Danijel Subašić

footballer

Danijel Subašić (disebut [dânijel sûbaʃitɕ]; lahir 27 Oktober 1984) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Monaco. Beliau bermain sebagai penjaga gol.

Danijel Subašić
Maklumat peribadi
Nama penuhDanijel Subašić[1]
Tarikh lahir (1984-10-27) 27 Oktober 1984 (umur 39)
Tempat lahirZadar, SFR Yugoslavia
Ketinggian1.91 m (6 ka 3 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Monaco
Nombor1
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2003–2008Zadar81(0)
2008→ Hajduk Split (pinjaman)31(0)
2009–2012Hajduk Split64(0)
2012–Monaco239(1)
Pasukan kebangsaan
2006Croatia B216(0)
2009–Croatia44(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 April 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Julai 2018

Kerjaya kelab

Zadar

Subašić memulakan kerjaya profesionalnya di kelab kampung halamannya, Zadar ketika musim 2003–04.

Hajduk Split

Pada musim panas 2008, beliau telah dipinjam ke Hajduk Split dan bermain 18 perlawanan liga pada separuh musim 2008–09. Ketika musim sejuk, kelab beliau ingin membeli beliau secara rasmi. Subašić kemudian bermain 13 perlawanan liga dalam separuh kedua musim. Pada awal musim, beliau juga membuat tiga kemunculan di kelayakan Liga Europa.

Ketika musim keduanya di Hajduk, beliau telah membuat 28 kemunculan liga dan pada musim itu juga, beliau membantu kelabnya menjuarai Piala Croatia.

Dalam musim 2010–11, beliau telah membuat 20 penampilan liga. Beliau kemudian mengalami kecederaan lutut pada awal bulan November sebelum beliau dikeluarkan dari skuad sehingga tahun baru. Pada musim itu, Hajduk akhirnya layak ke Liga Europa.

Monaco

Pada Januari 2012, Subašić sertai kelab gergasi Perancis, AS Monaco yang bertanding di Ligue 2. Beliau membuat 17 penampilan untuk kelab pad musim 2011–12 Ligue 2. Dalam pusingan terakhir musim, beliau menjaringkan gol kemenangan dari sepakan percuma untuk menang 2-1 ke atas Boulogne. Dalam musim baharu, Subašić hanya terlepas 3 perlawanan liga. Pada 10 Ogos 2013, beliau membuat debut Ligue 1 untuk Monaco menentang Bordeaux, Monaco menang 2-0. Subašić bermain sebanyak 35 perlawanan di Ligue 1 dan Monaco menghabiskan musim 2013–14 sebagai naib juara.

Kerjaya antarabangsa

Subašić bersama Croatia pada 2013

Pada 2009, beliau telah dipanggil untuk sertai Croatia dan membuat debut untuk pasukannya pada 14 November 2009 dalam perlawanan persahabatan menentang Liechtenstein, Croatia menang 5–0. Selepas Stipe Pletikosa bersara daripada bola sepak antarabangsa pada tahun 2014, Subašić menjadi pilihan pertama penjaga gol Croatia.

Statistik kerjaya

Kelab

KelabMusimLigaPialaEropahJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
NK Zadar2007–082800000280
Jumlah2800000280
Hajduk Split2008–093108030420
2009–102806020360
2010–112000070270
2011–121602020200
Jumlah9501601401250
AS Monaco2011–121710000171
2012–133500000250
2013–143500000350
Jumlah8710000871
Jumlah kerjaya21011601402401

Penghargaan

Kelab

Hajduk Split
  • Piala Croatia (1): 2009–10
AS Monaco

Rujukan

Templat:Skuad AS Monaco FC