Dana lindung nilai

Dana lindung nilai ialah suatu dana pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur bertauliah atau institusi dan melabur dalam pelbagai aset, seringkalinya dengan binaan portfolio dan teknik pengurusan risiko yang rumit.[1] Ia diuruskan syarikat pengurusan pelaburan dan sering distrukturkan sebagai suatu perkongsian terhad, syarikat liabiliti terhad, atau badan yang seumpamanya.[2][3] Dana-dana ini secara umumnya dibezakan daripada dana bersama kerana penggunaan leveraj tidak dihadkan pengatur, and distinct from dana ekuiti persendirian melalui pelaburan kecairan oleh dana-dana tersebut.[4][5]

Dana lindung nilai hanya boleh didapati kepada pelabur yang bertauliah dan tidak boleh ditawarkan atau dijual secara umumnya.[1] Oleh itu, pengawasan berperaturan secara langsung dapat dielakkan lalu memintas keperluan memperoleh lesen untuk syrikat pelaburan seterusnya operasi dana dpaat dilakukan dengan lebih fleksibel berbanding dana bersama mahupun danapelaburan yang lain l.[6] Walau bagaimanapun, undang-undang berkaitan pemerhatian pemerintah terhadap dana sebegini serta merapatkan jurang kawalan tertentu banyak diluluskan di Eropah dan Amerika Syarikat berikutan krisis ekonomi yang berlaku antara tahun 2007–2008.[7]

Rujukan