Burung Lang Hitam

Burung Lang Hitam ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Ictinaetus malaiensis[1].

Burung Lang Hitam
Berisiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Ictinaetus
Spesies:
I. malaiensis
Nama binomial
Ictinaetus malaiensis
(Temminck, 1822)

Ciri-ciri

Burung Lang Hitam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata),kelas : burung. Burung Lang Hitam adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuhyang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Hitam tidak bergigi.

Burung Lang Hitam merupakan pemangsa pemangsa besar bersaiz panjang sekitar 70-80cm. Lang dewasa mempunyai pelepah hitam keseluruhannya, dengan pangkal paruh (cere) dan kaki kuning. Sayapnya panjang dan mengucup pada bahagian dalam utama memberikan bentuk yang jelas baginya. Ekornya juga panjang dan menunjukkan jalur kabur. Sayapnya membentuk V cetek ketika terbang. Dilihat pada tengahari yang panas, melayang dipuncak pokok mencari sarang, burung ini mudah dilihat kerana warnanya yang hitam berkilat, bersaiz besar, dan ciri penerbangan perlahan, kadang-kala hanya melepasi pucuk pokok.

Kedua jantina mempunyai rupa yang sama, tetapi helang muda mempunyai ropol di kepala, bahagian bawah dan bawah sayap.

Bentuk sayap membezakan spesies ini daripada bentuk hitam Burung Lang Hindik, (Spizaetus cirrhatus).

Makanan

Lang Hitam makan mamalia, burung dan telur. Ia merupakan pemburu sarang dan terkenal kerana keupayaannya terbang keluar masuk puncak pokok. Cakarnya direka khas bagi menyambar dan mencekam mangsa.

Pembiakan

Burung Lang Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Hitam bercengkerang keras.Burung Lang Hitam membiak di selatan Asia dari India dan Sri Lanka sehingga Asia Tenggara.

Habitat

Ia merupakan burung hutan pergunungan. Ia membina sarang pentas dari ranting di atas pokok dan bertelur satu atau dua telur.

Perlindungan

Burung Lang Hitam merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [2]

Rujukan



Senarai burung
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan

  • "Ictinaetus malayensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Birds of India by Grimmett, Inskipp and Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno