Buri

Buri (Jawi: بوري)[1] ialah alat tiup diperbuat daripada cangkerang gastropoda beberapa jenis siput laut berbeza yang digunakan banyak masyarakat negara Pasifik, Amerika Selatan dan Asia Selatan.[2] Cangkerang ini boleh didatangkan dari pelbagai spesies siput laut terutamanya yang jenis triton, cassis dan strombus di mana lubang tiup ditebuk pada hujung atau sisi pangkal cangkerang; suatu bahagian mulut diperbuat daripada kayu atau buluh juga boleh ditambahkan terpasang pada hujung cangkerang.[3][4]

Pūtātara, alat buri orang Māori dalam pameran di Te Papa, New Zealand

Perkataan buri merupakan turunan akar bahasa Melayu-Polinesia *tabuRi atau *tambuRiq[5][6] menunjukkan kelaziman alat ini pada zaman leluhur Austronesia purba untuk menandakan ketibaan dalam pelayaran kapal,[7]:476-477 walau bagaimanapun penggunaan alat ini banyak berkurangan dengan masuknya pengaruh India atau Barat memasuki kepulauan Asia Tenggara berabad-abad kemudian.[5]

Kegunaan

Buri diterapkan sebagai alat kebesaran kerajaan Merina di pulau Madagaskar ditiupkan hamba lelaki menandakan cemar duli raja atau ratu, bermulanya peperangan mahupun menandakan perkabungan penguasa yang mangkat.[8]

Peniupan buri adakala dimodenkan kepada tujuan tertentu, misalnya di Tonga di mana buri ditiup secara berkumpulan dalam sesebuah pancaragam dalam acara-acara sukan.[4]

Galeri

Lihat juga

Rujukan