Daerah Pendang

Pendang merupakan salah satu daerah di Kedah, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian tengah negeri Kedah dan berkeluasan 629 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Pendang.

Daerah Pendang
ڤندڠ
Lokasi Daerah Pendang di Kedah
Lokasi Daerah Pendang di Kedah
Daerah Pendang is located in Bumi
Daerah Pendang
Daerah Pendang (Bumi)
Koordinat: 6°0′N 100°28′E / 6.000°N 100.467°E / 6.000; 100.467 100°28′E / 6.000°N 100.467°E / 6.000; 100.467
Negara Malaysia
Negeri Kedah
PusatBandar Pendang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Pendang
Pentadbiran
 • Pegawai daerahIlias Shuib
Keluasan
 • Jumlah629.29 km2 (242.97 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah98,922
 • Kepadatan160/km2 (410/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Etimologi

Perkataan "Pendang" dikatakan berasal daripada perkataan "pendiat" yang bermaksud parit atau lubang yang digali bagi memerangkap dan menjinakkan gajah.[2]

Sejarah

Pendang pada mulanya sebahagian daripada daerah Kota Setar. Pada Februari 1975, Pendang telah diwartakan sebagai sebuah daerah baharu dalam negeri Kedah.[2]

Pentadbiran

Daerah Pendang dibahagikan kepada lapan buah mukim;

Peta daerah Pendang
  1. Mukim Ayer Puteh
  2. Mukim Bukit Paya
  3. Mukim Guar Kepayang
  4. Mukim Padang Kerbau
  5. Mukim Padang Peliang
  6. Mukim Padang Pusing
  7. Mukim Rambai
  8. Mukim Tobiar

Pihak berkuasa tempatan

Daerah Pendang ditadbir oleh Majlis Daerah Pendang yang berpusat di Bandar Pendang.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Pendang ialah seramai 98,922 orang dengan kepadatan penduduk 157 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Pendang merupakan Bumiputera, dengan peratusan 90.8 peratus daripada jumlah penduduk.[3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
StatusBangsaJumlah
WarganegaraBumiputera88,054
Cina2,832
India413
Lain-lain5,711
Bukan warganegara-1,912
Jumlah98,922

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 51 buah sekolah di daerah ini, iaitu 33 buah sekolah kebangsaan (SK), empat sekolah jenis kebangsaan (SJK), sembilan buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), tiga buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SM SABK), sebuah sekolah rendah agama bantuan kerajaan (SR SABK) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Baling juga mempunyai enam buah balai polis, sebuah balai bomba, beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Terdapat sebuah stesen kereta api di daerah ini iaitu Stesen keretapi Kobah yang menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara (Laluan Padang Besar).

Rujukan