Batang Padang

daerah di Perak, Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Batang Padang)

Batang Padang merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Perak. Daerah ini terletak di tenggara negeri Perak berkeluasan 1,794 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di pekan Tapah.

Daerah Batang Padang
Lokasi Batang Padang di Perak
Lokasi Batang Padang di Perak
Batang Padang is located in Bumi
Batang Padang
Batang Padang (Bumi)
Koordinat: 4°05′N 101°20′E / 4.083°N 101.333°E / 4.083; 101.333 101°20′E / 4.083°N 101.333°E / 4.083; 101.333
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatTapah
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Tapah
Pentadbiran
 • Pegawai daerahn/a[1]
Keluasan
 • Jumlah1,794.18 km2 (692.74 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah124,049
 • Kepadatan69/km2 (180/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
35000-35600
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Etimologi

Terdapat pelbagai versi cerita tentang asal nama Batang Padang.

Nama "Batang Padang" berasal dari cerita sebatang pokok yang merentangi sebuah padang. Mengikut cerita, terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar di hulu Sungai Batang Padang. Di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai mempunyai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal hingga membawa maut akibat menakik pokok itu. Seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang seperti budak itu. Lalu orang kampung telah memagar pokok itu. Tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu.

Antara kisah yang lain, Sungai Batang Padang ketika itu sering membawa batang pokok apabila air sungai meningkat akibat banjir. Apabila air sungai telah surut, banyak batang-batang pokok yang terdampar di atas daratan.

Bagi masyarakat orang asli, Batang Padang membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang digondol tanpa pokok. Orang asli percaya bahawa ia berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, penjaga alam telah memerintahkan petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut. Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar yang telah pecah secara tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut.[4]

Geografi

Sempadan Daerah Batang Padang dengan Muallim di FT 1.

Daerah Batang Padang terdiri daripada kawasan tanah tinggi yang membentuk banjaran Titiwangsa di bahagian timur daerah ini. Hampir separuh bahagian daerah ini merupakan kawasan rizab hutan yang tertumpu di bahagian timur. Kawasan tanah pamah pula tertumpu di kawasan penempatan dan pertanian di bahagian barat.

Pecahan pentadbiran

Daerah Batang Padang mempunyai empat mukim, lima bandar dan enam pekan.

BilNamaLuas (km²)Jumlah penduduk
1Mukim Batang Padang539.641,753
2Mukim Bidor334.734,067
3Mukim Chenderiang241.217,514
4Mukim Sungkai667.626,485
5Bandar Bidor0.1796
6Bandar Chenderiang0.10185
7Bandar Sungkai0.721,224
8Bandar Tapah0.87652
9Bandar Temoh0.19559
12Pekan Ayer Kuning0.18647
10Pekan Banir0.15201
11Pekan Bikam0.11145
14Pekan Sungai Lesong0.73186
13Pekan Tapah Road0.12295
15Pekan Temoh Station0.0640

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970121,121—    
1980136,473+12.7%
1991154,686+13.3%
2000152,201−1.6%
2010175,318+15.2%
2020124,049−29.2%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Batang Padang ialah seramai 124,049 orang dengan kepadatan penduduk 69 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Kebanyakan penduduk di daerah Batang Padang merupakan Bumiputera, dengan jumlah 82,118 orang.[5]

Pecahan etnik
KewarganegaraanEtnikJumlah
WarganegaraBumiputera82,118
Cina20,694
India15,303
Lain-lain808
Bukan warganegaraN/A5,126

Jumlah penduduk di daerah ini meningkat lebih sepuluh peratus setiap tahun sejak 1970 hingga 2010. Pada tahun 2020, jumlah penduduk di daerah ini menurun kurang 30 peratus akibat pembentukan daerah baharu dari daerah ini iaitu daerah Muallim.

Sebuah masjid di Tapah

Agama

Majoriti masyarakat di daerah ini beragama Islam iaitu 56.5 peratus dari jumlah penduduk. Agama Buddha menjadi agama kedua terbesar di daerah ini iaitu 16.6 peratus diikuti agama Hindu dengan 10 peratus, Kristian dengan 5.7 peratus. Sebanyak 1.6 peratus penduduk tidak diketahui status agamanya manakala 6.9 peratus tidak beragama.

Rujukan