Hilir Perak

(Dilencongkan dari Daerah Hilir Perak)

Hilir Perak merupakan sebuah daerah di selatan negeri Perak. Daerah ini berpusat di Teluk Intan dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan. Daerah ini mempunyai keluasan 792 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 141,959 orang pada tahun 2020.[3]

Daerah Hilir Perak
Lokasi Daerah Hilir Perak di Perak
Lokasi Daerah Hilir Perak di Perak
Hilir Perak is located in Bumi
Hilir Perak
Hilir Perak (Bumi)
Koordinat: 4°N 101°E / 4°N 101°E / 4; 101 101°E / 4°N 101°E / 4; 101
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatTeluk Intan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Teluk Intan
Pentadbiran
 • Pegawai daerahSaidi Bin Haji Shaari, AMK[1]
Keluasan
 • Jumlah792.07 km2 (305.82 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah141,959
 • Kepadatan180/km2 (460/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8
Poskod
36000+36700
Kod panggilan+6-05
Plat pendaftaran kenderaanA

Sejarah

Antara penempatan awal di daerah Hilir Perak ialah Teluk Intan, Pasir Bedamar, Batak Rabit dan Durian Sebatang.

Pada peringkat awal, Durian Sebatang dijadikan pusat pentadbiran British sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang, Bidor dan Tapah. Sir Hugh Low iaitu residen British meminta jasa baik gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar pentadbiran yang baharu di Teluk Mak Intan (nama lama bagi Teluk Intan). Pada 15 Mac 1882, satu bandar telah diwujudkan di situ dan diberikan nama Teluk Anson bersempena dengan nama pemangku Gabenor Negeri Selat pada ketika itu. Namun Durian Sebatang kekal sebagai penghubung bagi pemunggahan hasil tempatan dari Tapah dan Bidor.

Satu rancangan telah diwujudkan iaitu membina terusan bagi menghubungkan Durian Sebatang dan Teluk Anson. Pada tahun 1884, pemangku residen British di Perak, Frank Swettenham musykil akan rancangan ini kerana ia bakal menjadikan Teluk Anson sebagai sebuah pulau di Sungai Perak. Namun rancangan ini gagal dan digantikan dengan sistem kereta api yang mengubah peranan sungai sebagai laluan perhubungan. Sekitar 1880-an, kereta api telah dibina di Teluk Anson menghubungkannya dengan bandar lain seperti Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Sistem kereta api lebih mudah dan cepat dalam mengangkut bijih timah, getah dan kayu balak. Sekitar 1934 hingga 1940, pelabuhan Teluk Anson menjadi pelabuhan kedua terpenting selepas Port Swettenham (Pelabuhan Klang).

Pada tahun 1938, Teluk Anson telah dijadikan bandar diraja bagi Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan ini telah dibuat oleh sultan Perak pada ketika itu, Sultan Iskandar Shah. Setelah itu, Sultan Idris Iskandar telah menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan. Sekitar 1970-an, peranan Teluk Intan sebagai stesen kereta api telah ditamatkan kerana Sungai Perak yang semakin cetek dan berlakunya hakisan di tebing sungai menyebabkan gudang runtuh ke dalam sungai.[4]

Pada 5 April 1980, Majlis Daerah Hilir Perak telah ditubuhkan bagi mentadbir kawasan sekitar Langkap, Chui Chak, Pelawan dan Batu Dua Belas. Pada Januari 2016, Bagan Datuk telah diisytihar sebagai sebuah daerah kecil. Pada 15 Jun 2016, Bagan Datuk telah diisytihar sebagai sebuah daerah baharu dan memisahkannya dari daerah Hilir Perak.

Geografi

Daerah Hilir Perak terletak di selatan negeri Perak berkeluasan 792 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan daerah Perak Tengah di barat, Batang Padang di timur dan Bagan Datuk di selatan. Daerah ini terletak 123.3 kilometer di barat laut Kuala Lumpur dan 64.53 kilometer di selatan Ipoh.

Guna tanah

Keluasan tanah yang diusahakan untuk pertanian ialah seluas 127,000 Hektar yang merupakan 77% daripada keseluruhan luas kawasan daerah Hilir Perak. Daripada luas kawasan tersebut, seluas 75,600 hektar atau 59.5% adalah kepunyaan estet manakala 51,400 hektar adalah kepunyaan pekebun kecil. Daerah Hilir Perak merupakan kawasan terbesar yang ditanam dengan kelapa sawit dan koko/kelapa iaitu masing-masing 65.5%, 15.2% dan kelapa seluas 8%.

Pecahan pentadbiran

Daerah Hilir Perak terbahagi kepada lima mukim, satu bandar dan empat pekan.

StatusNamaLuas (km²)[5]
MukimChangkat Jong211
Durian Sebatang350
Labu Kubong91.12
Sungai Durian101.5
Sungai Manik58.57
BandarTeluk Intan5.14
PekanBatak Rabit0.09
Chikus0.008
Degong0.09
Langkap0.32

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970210,843—    
1980203,028−3.7%
1991202,059−0.5%
2000190,868−5.5%
2010202,593+6.1%
2020141,959−29.9%

Pada tahun 1970, jumlah penduduk di daerah ini seramai 210,843 orang. Pada tahun 1980, jumlah penduduk di daerah ini menunjukkan penurunan lebih tujuh ribu berkemungkinan akibat penghijrahan penduduk ke kawasan bandar yang lebih pesat. Jumlah penduduk di daerah ini terus menurun sehingga mencatatkan jumlah 190 ribu penduduk pada tahun 2000. Pada tahun 2010, jumlah penduduk meningkat sedikit kepada 202 ribu orang. Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Hilir Perak ialah seramai 141,959 orang dengan kepadatan penduduk 173 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk merupakan Bumiputera, dengan jumlah 74,304 orang. Jumlah penduduk di daerah ini pada tahun 2020 menurun mendadak berbanding pada tahun 2010 disebabkan perpecahan daerah Bagan Datuk daripada daerah ini pada 2016.[3]

Jumlah penduduk mengikut mukim, bandar dan pekan (2010-2020)[5]
StatusNama20102020
MukimChangkat Jong22,98025,618
Durian Sebatang80,09582,071
Labu Kubong10,48011,853
Sungai Durian5,4404,582
Sungai Manik7,9558,240
BandarTeluk Intan8,2608,308
PekanBatak Rabit-175
Chikus-24
Degong8490
Langkap1,378998
Bagan Datuk65,921-
Jumlah136,672141,959
Peratusan etnik penduduk warganegara (1980-2020)
Etnik19801991200020102020
Bumiputera49.450.453.653.557.4
Cina29.528.727.628.229
India2120.818.718.113.1
Lain-lain0.10.10.10.20.5

Agama

Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam iaitu 53.8 peratus dari jumlah penduduk. Majoriti penduduk beragama Islam adalah dari kalangan masyarakat Melayu dan minoriti dari etnik lain. Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar iaitu 25.3 peratus dengan majoriti dalam kalangan masyarakat Cina. Agama Hindu membentuk 11.9 peratus dalam kalangan penduduk dengan majoritinya merupakan masyarakat India. Agama Kristian dan lain-lain pula terdiri daripada 2.7 peratus penduduk. 5.3 peratus penduduk tidak mengetahui status agamanya manakala 1.1 peratus penduduk tidak beragama.[3]

Peratusan agama penduduk (1991-2020)
Agama1991200020102020
Islam51.154.153.753.8
Buddha19.521.825.325.3
Hindu18.816.816.411.9
Kristian1.71.92.11.8
Lain-lain8.55.21.60.9
Tidak diketahui0.10.020.35.3
Tidak beragama0.30.120.51.1

Ekonomi

Sektor pertanian, perikanan serta pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi daerah Hilir Perak. Terdapat perancangan untuk mewujudkan industri penapisan petroleum serta perindustian bijih besi di Rungkup, Bagan Datoh dimana peroleum yang dihantar melalui kapal tangki akan ditapis dan disalurkan menggunakan paip ke Kelantan dan kapal tangki yang lain akan mengambil petroleum tersebut.

Pusat-Pusat Tumpuan

Kebanyakkan pusat tumpuan tertumpu di bandar Teluk Intan dan sebahagiannya pula terletak di bandar-bandar yang lain iaitu Langkap, Hutan Melintang dan Bagan Datoh.

Membeli-belah

Antara kawasan membeli-belah yang utama di daerah ini:

  • Lotus Hypermarket
  • The Store, Teluk Intan
  • Pasaraya MM (Bangunan lama Pasaraya Billion)
  • Kompleks Menara Condong, Teluk Intan
  • Kompleks Aik Aik, Teluk Intan
  • TF Value Mart, Teluk Intan
  • Billion Hutan Melintang

Pendidikan

Antara pusat pendidikan di daerah Hilir Perak:

Kesihatan

  • Hospital Besar Teluk Intan
  • Hospital Pakar Anson Bay
  • Pusat Pakar Rajindar Singh
  • Klinik Kampus Perubatan UKM Cawangan Teluk Intan
  • Medifa Care (Jururawat Bergerak Ke Rumah)

Pelancongan

Antara kawasan pelancongan di daerah Hilir Perak:

  • Menara Condong Teluk Intan
  • Istana Raja Muda Lama
  • Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama
  • Bangunan-bangunan era British
  • Kawasan kemalangan pertama kereta api di Malaysia

Penginapan

Antara hotel-hotel yang popular di daerah ini:

  • Hotel Grand Court, Teluk Intan
  • Hotel Anson, Teluk Intan
  • Hotel Angsoka, Teluk Intan
  • Hotel Rivertel, Teluk Intan
  • Hotel G-City, Teluk Intan
  • Rumah Rehat Teluk Intan

Rujukan