Bvndit

Bvndit (Hangul: 밴디트, digayakan sebagai BVNDIT, disebut sebagai "Bandit"; akronim untuk Be Ambitious N Do IT), adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh MNH Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli iaitu: Yiyeon, Jungwoo, Songhee, Simyeong dan Seungeun. Kumpulan ini debut pada 10 April 2019 dengan album single pertama mereka Bvndit, Be Ambitious!.[1]

Bvndit
Bvndit pada bulan Mei 2019
Dari kiri ke kanan: Yiyeon, Jungwoo, Seungeun, Simyeong dan Songhee
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2019 (2019)–2022 (2022)
Syarikat rakaman
MNH Entertainment
Bekas ahli
  • Yiyeon
  • Jungwoo
  • Songhee
  • Simyeong
  • Seungeun

Nama

Nama kumpulan, "Bvndit" disebut sebagai "Bandit". Nama kumpulan adalah akronim untuk "Be ambitious and do it" (Berhasrat tinggi dan lakukannya).

Sejarah

2019: Debut dengan Bvndit, Be Ambitious! dan Be!

BVNDIT menjadi kumpulan wanita pertama yang pernah dibentuk oleh MNH Entertainment. Kumpulan ini membuat debut pada 10 April dengan album single pertama mereka Bvndit, Be Ambitious! dengan single utama "Hocus Pocus".[2] Album single ini mengandungi tiga buah lagu, dengan dua yang lain adalah "Be Ambitious!" sebagai lagu pengenalan dan "My Error".[3][4] Kumpulan ini membuat pentas debut mereka pada 11 April 2019, di rancangan muzik M Countdown.

Pada 15 Mei, kumpulan ini mengeluarkan single kedua digital mereka "Dramatic".[5]

Kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Be! pada 5 November, dengan single utama "Dumb".[6][7]

2020: Carnival

Kumpulan ini mengeluarkan single digital "Cool" pada 6 Februari 2020, sebagai bahagian pertama dalam projek muzik baru MNH Entertainment New.wav.[8][9][10] Pada 13 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Carnival dengan single utama "Jungle".[11]

2021: Girls Planet 999

Dari bulan Ogos hingga September 2021, Seungeun muncul sebagai peserta dalam rancangan survival Mnet Girls Planet 999, tetapi tersingkir dalam episod 5 dan berakhir di tempat ke-21 dalam K-Group.

2022: Re-Original dan dibubarkan

Selepas ulang tahun ketiga kumpulan ini pada bulan April 2022, mereka mengumumkan bahawa mereka akan membuat comeback pada bulan Mei.[12] Pada 3 Mei, MNH Entertainment mengumumkan comeback pertama Bvndit dalam hampir dua tahun. Pada 25 Mei, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Re-Original dengan single utama "Venom".[13]

Pada 11 November 2022, MNH mengumumkan bahawa Bvndit telah dibubarkan dan semua ahli telah menamatkan kontrak mereka.[14]

Bekas ahli

  • Yiyeon (정다솔) — Ketua
  • Jungwoo (엄정우)
  • Songhee (윤송희)
  • Simyeong (이시명)
  • Seungeun (심승은)

Diskografi

Album mini

TajukButiran albumKedudukan tertinggi cartaJualan
KOR
[15]
Be!
Daftar lagu
  1. "Be!"
  2. "Dumb"
  3. "Fly"
  4. "Dramatic" (드라마틱)
  5. "Hocus Pocus"
  6. "My Error" (연애의 온도)
23
Carnival
  • Dikeluarkan: 13 Mei 2020
  • Format: CD, muat turun digital
  • Label: MNH Entertainment
Daftar lagu
  1. "Carnival"
  2. "Jungle"
  3. "Come and Get It"
  4. "Cool"
  5. "Children"
19
Re-Original
  • Dikeluarkan: 25 Mei 2022
  • Label: MNH Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Re-Original"
  2. "Venom"
  3. "Jiggy"
  4. "Awaken"
  5. "Don't Mess With Me"
32N/A

Album single

TajukButiran albumKedudukan tertinggi cartaJualan
KOR
[18]
Bvndit, Be Ambitious!
  • Dikeluarkan: 10 April 2019
  • Label: MNH Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital, penstriman
Daftar lagu
  1. "Be Ambitious!"
  2. "Hocus Pocus"
  3. "Temperature of Love"

Single

TajukTahunKedudukan tertinggi cartaAlbum
KOR
"Hocus Pocus"2019Bvndit, Be Ambitious!
"Dramatic" (드라마틱)BE!
"Dumb"
"Cool"2020New.wav dan Carnival
"Children"Carnival
"Jungle"
"Venom"2022[A]Re-Original

Filemografi

Video muzik

TahunVideo muzikAlbumPengarahRef.
2019"Hocus Pocus"Bvndit, Be Ambitious!VISHOP
(Vikings League)
[20]
"Dramatic (Performance Video)"Be!Tidak diketahui
"Dumb"Rima Yoon, Dongju Jang
(Rigend Film)
[21]
2020"Cool"CarnivalKeekanz[22]
"Children"[23]
"Jungle"VISHOP
(Vikings League)
[24]
2022"Venom"Re-OriginalParadox Child[25]

Anugerah dan pencalonan

Genie Music Awards

TahunKategoriKarya tercalonKeputusanRef.
2019The Top ArtistTercalon[26]
The Female New ArtistTercalon
Genie Music Popularity AwardTercalon
Global Popularity AwardTercalon

Mnet Asian Music Awards

TahunKategoriKarya tercalonKeputusanRef.
2019Artist of the YearTercalon[27]
Best New Female ArtistTercalon
Worldwide Fans' Choice Top 10Tercalon
2019 Qoo10 Favorite Female ArtistTercalon

Nota

Rujukan

Pautan luar