum arus perdana. Hasilnya, budaya pop dilemparkan dengan kritikan berat daripada pelbagai sumber bukan arus perdana (terutamanya daripada kumpulan agamawan dan budaya saingan) yang menganggap budaya pop itu dangkal, memperalatkan pengguna, menggemparkan, dan/atau mencemarkan.[3][4][5][6][7]

Sejarah dan pengertian

Terma "budaya popular" mula tercipta seawal abad ke-19.[8] Secara tradisinya, budaya popular dikaitkan dengan pendidikan rendah dan kelas sosial bawahan,[9] jauh berlawanan dengan "budaya rasmi" dan pendidikan tinggi yang diperoleh kelas sosial atasan.[10][11]

Penekanan perbezaan "budaya rasmi" semakin ketara pada akhir abad ke-19,[12] penggunaan yang mula berkembang pada era interbellum.[13]

Sejak akhir Perang Dunia Kedua, perubahan budaya dan sosial secara besar-besaran berlaku dengan adanya inovasi media massa, makna budaya popular mula bertembung dengan budaya massa, budaya media, budaya bayangan, budaya pengguna, dan budaya untuk penggunaan massa.[14] Perubahan budaya dan sosial di Amerika Syarikat menjadi peneraju budaya popular mendahului negara-negara Barat lain.

Singkatan terma "pop" untuk popular, sebagaimana bagi muzik pop, dapat dijejak mulai akhir 1950-an.[15] Walaupun terma" pop" dan "popular" digunakan secara bersilangan, dan maksudnya bertembung, namun terma "pop" lebih sempit. Pop hanya spesifik kepada sesuatu yang mengundungi ciri-ciri tarikan massa, manakala "popular" merujuk kepada sesuatu yang telah meraih populariti, tanpa mengira gayanya.[16][17]

Mengikut pengarang John Storey, terdapat enam pengertian bagi budaya popular.[18] Pengertian kuantitatif bagi budaya popular menghadapi cabaran daripada budaya kelas atasan (novel Jane Austen yang telah didramatasikan) juga dianggap "popular." "Budaya popular" juga merujuk kepada budaya baki lebihan setelah ditentukan apakah itu budaya kelas atasan. Walau bagaimanapun, banyak karya yang merentangi sempadan tersebut, contohnya William Shakespeare dan Charles Dickens.

Pengertian ketiga menyamakan budaya pop dengan "budaya massa" dan sudut pandang massa. Ia dilihat dalam bentuk budaya komersial, dihasilkan secara besar-besaran untuk ditawarkan kepada media massa.[19] Dari sudut pandang Eropah Barat, ia boleh dibandingkan dengan budaya Amerika. Sebagai pilihan, "budaya pop" bolehlah dirujuk sebagai budaya tulen "rakyat", namun ini meragukan kerana banyak cara boleh digunakan untuk mentakrifkan "rakyat". Storey berhujah bahawa terdapat dimensi politik kepada budaya popular; teori hegemoni neo-Gramscian"... melihat budaya popular sebagai wadah perjuangan antara 'rintangan' kumpulan bawahan dalam masyarakat dan tenaga 'perbadanan' yang beroperasi demi kepentingan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat." Pendekatan pasca moden yang diambil ke atas budaya popular tidak lagi mengiktiraf perbezaan antara budaya kelas atasan dan budaya popular."

Storey mendakwa budaya popular muncul daripada urbanisasi Revolusi Perindustrian. Kajian Shakespeare (oleh Weimann, Barber, atau Bristol, contohnya) meletakkan ciri-ciri kesegaran dalam penglibatan budaya popular Renaissance, manakala pengamal kontemporari seperti Dario Fo dan John McGrath menerapkan unsur Gramscian termasuklah tradisi cerita penglipur lara purba (contohnya commedia dell'arte).[20][21]

Budaya popular mula berkembang mengikut tempat dan masa. Ia membentuk arus dan olakan, dan mewakili sudut pandang saling bergantung dan nilai yang mempengaruhi masyarakat dan institusinya dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, beberapa arus budaya pop mungkin berasal dari, (atau mencapah kepada) budaya saingan, mewakili sudut pandang dengan maksud budaya popular arus popular hanya memiliki kemesraan terbatas. Isi budaya popular biasanya menarik lingkungan masyarakat awam yang luas. Sumbangan kontemporari penting untuk memahami budaya popular telah dipelopori oleh penyelidik Jerman, Ronald Daus yang telah mengkaji kesan budaya Eropah di Amerika Utara, Asia, dan terutamanya Amerika Latin.

Cerita penglipur lara

Adaptasi daripada cerita penglipur lara tradisi menyediakan sumber kepada budaya popular.[22] Lapisan awal budaya arus perdana masih wujud sekarang, dalam bentuk terpisah daripada budaya popular yang dihasilkan secara massa, disampaikan dari mulut ke mulut berbanding melalui media massa, sebagai contoh lawak jenaka atau kisah dongeng. Dengan berleluasanya penggunaan Internet mulai tahun 1990-an, perbezaan antara media maasa dan buah mulut semakin kabur.

Walaupun elemen cerita penglipur lara dalam budaya popular berkait rapat dengan elemen komersial, masyarakat awam masih memiliki selera tersendiri dan tidak terpesona dengan setiap item budaya yang dijual. Lebih-lebih lagi, kepercayaan dan pandangan terhadap produk budaya komersial yang tersebar dari mulut ke mulut, dan diubahsuai dalam proses sepertimana cerita penglipur lara berevolusi.

Nota

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Duncan, Barry (1988). Mass Media and Popular Culture. Toronto, Ont.: Harcourt, Brace & Co. Canada. ISBN 0-7747-1262-7
  • Rosenberg, Bernard, and David Manning White, joint. eds. Mass Culture: the Popular Arts in America. [New York]: Free Press of Glencoe, 1957.
  • Cowen, Tyler, “For Some Developing Countries, America’s Popular Culture Is Resistible.” New York Times, 22 February 2007, sec. C, p. 3.
  • Furio, Joanne, “The Significance of MTV and Rap Music in Popular Culture.” The New York Times, 29 December 1991, sec. VI, p. 2.
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno