C418

Daniel Rosenfeld (lahir 9 Mei 1989[2]), juga dikenal sebagai C418 (diucapkan "see four eighteen"),[3] adalah pemuzik, komposer dan jurutera bunyi Jerman, yang paling terkenal sebagai komposer dan penghasil bunyi untuk permainan video kotak pasir Minecraft. Dia juga telah menulis dan menghasilkan tema muzik untuk Beyond Stranger Things.[4]

C418
Rosenfeld pada tahun 2011
Latar belakang
Nama lahirDaniel Rosenfeld
Kelahiran (1989-05-09) 9 Mei 1989 (umur 34)
Karl-Marx-Stadt, Jerman Timur
(kini Chemnitz, Jerman)
PekerjaanPemuzik, komposer dan jurutera bunyi bebas
Instrumen
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Ghostly International[1]
Pengkarya berkait
  • Big Giant Circles
  • Danny Baranowsky
  • Smn
  • Laura Shigihara
  • Deadmau5
  • Kuabee
Laman sesawang
c418.org

Kehidupan awal

Rosenfeld dilahirkan dan dibesarkan di Jerman Timur pada tahun 1989. Beliau adalah anak lelaki seorang ayah yang dilahir Soviet yang berketurunan Jerman yang bekerja sebagai tukang emas dan seorang ibu Jerman. Dia belajar membuat muzik pada versi awal Schism Tracker dan Ableton Live pada awal tahun 2000-an, kedua-dua alat dasar pada masa itu.[5] Harry Rosenfeld, abangnya, merupakan orang yang mengenalkannya kepada komposisi muzik melalui Ableton Live, memberi komen bahawa "sebodoh-bodoh orang pun" boleh mencipta muzik menggunakannya.[3] Abangnya juga dikenali sebagai C818, dari mana dia memilih nama C418, dengan menyatakan bahawa namanya "benar-benar samar dan sebenarnya tidak mempunyai maksud".[6]

Pada tahun 2007, Rosenfeld memulakan sebuah blog iaitu tempat dia menerbitkan lagu baru setiap minggu, yang dikenali sebagai "Blödsinn am Mittwoch" (Bahasa Melayu: "Kebodohan pada hari Rabu").[7] Ini berlaku dalam jangka masa yang sama apabila dia menjadi berminat dalam penghasilan permainan dan audio, yang mengakibatkannya menyertai sebuah forum penghasilan permainan indie yang dipanggil TIGSource, forum yang dia libatkan diri dengan pelbagai permainan dan pencipta permainan yang lebih kecil.[8]

Minecraft

Di TIGSource, Rosenfeld mula berkolaborasi dengan pencipta Minecraft Markus "Notch" Persson. Rosenfeld bertanggungjawab untuk penghasilan kesan bunyi dan muzik dalam permainan video Minecraft yang sedang dicipta Persson. Mesin bunyi dalam permainan Java yang masih muda tersebut tidak begitu kuat, jadi Rosenfeld harus kreatif dalam pendekatannya untuk menghasilkan kesan bunyi dan muzik.[5]

Sebagai artis bebas, Rosenfeld tidak disenarikan sebagai salah seorang petugas di Mojang,[9] syarikat yang menghasilkan Minecraft. Rosenfeld masih memiliki hak untuk semua muzik dalam permainan itu,[10] dan telah menerbitkan dua album yang mencirikan lagu-lagu dari soundtrak Minecraft. Soundtrak pertama, Minecraft - Volume Alpha, diterbitkan secara digital pada 4 Mac 2011 di halaman Bandcampnya.

Hampir setengah tahun kemudian, produksi sebuah dokumentari berkenaan perkembangan Minecraft dimulakan, berjudul Minecraft: The Story of Mojang . C418 diminta untuk membuat soundtrak untuk dokumentari ini, yang disertakan dalam album 2012-nya, One.[11]

Pada 9 November 2013, Rosenfeld menerbitkan album kedua soundtrak rasmi untuk Minecraft, berjudul Minecraft - Volume Beta. Banyak lagu baru ditambahkan ke dalam ciri-ciri permainan tersebut yang tidak wujud ketika pengumpulan muzik pertama dihasilkan; iaitu alam Nether dan alam End.[12] Sementara itu, Minecraft - Volume Alpha diterbitkan dalam format fizikal di Ghostly International pada tahun 2015. Terbitan ini terdiri daripada edisi CD biasa album, edisi vinil yang disertakan dengan kod untuk salinan digital album itu, dan edisi terhad album yang ditekan pada vinil lut cahaya berwarna hijau.[13]

Persson dan Rosenfeld bekerja bersama-sama sekali lagi selepas kejayaan Minecraft dalam penciptaan permainan baru, berjudul 0x10c. Permainan ini tidak pernah diterbitkan, dengan Persson menghentikan pengeluarannya secara selamanya pada bulan Ogos 2013. Rosenfeld menerbitkan sebuah album yang mencirikan karyanya dalam projek itu pada bulan September 2014. Album ini diterbit secara digital dengan sedikit publisiti; Rosenfeld hanya membuat sebuahtweet yang menyatakan bahawa ia telah dikeluarkan.[14]

Kerja tersendiri

Sebagai tambahan kepada runut bunyi Minecraft, Rosenfeld juga mencipta muziknya yang tersendiri. Dia telah menerbitkan sejumlah besar muzik di halaman Bandcampnya, iaitu tempat terbita enam belas albumnya (tidak termasuk runut bunyi Minecraft).

Pada tahun 2008, Rosenfeld mencipta Circle, album runut bunyi untuk permainan indie yang belum diterbitkan bawah nama yang sama, yang dibuat oleh pencipta yang tidak dikenali.[15] Beberapa bulan kemudian, dia juga menerbitkan dua koleksi kecil muzik awalnya, Mixes dan Bps. Album ketiganya, Zweitonegoismus, diterbitkan pada 16 Disember 2008.[16]

Pada tahun 2009, Rosenfeld menerbitkan album keempatnya, Bushes and Marshmallows. Album ini sedikit berkaitan dengan blognya, yang dipanggil Blödsinn am Mittwoch. Nama album ini tidak berkaitan dengan terjemahan tajuk blognya ke bahasa Inggeris, kerana itu secara longgar diterjemahkan sebagai "silliness on Wednesday".[7]

Apabila Minecraft diterbitkan untuk masyarakat umum sebagai tajuk akses awal, ia menjadi terkenal dengan cepat. Rosenfeld, yang sampai saat itu bekerja di barisan perhimpunan, kini dapat mengejar muzik sebagai sumber pendapatan utamanya.[8] Ini memberi inspirasi kepada albumnya, 72 Minutes of Fame. Kandungan album ini kebanyakannya berkaitan dengan saat yang menentukan gaya hidup ini dalam kehidupan Rosenfeld.[17] Album ini merupakan karya pertama Rosenfeld yang mempunyai terbitan fizikal (yang terhad). The Guardian telah membandingkan penghasilannya dengan karya Brian Eno dan Erik Satie kerana kualiti persekitarannya.[5]

Pada tahun 2015, Rosenfeld menerbitkan 148, yang seperti 72 Minutes of Fame membawa sejumlah besar kandungan peribadi, walaupun lebih tersembunyi di bawah lirik dan kesan bunyi.[18]

Rosenfeld menerbitkan 2 Years of Failure pada tahun 2016, termasuk sebuah koleksi muzik yang dibuat untuk projek yang gagal atau lagu yang tidak sesuai dengan album lain.[19] Beberapa lagu dalam album ini dibuat untuk permainan yang ditinggalkan yang Rosefeld menyatakan mempunyai sebuah suasana "...pertukaran teka teki Jepun...". Album ini juga mengandungi runut bunyi asal untuk Crayon Physics. Perkara yang paling penting, album ini mengandungi remix C418 atas lagu tema Stranger Things, yang mendapat populariti mengejutkan pada tahun 2018. Ia masih merupakan lagu yang paling banyak dimainkan di halaman Soundcloud peribadi Rosenfeld.[20]

Dia menerbitkan Dief pada tahun 2017.[12] Lagu-lagu dalam EP ini dibuat dan digunakan sebagai soundtrak untuk ceramah bermaklumat oleh Teddy Dief.[21]

Pada 20 Julai 2018, Rosenfeld mengumumkan sebuah album studio, Excursions, dengan penerbitan lagu utamanya, "Beton".[22] Lagu kedua, "Thunderbird", diterbitkan pada 20 Ogos 2018.[23] Album ini diterbitkan pada 7 September 2018.[24]

Excursions diterbitkan dalam versi CD dan versi LP vinil terhad oleh Driftless Recordings pada Januari 2019.[25]

Diskografi

Album studio

  • Minecraft - Volume Alpha (2011)
  • 72 Minutes of Fame (2011)
  • One (2012)
  • Minecraft - Volume Beta (2013)
  • 148 (2015)
  • Dief (2017)
  • Excursions (2018)

Filemografi

TahunTajukPengarahJenis
2012Minecraft: Kisah MojangPaul OwensDokumentari [26]
2017Beyond Stranger ThingsMichael DempseySiri televisyen [27]

Rujukan

Pautan luar